Home · About Me · Sitemap ·

Hukum membakar pokok


Assalamualaikum wbt...

Terima kasih buat semua yang memberi respons terhadap entry Anim semalam tentang kemusykilan membakar pokok. Kepada petak bunga, terima kasih kerana pengetahuan baru yang diberi.

Kemusykilan ini juga Anim kemukakan di sekolah pagi tadi. Orang pertama yang Anim tanya sudah tentu tukang kebun. Kalau ditebang, pokok tu mati katanya. Walhal nak bunuh kerengga aje. ( Jawapan yang diberi, lebihkurang sama dengan anies tapi anies kata, anai-anai, heee).

Tambahnya, ada pokok yang kena bakar jugak untuk dapat hasilnya. Ehh..apa dia? Pokok tebu, cikgu. Di Chuping, Perlis (ladang tebu),  pokok tebu dibakar bukan ditebang. Haah..iya tak iye jugak.

Waktu rehat di kantin, Anim bertanyakan pulak Ustaz Akmal tentang hukum membakar pokok.

Ustaz Akmal kata, tak mengapa. Tak de masalah bakar pokok. Yang kita tak boleh bakar hanya haiwan. Oh, gitu ke Ustaz.

Kata Ustaz lagi, nak bakar haiwan boleh tapi jika mendatangkan mudarat buat kita contohnya kita bakar sarang tebuan dalam rumah yang boleh membahayakan keluarga kita. Namun selagi kita ada ikhtiar, membakar itu jalan terakhir. So, nampaknya membakar pokok tu tak menjadi masalah tapi bila bertujuan untuk membunuh kerengga dan anai-anai, sudah jadi soal lain pula kan:-)

Bagaimanapun menurutnya lagi, di medan perang, selain tidak dibenarkan membunuh perempuan dan anak-anak kecil, pokok-pokok tidak boleh ditebang atau dipatah-patahkan dahannya. Baru tahu hal ini Ustaz. Kak ingat, masa kita dalam ihram saja tak boleh memperlakukan sedemikian di Tanah Suci.

Ustaz kata, Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis daripada Ibnu Umar r.a berkata Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam melalui kawasan perkuburan dan Baginda mendengar suara dua orang yang sedang diazab di dalam kubur masing-masing. Nabi bersabda, "Kedua-duanya diazab bukan kerana dosa besar. " Nabi bersabda "Salah seorang daripada mereka diazab kerana tidak beristinja' dengan sempurna dan seorang lagi kerana dia melaga-lagakan orang lain'.

Kemudian Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam meminta pelepah kurma dan mencacakkannya di setiap kubur itu. Lalu bila ditanya mengapa Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam melakukan begitu, Baginda menjawab, "Mudah-mudahan pelepah tadi boleh meringankan azab kedua-duanya selama ia belum kering". (pelepah itu dapat meringankan beban mayat yang diseksa berkat bacaan tasbihnya). Wallahua'lam



P/S  Dari satu kemusykilan, dapat banyak ilmu baru..

Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "Hukum membakar pokok"

  1. subhanallah ! pokok bunga hidup susbur di makan ahmad ammar ... al - Fatihah .

    BalasPadam
  2. Bakar, racun, tebang, patah dan cantas pokok itu tiada salahnya...cuma kita yg melihatnya terasa macam menyiksakan terutama kalau dibakar.
    Yg pasti adalah membakar haiwan hidup2 itu tidak boleh...tapi bagaimana kalau di spay dgn penyembur serangga? Membunuh juga tu...Cara dan kaedah mungkin berbeza dan pastinya hukum juga berbeza. Jika binatang yang menggangu dan membahayakan, bunuhlah dgn cara yang paling tidak menyeksakan dan elakkan dari membakarnya... kecuali terpaksa. Wallahualam.

    BalasPadam
  3. kalau yg bakar tu xde sbb knapa nk bakar pokok, kite bako je dia hehehehe

    BalasPadam
  4. Terima kasih kak kongsi ilmu. Kadang2 perkara2 kecik macam ni kita memang tak ambil berat.

    BalasPadam
  5. tq berkongsi ilmu bersama2 yer, bnyk manafaatnyer !

    BalasPadam
  6. Satu lagi perkongsian berguna untuk direnung-renungkan. Terimakasih ANIM kerana selalu mencari jawapan kepada kemusykilan yang timbul dan berkongsi bersama kami yang lain.

    BalasPadam
  7. Itulah sebabnya Anim selagi kita hidup selagi itu kita belajar sebenarnya.
    Untung mereka yg bernama 'guru' atau yg seangkatan. Memberi tunjuk ajar.

    Tak rugi juga berblog dpt kongsi ilmu.

    BalasPadam
  8. baru aiza tahu hukum membakar pokok selepas membaca entri kak anim ni..

    subhanallah, bunga-bunga hidup subur di makam arwah ammar.. :D

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai