Home · About Me · Sitemap ·

Dia pasti menjadi penghuni syurga


Assalamualaikum wbt...

Cerita anak kecil ini pernah Anim kongsikan di (s i n i )

9 Februari 2014...gambar yang dishare oleh PK HEM sewaktu dia mula admitted ward. Mula-mula disyakki kena jangkitan kuman. Sejak naik ke tahun 2 (Anim tak mengajar kelasnya lagi), guru-guru yang mengajarnya mengatakan, dia nampak lemah dan tak bermaya di dalam kelas. Kerap juga demam.

6 Mac 2014...nampak letih. Kat hospital pun asyik demam katanya..

Innalillahi wainna ilaihi rooji'un. Hari ini, 24 Mac 2014, jam 4.40 petang, anak kecil ini telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana penat (lelah). Anak kecil ini discharged pada hari Khamis lalu dan admitted semula semalam di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. Dia kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan menghembuskan nafasnya di sana.

Allah mengatur perjalanan hidupnya, Dikhabarkan, dia akan dikebumikan berdekatan pusara arwah ibunya yang telah pergi setahun lalu. Bayangkanlah, dia terlantar sakit di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani (kampung ayahnya) namun meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (kampung arwah ibunya). Satu lagi,tarikh pemergiannya hanya selang sehari dengan tarikh ibunya meninggal dunia.

Kami redha dengan pemergianmu, Nurin. Kamu pasti menjadi penghuni syurga Allah.

P/S  Tetamu akan berada di rumah kami sehingga Khamis..6 hari nampaknya (jangkaan 3@4 hari tu silap). Orang Jawa kata "kerasan". So, Anim mungkin lewat BW blog kawan-kawan.Sabar ya..

Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "Dia pasti menjadi penghuni syurga"

  1. Luruh airmata kakak Anim.
    Begitulah yg tertulis di Loh Mahfuz Allah anak ini pergi di waktu masih suci bersih lagi.
    Kakak membayangkan sepanjang sakit tanpa ibu di sisi lagilah sedih tak terkata kakak baca Anim sebab baru tahu maknya dah meninggal dulu darinya.

    Khususon ila ruhi almarhumah Nurin al-fatihah...

    BalasPadam
  2. semoga keluarga nya tabah.

    bidadari syurga.

    BalasPadam
  3. Innalillahirojiun..mengalir airmata saya kak... T_T

    BalasPadam
  4. Al-fatihah!

    Sedih saya membacanya walaupun tak mengikuti cerita terdahulu. Melihat gambarnya di sini tak terfikir akal ni yang budak sekecil ini telah pergi menghadap Ilahi. Tak dapat membayangkan bagaimana keadaannya sebelum ini, dalam kesakitan tanpa ibu disisi.

    BalasPadam
  5. Innalillahi wainna ilaihi rooji'un.. sedekahkan al-fatihah kepadanya.. insya-Allah pasti dia akan menjadi penghuni syurga..

    BalasPadam
  6. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun...syurgalah tpt mu syg...sedih tgk keadaan arwah...

    BalasPadam
  7. semoga mewangi di syurgawi ...sayang...

    BalasPadam
  8. Innalillahiwaninailaihirajiun, takziah kepada keluarganya.

    BalasPadam
  9. innalillahiwainnailahiraajiuun... kesiannya kak.. tak tercapaikah impian dia? memang syurga tempat untuknya kak..inshaaAllah..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai