Home · About Me · Sitemap ·

Kiriman rakan blogger dari Doha


Assalamualaikum wbt..

Selasa lalu (sewaktu Majlis Sambutan Hari Raya di sekolah) dapat call dari Poslaju. Depa dah ada depan rumah, nak hantar parcel. Tanya kita, bila ada kat rumah. Bila kata masih di sekolah dan balik jam 2, sempat minta depa "campak" parcel tu ke dalam pagar. Dalam kepala ni, terbayang sejadah putih yang Anim kirim dari SIL.

Tiba rumah, parcel ini terletak cantik di tempat kasut. Rupa-rupanya Encik Suami terlupa kunci salah satu pagar, macam tau-tau aja..Syukurlah, despatch Poslaju tu tak ikut arahan Anim...heee. Terima kasih Poslaju!.

Sungguh terkejut kerana kiriman itu datang dari rakan blogger, Huda yang menetap di Doha, Qatar. Kami berkenalan melalui blog. Huda balik sambut Syawal di rumah familynya di Batu Pahat. Ingatkan..bolehlah jumpa nanti. Tapi tak berkesempatan nampaknya.  Terharu sungguh menerima kiriman darinya. Kenal pun tidak, bersua muka pun belum lagi. (InsyaAllah...mudah-mudahan satu hari nanti)

Terharu bila satu-satu kiriman itu dibelek. 1) Coconut dusted (Turkish delight) kacang pistachio, hazelnut dan almond yang superb. Pasti ini ole-ole yang dibawanya pulang sewaktu bercuti ke Turki sebelum ini. 2) Water perfume non alcohol yang harum dan lembut baunya. 3) Sabun wangi dalam bekas tertera Istanbul (kalah Body Shop) dan 4) Fridge magnet Qatar. Maaf, bukan niat nak menunjuk-nunjuk..sekadar menyatakan penghargaan terima kasih buatnya.

P/S Petang semalam, dapat call dari Poslaju lagi. Kali ni depa ada depan pagar sekolah. Dah pukul 6 petang, sure lengang sekolah. Khamis kan half day. Rupa-rupanya SIL pos guna address sekolah. Depa habaq kalau nak ambil barang kat ofis Poslaju Bakar Arang petang semalam, depa akan tunggu hingga jam 7.30 malam. Eeh..bagusnya Poslaju Sg.Petani ni..Sama ke perkhidmatan Poslaju di tempat kawan-kawan?

Artikel berkaitan:

18 Komen untuk "Kiriman rakan blogger dari Doha"

  1. Assalamualaikum wbt...
    best nya..

    cik puan huda... I nak jugak... please... hehehe...

    kak anim, pos laju kat putrajaya mmg tak berapa nak "bergaya"... hehehe... depa tah bagi salam ke tak, pastu terus tinggal kan slip... everytime pun kena pergi ambil... sib baik lah dekat dengan rumah... tapi cam pelik gak sebab kami ada jer kat dapur yang ada cermin dekat dengan main door, mustahil tak dengar orang bagi salam... hehehehe... bagus lah poslaju kat SP... suh boss depa pindah putrajaya pleaseeee....

    k kak... selamat hari jumaat....

    BalasPadam
  2. kak anim...

    saya tag akak ya untuk give away ne... hehehe

    http://hijab-valley.blogspot.com/2013/08/2nd-giveaway-by-hijab-valley.html#comment-form

    BalasPadam
  3. salam jumaat.. tahniah dapat hadiah.. jauh tu dari doha..

    BalasPadam
  4. Poslaju tempat saya pun bagus jugak kak..... best nya dapat parcel dari rakan2 blogger.

    BalasPadam
  5. alhamdulilah ... dapat rezeki . poslaju seri kembangan , klu x de org , masukkan jer kat tong pos ... heheheee

    BalasPadam
  6. seronoknya.. dpt hadiah dr org jauh.. alhamdulillah.. rezeki..

    BalasPadam
  7. bestnya dapat hadiah..jauh hadiah tu datang..tahniah kak ANIM..:)

    BalasPadam
  8. Jeles dgn prkhidmatan Pos laju kat SP...terbaiklah, tapi lagi jeles tgok dpt hadiah dari Turki tu...hehe gurau je. Syukur Akak sentiasa dimurah rezeki.

    BalasPadam
  9. Wah bestnya kak Anim dapat parcel dari Qatar.. :-)

    BalasPadam
  10. dah tertulis rezeki utk kita tu ! alhamdulillah kan

    BalasPadam
  11. IM belum pernah dapat apa-apa dari siapa-siapa melalui pos laju. Dari bank adala...

    BalasPadam
  12. murah rezeki kan Anim. bestnya pos laju kat SP..=)

    BalasPadam
  13. wah rezeki lpas raya lah ni ye...wangi wangi teacher..hilang ngantok anak murid!!

    BalasPadam
  14. inilah rezeki namanya.
    mudahan psahabatan btambah erat lps ni

    BalasPadam
  15. Kelaslah Poslaju SP. Mesti dicontohi Poslaju BP. Alhamdulillah... rezeki sama dikongsi...

    BalasPadam
  16. Rezeki tu....
    OKje kurang pasti Poslaju kat KL ni...jarang dapat surat dari Pos Laju hehe

    BalasPadam
  17. Rezeki kak,,seronoknya...saya pun sukaa tengok...=)
    kalo saya yang dapat pun mst teruja...

    Macam2 cerita pasal poslaju n service penghantaran kak sini kak...semoga satu hari nanti saya dpat jugak service macam kak anim tu...=)

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai