Home · About Me · Sitemap ·

Kerana batuk.....airmata pula mengalir

Amaran: Entry ini panjang. Tidak mengapa kalau anda skip untuk membacanya. Maaf dipohon kerana entry ini bukan bermaksud membangga diri (keampunan Allah dipohon). Sekadar perkongsian bersama mereka yang sudi membacanya kerana tanpa disedari Allah menyedarkan kita dalam banyak cara.

Malam tadi, kami ( 4 beranak) di bawa seorang kenalan dan abangnya dengan sebuah van. Entah ke mana arah tuju dan kemudiannya van itu berhenti di sebuah rumah kampung yang begitu asing bagi kami. Bila masuk ke dalam rumah itu, barulah Anim sedar itu ialah sebuah kedai makan. Kenalan dan abangnya kemudian meminta orang di dalam rumah itu menyediakan makanan untuk kami. Anim ternampak seekor ikan terubuk yang sangat besar dikeluarkan oleh orang di dalam rumah itu. Tertanya-tanya, menu apakah yang bakal disajikan kepada kami. Kemudian, seorang lelaki memberitahu kenalan yang membawa kami tu, dia juga bercadang menyediakan 2 keping daging kambing buat kami. Wah.....terliur memikirkan juadah yang bakal dihidangkan.

Tiba-tiba Anim terbatuk. Dengan tidak semena-mena....Anim TERJAGA dari tidur. Laaa, bermimpi di malam Jumaat rupa-rupanya. Aduhai....kenapalah awal sangat mimpi tu paused. Kalau selesai makan....alangkah bahagianya. Actually batuk Anim ni nampak okay tempohari. Tak sangka pula gara-gara putu mayam bercicahkan gula melaka dan kelapa parut serta menjamah 2,3 biji (5 biji) anggur merah... batuk itu datang semula. Gatal tekak ni jadinya...

Anim bergegas bangun ke dapur dan minum segelas air rendaman kayu manis yang dicampur dengan madu (tqvm atas petua diberikan makchaq...sungguh melegakan tekak, sedap lak tu). Jam menunjukkan 1.30 pagi. (Kami semua masuk tidur 11 malam). Kalau hari sekolah, sure Anim sambung tidur. Tapi...kerana Jumaat cuti hujung minggu, mata segar pulak tengah malam tadi. Anim capai iPad dan checked ayat terakhir Quran yang dibaca. Tiba-tiba mata terpaku bila ayat terakhir yang ditanda pada iPad ialah pada surah Al-Imran ayat 17.

Hati Anim betul-betul sebak pada ayat terakhir itu......orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. Ia seolah-olah satu peringatan buat diri sendiri.

Sebelum itu dalam surah Al-Imran ayat 14 diterangkan "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

[3:15] Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;

[3:16] (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";

Airmata tak tertahan-tahan. Anim akui, bukan mudah untuk Anim bangun malam untuk lakukan Solat Taubat serta solat malam yang lain. Juga bukan senang untuk Anim mengalirkan airmata sewaktu membaca Quran walaupun kita dianjurkan untuk menangis walaupun terpaksa berpura-pura. Terjaga kerana batuk.....hati bagai tertarik-tarik untuk terus membaca Surah Al-Imran bersama esak tangis dan berdiri untuk melaksanakan Solat Taubat.

"Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa adik-beradik kami, dosa jiran tetangga kami, dosa semua muslimin dan muslimat dan peliharalah kami semua dari azab api nerakaMu, ya Allah"

P/S Batuk tu rezeki

Artikel berkaitan:

13 Komen untuk "Kerana batuk.....airmata pula mengalir"

  1. amin... alhamdulillah kak... saya juga tengah batuk..

    BalasPadam
  2. Kakak akui betul bukan mudah utk melakukan itu Anim, tapi itulah hikmah terjaga dari mimpi tak dapat menikmati terubuk dan daging sebelum makan:) kerana batuk...

    Hening suasana dan waktu yg Anim lakukan ibadah itu kalau khusyuk memang pasti mengundang airmata. Moga Allah mendengar apa yg kita mohonkan.. amin.

    BalasPadam
  3. Malaikat mengerak kan Anim tu ..Kerana batuk dan mimpi ..Anim dapat hikmah yang yang tak ternilai..
    Alhamdulillah...

    BalasPadam
  4. Salam Anim,
    Bertuahnya Anim mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah. Dikongsi pula bersama kami.. Semoga Allah melindungi Anim sekeluarga dan beroleh kesihatan, kebahagian dan keberkatan.
    Hanya orang yang bersyukur dapat menikmati setiap kesenangan dan kesusahan adalah itu satu rahmat dari Allah.

    BalasPadam
  5. Salam, alhamdulillah dapat menikmati petunjuk, dan berkongsi disini, thanks.

    BalasPadam
  6. Selalu terbangun waktu subuh hampir menjengah.. boleh buat solat tahajud tapi tak berapa khusyuk sbb surau dan masjid dah mula melagukan halwa telinga utk umat Nabi bangun.. tak sehening kalau bangun tengah malam.. sama-sama kita teruskan ya..

    BalasPadam
  7. PETUNJUK JUGA MENGINGATKAN KITA SESUATU YANG KITA TERLEPAS PANDANG SELAMA NI...BUNDA PERNAH MENGALAMINYA...MAKA CEPAT2 BERISTIGHFAR DAN SEMBAH SUJUD KEPADA NYA...TENANG KEMBALI...ALHAMDULILLAH..

    BalasPadam
  8. Amin.....rezeki dari Allah....bukan senang untuk mendapat petunjuk dari Allah nie......

    BalasPadam
  9. assalamualaikum ...Allah memberi petunjuk kepada mereka yang dihendaki Nya ...

    BalasPadam
  10. Kata UAI, jika kita terjaga di waktu tengah malam, bermakna Allah peringatkan kita untuk tahjjud...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah... tersentuh kalbu...

    BalasPadam
  12. Betul tu ...hikmah disebaliknya...Allah nk mengejutkan kita utk berbicara denganNyakan Nim...
    Samalah...kdg tu terjaga buang air awal pagi... Sungguh mencabar nk buat solat....
    Tp kalau dah mimpi ikan terubuk ngan kambing golek harus nk dapat durian runtuh tu...hehe..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai