Home · About Me · Sitemap ·

Surprise untuk si Abdul (kecil)


2,3 hari lepas, dia sibuk menghitung hari menjelang ulangtahunnya yang ke 11 pada akhir April ini.

SURPRISE!!!....rupa-rupanya pihak sekolah adakan majlis untuk murid-murid dan guru-guru yang menyambut hari lahir di bulan April. Bukan suprise untuk dia saja, Ummi dia pun terkejut. Nama je satu sekolah...tapi tak semua program sampai ke pengetahuan semua guru. Agaknya tahun ni masa Anim banyak dalam kelas....tak banyak masa dalam bilik guru dan pejabat.

Sebenarnya...program menyambut ulangtahun guru bersama murid ini julung-julung kali diadakan dan bermula April.

Tersangatlah gembira bila satu sekolah nyanyikan "Selamat Ulang Tahun". Bergema dewan terbuka.

Sempat diusik Penolong Kanan 1 yang bulan kelahirannya sama dengan si Abdul.

Bukan senang tau Penolong Kanan 1 nak suap kek ke mulut. Rezeki awakla hari ni...

Sempat curi-curi baca " diari" ( tapi bersepah diletakkan diarinya). Ni yang paling Ummi dan Abah tak tahan gelak baca. Ooopss...dia memang agak lemah bab mengeja Bahasa Malaysia.

Setidak-tidaknya kami tahu, cerita- cerita yang sering kami "sumbat" sedari kecil...sedikit sebanyak masuk juga ke dalam sanubarinya. Sebenarnya namanya Salahuddin sahaja. Al Ayubi yang ditambahkannya itu sendiri ....adalah nama yang kami sering highlightkan bila berbicara tentang pejuang Islam. Mungkin dia "terperasan".. itu pun namanya juga!!

P/S Tak semena-mena, anak-anak murid alert dengan birthdate masing-masing...

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Surprise untuk si Abdul (kecil)"

  1. seronok tu sambut birthday ramai2..meriah gitu

    BalasPadam
  2. Salam,
    Alahai.... so suweeeetttt lah cikgu cikgi...
    Semoga semua sukses ya di dunia dan akhirat...
    ameen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekolah kampung, sambutan ala kadar je...kek pun isteri cikgu lelaki buat

      Padam
  3. haruslah alert Anim....nak tunggu dpat makan lebih special walaupun dah selalu makan sedap pun hehe

    HEPY BEZDAY SALAHUDIN AL_AYUBI....semoga menjadi anak yg soleh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaah..masing2 tak sabar menanti giliran...huhu

      p/s tqvm aunty hainom...(bagi pihak)

      Padam
  4. Tahniah buat seluruh warga sekolah Anim. Ukhuwah terjalin erat kelihatannya..

    Selamat ulangtahun kelahiran buat anakanda Salahuddin (tak mustahil boleh jadi seperti Salahudin Al-Ayubi pejuang Islam yg digernuni dan disegani). Boleh belikan dia buku karya Pak Talib keluaran PTS Publication buku Salahudin Al-Ayubi ini Anim. Mesti kalau dapat khusuk dia membaca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tulah cikgu2 kekal kat sini tak bertukar sekolah. sekolah kampung ni rapat ikatan kekeluargaan sesama staff dan anak murid.

      p/s tqvm kak (bagi pihak). kami beli buku tu sejak dia berusia 2 tahun lagi. memang selalu bercerita tentang isi buku tu kat dia sejak kecil. dia pun dah baca buku tu dan ada juga bawa p sekolah masa umur 8@9 tahun...tayang kat kawan2 kelasnya, dia pun nakjadi "pahlahwan" naik kuda cam dalam gambar sebab nama sama!

      Padam
  5. pengalaman anak2 sekolah international di brunei dan sekarang kat oman ni. mmg dia orang ada weekly assembly untuk satu sekolah. ada slot mengumumkan harijadi siapa (anak murid dan juga cikgu) dlm minggu tu. budak-budak mmg suka dan seronok. tapi tak ada la makanan sekadar nyayi ramai-ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti seronok kalau tiap2 minggu....sekolah kami kecil, tiap bulan pun hanya berapa kerat saja

      Padam
  6. Pasti pengalaman manis bila di suap PK...Memang xkan merasa lagi dah. Badan Si Abdul pun dah macam pahlawan... Semoga Salahudin menjadi anak yg soleh, pejuang agama dan bangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi kenangan dia nanti. sebab badan cam tulah kami suruh jadi pahlawan, tak lut badan tu dek senjata, huhu...

      p/s amin

      Padam
  7. tentu seronok murid2 sekolah tu sambut ulang tahun bersama cikgu2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang lucu Mama Rey, ramai budak2 darjah satu siap mengaku depa lahir bulan April!! heee...

      Padam
  8. bagusnya kak... ada penghargaan macam ni.. di tempat kerja kami ada cuba nak buat.. setahun sekali bg penghargaan staff tp itu pun dah ada yang mencemuh.. katanya mengikut adat yahudi...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak,

    untung la cik abdul ni.. eh, penolong kanan baru la...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai