Home · About Me · Sitemap ·

Sambutan Hari Raya terakhir di SP


Asalamualaikum wbt..

Nak buat entry ni fikir 2 kali. Maklum, ini majlis orang dan Anim hadir sebagai tetamu. Tapi memikirkan catatan ini mungkin menjadi kenangan buat mereka yang mengenali Encik Suami di SP (manalah tau ada anak buahnya yang terbaca entry ini) , tergerak pulak nak share apa yang berlaku disebalik peristiwa.

Baju Melayu hijau muda Encik Suami tu baru dibeli petang sebelum majlis. Bukan salah Mem Besar tak tempahkan baju Melayu buatnya. Sebelum Ramadhan, beli bahan baju Melayu 2 pasang seorang untuk 2 Abdul. Kita minta dia pilih salah satu warna yang 2 Abdul suka.  Tapi, dia kata nahe..nahe. Alasannya, dia nak beli jubah hitam di Mekah. Nak pakai raya..Ok..fine.

Sehari sebelum majlis, dibelek-beleknya jubah hitam tu. Ditanyanya kita, sesuai tak dipakai di Majlis Hari Raya. Kopiah hitam, jubah hitam...nanti dikata S***h pulak katanya (lagi-lagi Kedahan kan). Kita sambung..Camtulah selalunya tanggapan orang. Suka salah sangka. Kalau berjanggut dicop jemaah tabligh. Agaknya kalau sarung jubah hitam, kopiah hitam apatah lagi serban hitam, terus dicop S***h walhal kalau kita belajar tentang keperibadian Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, Baginda pernah menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai dengan memakai serban berwarna hitam (Hadis direkodkan oleh Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Nasa'i).

Bila tengok pinggan mangkuk di meja, camtulah dia dari dulu sampai la. Seboleh-bolehnya tak nak jamu tetamu dengan pinggan kertas@polisterine. Tak de istilah "senang tak yah basuh" buatnya. Dulu, kalau kami buat kenduri@open house di rumah, dimintanya Anim keluarkan pinggan mangkuk yang ada. Dia sanggup upah orang cuci pinggan kalau kita kata "sapa nak basuh pinggan"..

Orang Johor, kalau buat majlis memang meriah. Mesti ada muzik bagai..huhu. Tengok jelah majlis kahwin orang Johor. So, sedikit sebanyak terpengaruh jugak. Kalau tahun lalu, kami dihiburkan dengan lagu-lagu dari Pak Long, tahun ini anak-anak dari Maktab Mahmud Merbok pula yang menghiburkan kami dengan lagu-lagu nasyid. Best..best..

Bergambar dengan Bossnya di Alor Setar. Nampak makanan atas meja? Percaya tak, balik rumah, dia mengadu lapar dan cari nasi. Kita heran sebab punyalah banyak makanan atas meja. Dia kata bila jadi host, tak lalu makan. Sibuk layan orang (kita kat belakang tersengih tu..dah kenyang, tak larat bangun). Rasa-rasa..esok kalau dapat menantu...dia jugaklah yang sibuk dari Mem Besar.

Alhamdulillah...terselit antara 10 pemenang Cabutan Bertuah. Sandwich Maker ni bakal kami anak beranak gunakan di tempat baru. Mana tu?? Tunggu pengumuman selanjutnya...huhu..

P/S  Sayu pulak nak tinggalkan SP. Alhamdulillah, apa yang kami niatkan waktu berpindah ke SP, 4 1/2 tahun yang lalu banyak tertunai (setiap amalan bergantung pada niat, betul tak?). Dan nampaknya...kena pasang niat lain pula nak bertukar ke tempat baru ni.

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Sambutan Hari Raya terakhir di SP"

  1. Mesti sedihkan kak Anim dah nak tinggalkan bumi Kedah ni..Alor Setar dengan SP tak jauh kak Anim.. Erin kat Alor Setar.. :-)

    BalasPadam
  2. Walaupun sedih nk tglkn A.Setar tapi byk kenangan manis yg ada kan..Alhamdulillah rezeki akak sekeluarga dot cabutan bertuah

    BalasPadam
  3. Asalam Anim..mesti geng bas sekolah rindu kat Anim nnti...tapi persahabatan yang ikhlas akan sntiasa mekar di hati..Suspen betol tempst baru nii...cemas jugak mnunggunya...tapi haraplah tempat yg ada tenet ye.. .rindu nekcik nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah nekcik..itu juga doa dan harapan saya. semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan dan saya dapat menyambung ukhwah di tempat baru.

      p.s tenet la ni nekcik, amat2 penting..bukan saja utk update blog, hee..tapi kerja2 sekolah sekarang semua online

      Padam
  4. betul tu kak, semuanya bermula dengan niat.. semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tqvm aiza...niat yang baik2 aja. nak bina ukhwah di tempat baru, nak cari ilmu di tempat baru...

      Padam
  5. org kata kan sis, tempat baru...azam baru. tapi tempat yg lama jgn di lupa. semoga segalanya akan sentiasa baik malahan lebih baik utk sis sekeluarga. amin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah..kak pun fikir +ve redrose..mana pun tempat dituju, niatkan yang baik2. thanks kerana doakan akak

      Padam
  6. anim nak pindah ya ... semoga urusan berjalan lancar. selamat berpindah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya Mala..sayu nak tinggal SP. anyway..masih dalam Malaysia, heee

      Padam
  7. Balasan
    1. Kalau Johor, saya dah melompat tinggi-tinggi, huhu. Malangnya BUKAN...heee

      Padam
  8. IM juga suka dengar lagu Pak Long - Selangi Ada Rindu. Rupanya masih muda Pak Long ni, ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Long lahir dalam tahun 1965 kalau tak silap...Pak Long yang muda

      Padam
  9. lagi byk tempat kita pergi , lagi banyak pengalaman dan kenalan ...

    BalasPadam
  10. Hehe...akhirnya kena beli jugak yeh baju melayu ...
    Kat sana senang kot nak cari org basuh pinggan...kat sini sapalah yang nak diupah cuci kalau tak mem kecik jugak yg basuh Anim hehe

    BalasPadam
  11. As salam kak anim....
    lamaaa dah nk tya,,x smpat ja,,,
    akk nk pindah kmana,
    sekarang ni kita sama2 diutara, tapi tak pernah bertemu...
    Moga dilain kesempatan kita bertemu la...mudahan ada rezeki nanti...
    senanng berkawan dengan akak, walopun dialam maya ja...

    Kak, semoga dpermudahkan urusan ditempat baru...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai