Home · About Me · Sitemap ·

Udang Lipan VS Udang Kara

Udang lipan ni banyak di Kedah. Tak pernah jumpa di Johor (sorrylah kalau ada, memang tak perasan) Udang lipan yang dibeli di night market Taman Ria Jaya ni RM6 saja sekilo  

 
Tak pantas dibandingkan dengan udang kara a.k.a lobster yang mencecah  RM150 sekilo ni..
Bukan taraf saya...setahun pun tak sekali makan, huhu....

1st time beli (4 tahun dah tengok di market) sebab tertarik dengan khasiat Kedahan warwarkan..
Rebus dengan serai dan bawang...elok untuk pesakit penat (lelah). Nak mencuba kerana batuk yang berpanjangan ni...kenkadang cam nak lelah pulak
 
Sebahagiannya digoreng saja (nak cuba)
Walaaaaaa....sekali rasa wa sudah jatuh cinta...(walaupun susah nak mengopeknya)

P/S  Fizikal yang berbeza tapi rasa serupa

Artikel berkaitan:

31 Komen untuk "Udang Lipan VS Udang Kara"

  1. Dah... kakak teringin pulak jadinya Anim. Memang macam susah juga nak dapat ni. Kalau lobster senang nak cari, masuk restoran sea-food mesti ada tapi yg lipan ini kakak tak jumpalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha...murah udang ni kak. jom p utara..banyak kat pasar malam

      Padam
  2. Masa di SP, pernah beli sekali.. goreng tepung.. dengan kulit-kulit sekali rangup.. tapi isinya tak berapa nak ado kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok..nanti saya cuba. depa kata nak beli kena cari yg besaq cikit che mid

      Padam
  3. Yelah kat KL pun jarang nampak hehe... sedap ke? murah pun murah yeh per kg....
    bolehlah cuba nanti takut budak2 tak mo makanlah pulak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena buang yg tajam2 tu..kita goreng rangup...

      Padam
  4. sedap ke kak... sama cam udang ye.. murah betul harganya tu... tak pernah dpt mkn.. kat sini mahal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah nama pun udang beb...rasanya lemak2 gitu.kalau udang biasa kan kenyal..

      Padam
  5. Isteri saya memang suka sangat udang lipan ni... Beli kena pandai pilih dan hari yg sesuai, kalau tidak kurang isinya. Saya...xmakan udang...hehe. Tgok jer.
    Sampai la ni blum pernah menjamah lobster, mahal satu hal tapi memang xberminat pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo..ye ke? tak tau pula ada hari yg sesuai. cam ketam pulak kan..kena tunggu hujung bulan baru penuh isi

      Padam
  6. kat kl ada juga di pasar tani. pernah beli sekali. payah la nak makan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang payah nak makan, sedap pulak. cam ikan terubuklah...

      Padam
  7. saya tak suka sebab susah nak kopek kak..kalau salah cara bersihkan nanti tme kopek tercucuk tangan huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak guna gunting je ida. tukang jual siap buat demo ajar kami cara nak "siang"..heee...

      Padam
  8. pernah makan lama dahulu semasa menyewa ngan kawan kawan dari kedah..memng sedap..

    BalasPadam
  9. tak pernah makan dan jumpa lagi udang lipan ni kat sini.....

    BalasPadam
  10. apa rasanya ni.. sedap ke.. tak pernah rasa... hehuuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap...lemak2 gitu rasanya..kak pun 1st time merasa

      Padam
  11. haaaaa...baru lepas makan udang lipan ni 2mggu lepas..sedapkan/.we ollsss bt grg kicap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. goreng kicap??? boleh try nanti. kawan kak kat buat sambal kering-kering pun sedap

      Padam
  12. tak pernah makan seumur hidup.....yang yan tahu arwah nenek makan buat ubat lelah je....tak tahu pula boleh makan buat lauk macam udang biasa he heee.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nikan masih hidup lagi:D))...boleh try rasa...heee

      Padam
  13. mmg payah nak makan udang ni.. tpi kalaukena cara masak mmg sedapkan !

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaah...bila sedap tu yg jadi susah makan...

      Padam
  14. alamak nampak sedap.. tak pernah makan kot..anim tunjuk yang sedap2 belakani...

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa kata kat utara ni sesuai hidup...tu yg payah nak jumpa kat tempat lain kot

      Padam
  15. assalamualaikum ... kat johor ada . Saya pernah beli masa dok kat segamat dulu . sekeping jer udang tuh . tak de isi . klu goreng rangup , leh mkn dgn kulitnya sekali .

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu sebab kena pilih yg besar2 saiznya. kalau dak, macam vee katalah....makan dgn kulitnya sekali

      Padam
  16. nampak sedap tu udang
    yummm yummm

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai