Assalamualaikum wbt..
Cerita 1
Balik dari lawatan kerja di Tanjung Dawai, Encik Suami bawa pulang 2 biji cempedak Singkir. Sebiji yang berulas besar berwarna oren kemerahan (isi tak banyak) dimakan begitu saja mereka 3 beranak. Sebiji lagi tidak dibelah, minta digoreng keesokan pagi.
"Nak bagi deorang yang bau cempedak dalam kenderaan tadi, rasa", katanya.
Alkisah, selepas membeli cempedak tu di tepi jalan dan membawanya masuk kenderaan jabatan yang turut membawa beberapa staffnya, bau wangi cempedak tersebut menusuk hidung.
Kalau ke Tanjung Dawai, jangan lupa cari cempedak Singkir. Sedap, lemak manis rasanya..
Mem Besar bersuara juga. Sebiji je buah cempedak yang ada, nak digoreng bagi staff rasa..cukup ke? Kenapa dihabiskan sebiji lagi? Kenapa tak beli lebih?
"Tak kisahlah berapa yang dapat. Nak bagi rasa je pun. Deorang dapat bau je semalam" jawabnya.
Mau tak terkejut, bila dibelah pagi tu, satu biji cempedak Singkir berharga RM4 ringgit (dalam 12" panjang) mengandungi hampir 100 ulas. Naik jenuh menggoreng. 4 kali gorengan. Awatlah tak habis-habis menggoreng ni...kita nak bersiap ke sekolah pulak, huhu...
Bukan saja staff yang bau cempedak dalam kenderaan tu saja dapat makan, staff lain yang tak bau pun dapat rasa. Kita pun boleh bawa bekal p sekolah..huhu
Cerita 2
Dekat 4 1/2 tahun mengajar kat SP, hari ni dalam sejarah jamu laksa Johor untuk geng bas sekolah. Ada sambutan Hari Raya peringkat sekolah pagi tadi. Takkan orang Johor nak buat lemang, tapai pulut , gulai batang pisang kat orang Utara kan?
Serik sebenarnya nak perkenalkan makanan Johor kat geng bas sekolah Utara ni. Teringat waktu 1st year di sini, sewaktu sambutan Hari Raya, kita pun tunjuk rajin buat lontong dan kuah lodeh. Ada yang tak reti makan (maybe tak biasa). Eleh..dia pun 2x5..sampai la tak reti makan tapai pulut. Tambah2 yang digaul dengan kelapa tu...
Dek kerana bimbang depa tak suka, buat 2 peket spaghetti. Kuah laksa pun dengan menggunakan 6 ekor ikan tenggiri saiz kecil. Syukurlah respons yang diterima amat memuaskan (kena buat lagi). Kalau nak tahu, 98% geng bas sekolah Anim tak pernah makan Laksa Johor, huhu. Agaknya, habis bukan kerana sedap tapi mereka tak tahu rasa Laksa Johor yang sebenarnya..heee.
P/S Tak tahulah, kalau air tangan orang..memang sedap aja masuk mulut kita.
Anim.banyaknya isi cempedak tu..haha mau naik kebas kaki menggorengnya kan..satu lagi.laksa johor tu..aduh sedapnya..kalaula dekat mesti knah boleh p tolong makan kan..tapi xpa..dah dapat makan masa pegi beraya umah kawan minggu lepas..Alhamdulillah =)
BalasPadamlaksa johor tu dah alter ikut tekak saya, kak nah. pencipta asal laksa johor mesti marah kat saya, haha
Padamsaya memang tak berapa suka dengan cempedak..baunya lagi samalh dengan durian..tgk macam meriah je..
BalasPadamkak suka durian,kak suka cempedak...selera masing2 berbeza kan?
PadamJom terjah sini Mengatasi Masalah Kekeringan Idea Dalam Mengemaskini Blog
BalasPadamAnim,saya tersangat la suka makan buah cempedak yg sudah digoreng...
BalasPadamMacam dh terbau2 jer buah cempedak...harus carik hujung minggu ni...
iyelah....panas2..berasap2 bila kita kita gigit..haha, lagi best!
PadamAs salam kak anim...
BalasPadamsomi nak makan cempedak goreng minggu lepas, tak terbeli lagi. Minguu lepas ada sukun. nampak cempedak kak anim trus tringat,,,,
kak...laksa johor fevret saya...=)
saya pun ada cerita...
saya penah jamu kawan-kawan en.somi laksa johor...tapi tak jadi kak, diorang tak pandai makan, terusla sampai sekarang saya tak buat laksa johor utk tamu, laksa utara ja laaaaaaaa....hehee...
saya jugak selalu nak jamu tamu ngan asam pedas, punnnnnnnn sama tak jalan...lama-lama faham sendiri bila dok kat tempat orang...=)
baca komen kak huda ahsin tu, AA. pujuk hati, heee
PadamBuat sikit-sikit tanda perkenalan. Orang tak makan... takpelah... yang penting niat hati nak bersedekah. Ucapan pujuk hati sendiri... hehehe...
BalasPadamtule..orang yang pandai makan le untung, boleh tapau bawa balik, hee
Padam1. Banyaknayaaaa Anim - itulah jgn judge diluarnya sekali buka mak ai beratus ulas di dlmnya (rezekilah...)
BalasPadam2. Elok benar kenalkan org utara makanan kita Anim... biar sesekali mereka merasa. Dah kena sekali lain kali tanya lagi pastinya:)
1. sampai terdiam seorang diri sewaktu menggoreng kakzakie..malu lak kat suami
Padam3. haah...camnapun ada alter sikit kakzakie...heee
Assalamualaikum kak,
BalasPadamWah, meriahnya kak!!! Teringat yang tahun lepas punya. Jangan di lupa orang di Lubok Antu ni kak. Hehehhehe
tak lupa..tak lupa...kesiannya dia. ada jamuan raya tak kat sana?
PadamYa Allah kak, sini memang tempat susah jumpa orang Islam. Makan pun susah. Sudah rezeki di sini... rindu nak makan ramai ramai...
PadamHuhuhu, mana ada jamuan raya lagi untuk saya....
Padamtakkan selama-lama dok situ kan..tak pe, cari pengalaman dulu. doa ajalah. pejam celik pejam celik..lepas 5 tahun, minta tukar semenanjung..
PadamMurahnya cempedak kat sana.. kat pasar sini sekilo RM5, yang kecik2 pun dah dekat 10 ringgit.. malas nak beli..
BalasPadamMakchaq suka laksa.. tak kira la utara, johor, lemak, sarawak.. semua suka.. buat ja tak pandai.. pandai buat laksa penang ja..
tengah banyak ni makchaq, sekilo rm2 je pun..
Padamsaya pun suka laksa. mana tahu, satu hari boleh rasa laksa penang airtangan mak chaq
kompom ada yang mengulang makn laksa johor akak tu. Nampak pun dh sedap kak. meh semangkuk! hehe
BalasPadamnanti kak jamu nea lopah pulak, ek...
PadamAina beli cempedah dua biji Rm8 masa balik kampung terkujat kejap sebab kat Kajang sekilo Rm7-8. Laksa Johor memang sedap Kak Anim, mungkin depa jenis yang tak kerja luaq kot macam saya dah biasa dan suka pulak try makanan yg tak biasa makan.
BalasPadamla tengah musim..cempedak jatuh rm2 sekilo, huhu...
Padamsalaam anim,
BalasPadambyknya isi cempedak tu! sejak berkawan dgn ramai oran gjohor masa di brunei sudah jatuh cinta dgn laksa johor :-)
iyalah mala...sungguh tak sangka. sampai terdiam saya, malu kat encik suami sebab bersuara..
Padamterliur tgk cempedak....saya ngidam nak makan cempedak sampai skang tak dapat lagik nih..ish ishhhhh...
BalasPadamalamak...kalau dekat, mau je kak hantar ke rumah..kesiannya dia
PadamIM memang teringin nak beli dan goreng di rumah tapi atas sebab-sebab kesihatan ibu_suri, tinggal teringin aje la..
BalasPadamangin ya, IM
PadamMemang rezeki depalah kan Anim...sedap cempedak kecik kecik biji dia kalau digoreng berbanding yg gemuk...hehe
BalasPadamTerliur tengok laksa johor tu...lama tak makan...
haah...saiz sedang2 sampai saiz kecil. nak ditinggalkan yg kecil pun sayang sebab manisnya ada...
PadamPagi raya di kampung, akak ipar (asal Pontian) buat laksa johor ni. Itulah kali pertama rasa, janggal skit sebab memang xsuka dengan speggeti...
BalasPadamboleh tukar spaghetti tu dgn laksa beras. suami kak pula BM, tak minat laksa beras. cam2 selera orang kan...
Padamcempedak goreng makan panas2 mmg terbaiklah.. Dah niat kita ikhlas nak bagi org lain sama2 merasa, dapat pulak cempedak yang mmg banyak ulasnyer tu sesuai sgtlah !
BalasPadamtule KA...malu pula bersuara pagi tu bila tengok isi cempedak yg dibelah..huhu
Padamcempedak ni beli di singkir (dekat2 tanjung dawai). kalau tiba musim cempedak, kami sanggup mai jauh untuk beli
BalasPadamasalam Anim...mmg orang jarang dapat makan laksa johor ni..first time nekcik buat utk ofis liciin...macam Anim lah..takut depa tak makan..separuh buat laksa penang...ropernya berhantu depa makan..lepas tu tiap tiap kali jamuan suruh buat laksa johor...nekcik sendiri tak gemar pun!!
BalasPadamtule, sekali makan, nak lagi..kosnya yang tinggi kot nekcik, tu sebab jarang orang buat laksa johor..heee
Padambanyaknya 100 ulas.. puas hati dapat makan ramai-ramai.. aiza tak pernah lagi makan laksa johor.. mesti sedapkan..
BalasPadamtak sampai 100 aiza, dalam 80++. nanti kalau kita bersua, kak jamu laksa johor, noo
Padam