Home · About Me · Sitemap ·

Mati

Peristiwa mati sangat menakutkan. Apabila mayat telah dimasukkan ke dalam liang lahad, lalu ia akan dikambus dengan tanah. Setelah itu orang yang mengusung dan menghantarkannya ke kubur pergi dan meninggalkannya sendirian tanpa teman, tanpa lampu,tanpa makan, tanpa minum, tanpa kekayaan dan tanpa segala-galanya.

Mayat terpinga-pinga dan baru sedar ia telah mati. Ketika itu masuklah malaikat Rumman sebelum masuknya malaikat Munkar dan Nakir. Mukanya bersinar seperti matahari dan ia berkata kepada mayat.

"Tulislah segala apa yang engkau telah perbuatkan di dunia tentang kebaikan dan kejahatanmu"

Maka jawab mayat, "Dengan apa hendak aku tuliskan, dan di mana aku hendak tulis?"

Maka jawab malaikat itu, " Lidahmu sebagai tinta dan jarimu sebagai kalam."

Maka berkata mayat, "Dimanakah buku yang hendak aku tulis?"

Maka malaikat Rumman mencarikan kain kafan lalu diberikan kepada mayat, "Tulislah segalanya di atas kain kapan ini."

Maka mayat pun menulis apa yang telah dilakukan di dunia tentang satu kebajikan. Dan jika sampai kepada kejahatan, mayat akan berasa malu untuk menulisnya. Maka berkatalah malaikat; "Wahai orang yang bersalah, kenapa kamu tidak malu kepada Zat yang menciptakan kamu sewaktu kamu melakukan dosa dahulu di dunia dan sekarang engkau malu terhadap diriku?"

Kemudian apabila mayat itu enggan menulis kejahatannya, malaikat itu akan mengangkat tongkat pemukul dan dipukulnya mayat itu, maka berkata mayat ; "Angkatlah tongkat ini agar aku boleh menuliskannya"

Maka mayat pun menuliskan segala kejahatannya dan kebaikannya tanpa tinggal walau sebesar habuk. Kemudian malaikat meminta mayat itu untuk mengecapnya. Maka berkata mayat; "Dengan apa hendak aku capkan?"

Maka berkata malaikat;"Kamu capkan dengan kuku kamu."

Maka mayat pun memperlakukan sebagaimana yang diperintahkan oleh malaikat. Dan setelah itu malaikat pun menggantungkan tulisannya itu dilehernya sehingga hari kiamat.

Firman Allah SWT:

"Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpai terbuka."      (Al-Israa':13)

Setelah itu, masuk pula Munkar dan Nankir dan bermulalah soal jawab dengan si mayat mengenai ketuhanan, kenabian dan sebagainya. Jika mayat tidak dapat menjawab, maka ia akan diseksa dengan seksaan yang pedih. Di dalam kubur lagi sudah dihukum atas perbuatan yang dilakukan. Kalau mayat itu calon syurga, di dalam kubur lagi sudah ditunjukkan tempatnya. Dan begitu juga ahli neraka, tempat seksaannya juga telah ditunjukkan. Rasulullah Solllahu Alaihi Wassalam bersabda:

"Apabila seseorang itu mati, maka diperlihatkan baginya akan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia akan melihat syurga dan jika ia ahli neraka, ia pun akan diberi melihat neraka. Kemudian dikatakan,"Inilah tempatmu yang kamu akan dibangkitkan kepadanya pada hari kiamat."   (HR Muslim)

Begitulah rupanya orang yang di dalam kubur, sentiasa resah menanti saat berakhirnya alam kubur kerana tidak tahan diseksa dan tidak sabar untuk menikmati kebahagiaan di syurga. Kita yang hidup ini mengetahui kisah ini tetapi masih lalai dengan maksiat dan dunia. Masih lalai dengan harta kekayaan dan keluarga. Bersabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam:

"Keberangkatan mayat itu diringi 3 hak iaitu, keluarganya, harta bendanya dan amal perbuatannya. Yang dua akan pulang dan satu tetap tinggal. Yang pulang ialah keluarga dan harta bendanya sedang yang tinggal ialah amal perbuatannya." (HR Bukhari dan Muslim)


Sumber: Menyelami Samudera Tasawuf oleh Ustaz Shamsul Mohd Nor

Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "Mati"

  1. Allahurobbi... sungguh bagai dikata kita telah tahu bahawa mati itu benar, azab kubur itu benar, kiamat itu benar namun kemungkaran dan kedangkalan hati mengikut hawa nafsu hasutan syaiton terus diikuti. Na'uzubillah... moga kita dikuatkan iman utk menjadi muslimin-muslimat-mukminin-mukminat yg mengikut landsan syariat Islam..

    BalasPadam
  2. ya Allah!!.. moga aku dapat manfaat dari artikel ini .. moga aku mampu meninggalkan maksiat kecil ataupun besar.. moga aku beribadah dan melakukan pekerjaan hanya keranaMu... amin...

    BalasPadam
  3. Huhu. Ampunkan kami ya Allah. Ampunkan kami dari dosa-dosa yang kami sengaja atau pun tidak, dan dari dosa-dosa yang hanya Engkau mengetahuinya.

    Tima kasih kak nim, tolong ingatkan kami.

    BalasPadam
  4. tq kak sharing kisah ni..memberi keinsafan.

    BalasPadam
  5. Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

    "Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"

    Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."

    Sentiasalah mengingati dan takut akan kematian...Terima kasih Anim kerana mengingati.

    BalasPadam
  6. salam cikgu...terima kasih. info yg menarik.

    BalasPadam
  7. Alahai....insaf bila baca entri ni Anim...mati itu pastikan, cuma bila dan dimana menjadi rahsia Allah...moga kita sentiasa beringat supaya bersedia menghadapi kematian.... allahuakbar!

    BalasPadam
  8. info yang sangat meninsafkan terima kasih..

    BalasPadam
  9. terimam kasih, sgt2 bermanafaat info2 sebegini

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai