Home · About Me · Sitemap ·

Kita kesuntukan masa...


Assalamualaikum wbt..

Kekok rasanya mengetuk keyboard. Lama dah blog tak berupdate. Sungguh..kesuntukan masa.

Tak pernah-pernah dalam rekod mengajar lebih 2 dekad, Anim boleh "face to face" dengan Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Besar sendiri tentang workload yang diterima tahun ini hingga buat Anim rasa tak mampu nak handle dari segi fizikal dan mental (letih sangat..).

Anim suarakan bukan kerana melibatkan "core business" Anim ( Tahun 1 dan Tahun 2),  tapi bila ada program terbaru yang meliibatkan Tahun 6 dan Anim terbabit sama dengan alasan guru Bahasa Inggeris hanya kami 4 orang, bimbang pula "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran".

Pada Anim, Tahun 1 tu sama penting dengan Tahun 6. Tahun 1 merupakan asas buat mereka. Boleh baca, boleh menulis, itu tugas guru Tahun 1. Kalau terabai...alamat payah nak perbetul bila dah naik tahun berikutnya.

Konon-konon entry "warming up" pagi ni, nak sharelah beberapa alasan yang dikemukakan waktu mengadap mereka, namun terpanggil nak share video yang dikongsi dari Whatsapp buat mereka yang belum berkesempatan menontonnya.

Tersentak, tersentap, terkesan, tertunduk.. Sungguh....kita tak punya banyak masa!!



P/S  Satu pengajaran diterima....JANGAN BANYAK ALASAN!!

Artikel berkaitan:

7 Komen untuk "Kita kesuntukan masa..."

  1. salam..
    banyak mendengar/membaca tentang tugas cikgu yg makin hari makin berat dan bertambah..

    BalasPadam
  2. Saya dah agak dah, akak mesti sibuk...terutama sejak kedatangan mentor Marta tu. Cuma syukurnya PBS di tangguhkan. Kalau tidak, bertambah beban seorang guru...disekolah dan dirumah macam sama jer.
    Kita tahu limit yg kita mampu...tidak salah disuarakan, bukan alasan tapi tidak mahu terjadi kegagalan yg akhirnya menyusahkan banyak pihak...Semoga segala urusan akak dipermudahkan.

    BalasPadam
  3. Apa yg pasti dunia kita memang sudah terlalu tua dan bongkok.
    Sungguh bagaikan kita dah tak ada masa. Tak payahlah nak toleh sana-sini lagi
    Buat semampu boleh utk kebaikan di 'sana' kelak.
    Sementara ni pikul dulu tanggungjawab dunia sebaik yg termampu..

    BalasPadam
  4. utamakan ibadah sendiri sementara membantu orang sekeliling ... cikgu dulu balik umah merehatkan badan . cikgu sekarang balik umah ngadap laptop siapkan keje ...

    BalasPadam
  5. semoga kepenantan yg akk alami tu dibalas dgn pahala yg berganda aminnn

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan kak anim.. di dalam kesibukan itu, jangan lupa menjaga kesihatan diri juga kak anim..

    BalasPadam
  7. Memang kesian tengok workload cikgu-cikgu sekarang ni. Memang rasa terbeban sangat. Bukan ke bagus kalau tumpuan itu lebih kepada anak-anak murid yang memerlukan tunjuk ajar. Tapi betul juga tu kalau asyik fikirkan alasan, kenapa dan mengapa memang satu apa pun tak boleh nak buat. Tak dapat nak tengok video ni kat office, nanti balik rumah kalau kesempatan barulah boleh menontonnya.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai