15 Komen untuk "Aidil Adha 1434H (Episod SEMASA raya)"

  1. Hmmm bestnya sambutan korban kat sana... hehehe... kita kat melbourne tak der orang wat korban ler kak. depa korban kat pusat penyembelihan rasanya. tak dak nak wat terang2 an cam kita.
    semalam dengar kt berita, kat poland lagi ar.... tak dibenarkan berkorban sebab menyalahi hak2 haiwan...
    huhuhuhu...macam2 lah dunia ne...

    oh yer... duit tu erm, kalau ikutkan kena buat hebahan selama erm tak ingat, setahun kot (ke sebulan, ntah tak ingat duration, nnt saya check)... kat kawasan tempat yang jumpa + kat tempat yang orang selalu kunjung cam masjid ke untuk dibuat hebahan... after habis tempoh tu, rasanya dah boleh orang yang jumpa tu yang uruskan/ gunakan/ ambil lah apa2 tindakan nak ambik... sedekah ke apa...kalau tak silap ler...

    BalasPadam
  2. Paling seronok bila dapat mengerjakan korban di tanah sendiri. Alhamdulillah bila ramai yang datang membantu. Bukan senang nak mendapat ilmu utk menenangkan lembu ni...mcm2 kisah yg kita dengar. Kalau betul caranya...lembu itu sendiri rela di korbankan.

    p/s; pasal duit tu...berilah masa, mungkin ada yang menuntutnya nanti sbb nilainya banyak. Jika tiada... rasanya elok sedekah pada masjid. (kena tanya yg lebih arif utk cara yg terbaik)

    BalasPadam
  3. kak, kita jumpa kat sini:
    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13365.0

    tapi akak boleh cek lagi lah yer...untuk kepastian...

    Dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi bila duduk asrama, seringkali kita terjumpa barang hilang/barang orang tinggal. Boleh tak kita guna barang tersebut?

    1. Saya pernah dgr ada ustaz kata jika tinggal di tempat waqaf, boleh pakai, tapi mesti niat untuk pulang?
    2. Saya juga ada baca dalam hadith sahih bukhari muslim, boleh pakai selepas setahun. Tapi ada ustaz kata untuk 3 hari bahkan sehari pun ada?

    Jawapan:
    Soalan ini berkaitan dengan luqatah iaitu barang yang hilang dari empunyanya .Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam .Dan harta tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.

    Apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?

    Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .

    i. Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat seperti roti ,buah-buahan ,kayu maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadith Rasulillah SAW
    Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan,tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.

    ii. Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta,tong sampah yang besar dan lain-lain ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW
    Biarkanlah ia ! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.

    Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat ssunggunya ia telah bersalah .

    iii.Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-

    a) Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada
    1. Memakan dengan berhutang kos nya apabila empunya nya ditemui.
    2. Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut;
    3. Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.

    Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itusamada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.
    b) Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.

    c) Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .Berdasarkan hadith :

    Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil

    1.Rekodkan spesifikasinya

    2.Hebahkan selama setahun .Ulama member panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.

    3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .

    4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.

    Ustaz Zamri Hashim
    Sekretariat MUIS

    BalasPadam
  4. seronokkan duduk di parit hehehe....mungkin boleh didermakan kat masjid kot kak...saya pun kurang arif..nanti kak bagitau ya kak buat apa dgn duit tu

    BalasPadam
  5. Syukurlah semuanya berjalan lancar. Biasa yg sembelih ada cara dan doa selain dah solat hajat mohon dari Allah juga Anim (itu abanglah). Tak ada rezeki nak berjumpa lagi kita ni..

    Duit tu kalau kakak pun buat macam Anim sedekah aje dlm masjid..

    BalasPadam
  6. kalau aiza sedekahkan saja duit tu kat masjid kak.. susah menjaga barang bukan hak kita ni, kalau aiza boleh tak tidur malam dibuatnya.. alhamdulillah semua urusan korban berjalan lancar..

    BalasPadam
  7. bila dah takde yg menuntut lebih pd sebulan bolehlah kita masukkan ke tabung masjid......niat moga pahalanya di berikan ke empunya duit tu.....

    BalasPadam
  8. Wah banyaknya jumlah duit tu.. Kalau Erin sedekahkan kat masjid sebab semua orang tak mengaku duit mereka..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah kak...keluarga MIL pun keluarga kita jugakkan. Meraih juga tak kira bersama keluarga sendiri mahupun keluarga mertua.

    Banyaknya duit tu kak. Agaknya tuan duit tu tak tahu kat mana nak cari dah tu dan tak dapat berita yg diwawarkan.

    BalasPadam
  10. syukur.. smoga ibadah korban kt diterimaNYa

    banyaknyer duit tu.. kalo xde y tuntut.. rsanya ok je dimasukkan ke dalam tabung masjid..

    BalasPadam
  11. nama penyembelih tu mengingatkan saya pada arwah abah . sama nama ... duit tu klu nak bagi makan anak yatim pun boleh rasanya ... tapi klu nak senang , masuk jer tabung masjid ...

    BalasPadam
  12. harap ada yang datang menuntutnya, kalau tak ada letak dalam tabung surau aje.

    BalasPadam
  13. Kalau saya dah takda orang tuntut masuk dalam tabung masjid jela kot kak.

    Meriah betul korban di kampung ni kan kak. Tak merasa betul beraya di kampung ni.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai

Tazkirah

i

Kisah 2 Abdul

i