Bukan hanya bila sakit teruk baru kita sedar nikmat tidur dengan lena, makan lalu saja, nikmat bersuara atau juga menikmati bermacam jenis buah-buahan.
Bila BATUK tak berhenti...semua yang tersebut di atas memang NIKMAT hidup yang tidak boleh dinafikan. (Tidur pun kena sorang2..tak leh bawah kipas dan dalam aircon..huhu)
Selain ubat-ubatan moden (3 doktor sudah dikunjungi)..berbagai petua yang telah dicuba...
Madu dicampur limau nipis, kicap dicampur limau nipis, Habbatus Sauda...namun belum menunjukkan hasil..
Encik Suami sendiri yang menyediakan petua yang diperolehi dari rakan sekerjanya...untuk si isteri namun ini juga tidak serasi..
Bila BATUK tak berhenti...semua yang tersebut di atas memang NIKMAT hidup yang tidak boleh dinafikan. (Tidur pun kena sorang2..tak leh bawah kipas dan dalam aircon..huhu)
Selain ubat-ubatan moden (3 doktor sudah dikunjungi)..berbagai petua yang telah dicuba...
Madu dicampur limau nipis, kicap dicampur limau nipis, Habbatus Sauda...namun belum menunjukkan hasil..
Encik Suami sendiri yang menyediakan petua yang diperolehi dari rakan sekerjanya...untuk si isteri namun ini juga tidak serasi..
Semalam dia meminta bantuan seseorang untuk mencarikan bunga belimbing buluh (dimasak bersama gula batu)..tapi silap dengar ke atau salah faham...tu dia...sebekas buah belimbing buluh pulak yang dibawa balik, heee....
Teringat peristiwa tahun 2000, Anim pernah batuk lama. Bermacam petua, berbagai doktor ditemui tetapi tepat 30 hari...batuk Anim sembuh.Batuk itu Anim gelar batuk 30 hari . (Anim pun dengar ada batuk 45 hari, ya ke?) Mungkinkah batuk 13 tahun lalu berulang kembali? Jika begitu ada lebihkurang 2 minggu lagi untuk ditempuh. Mudah-mudahan ia membawa pahala kepada Anim.
Dalam "Padanya Ada Hikmah: Untuk manusia Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia" oleh Prof. Muhaya menyebut sebenarnya sakit itu memberikan amaran awal bahawa kita perlu lebih beramal. Sakit itu pencuci dosa-dosa lalu kita, sakit itu adalah cara kita semakin mendekatkan diri kepada Allah.
P/S Kak Nah, nanti saya cuba pulak petua kak tu ya..
Pada akak ni kalau batuk cuma ada dua jenis batuk yang rasi ..ubat batuk cap kelapa laut dan gamat hurrix kaler hijau tu...sebab dia ada herba...try laa...
BalasPadamgamat hurriex hijau tu dah saya minum kak....tak serasi pada saya kot
PadamMat Salleh pulak percaya pada 100 days coughing tau Anim. Kakak batuk dan pulih tapi seraknya macam dah kekal. Suara dah tak merdu lagi huhu...
BalasPadamBelimbing buluh masak dlm sambal sardin pun sedap Anim:)
3 bulan lebih tu kak..huhu...boleh kurus dibuatnya..heee
PadamPakchaq pun kalau batuk selalu lama..ni petua pakchaq, rendam kulit kayu manis dalam ayaq panas, bila suam campuq madu sikit
BalasPadamAlhamdulillah, dia kata lepas cuba beberapa kali batuk dia lega..
nanti saya cuba. semua bahan ada kat dapur..
Padamkak, saya dulu batuk tak berhenti siap doktor nak ambil sampel kahak lagi kak..
BalasPadamtule..kak p pakar lagi..heee...ubat batu pun tak mampu tidurkan kak...terjaga je tengah malam, huhu
PadamSalam, xde la petua yg dapat diberi. Kalau saya batuk, jgn biarkan tekak kering...bykkan minim air masak. Jgn telan kahak, selalulah di muntahkan. Memang terasa siksa kalau batuk xbaik2 ni, bila batuk terasa bergegar satu kepala...sakit dan perit. Rasa nak tercabut anak tekak.
BalasPadamSabar Anim...sakit itu hikmah bagi yg redha. Usahalah...mungkin ada yang diperkenankan Allah.
p/s: Terima kasih atas link pasal menara jam tu. Dah terjah. Menara jam tu dah ada dalam entri sblm ni. Byk tempat Anim dah jelajah ye...bukan setakat 1Malaysia, keluar negara pun...Bestnya! Jauh perjalanan, luas pandangan :)
kadang2 ada kahak..kalau malam, kering. tu yg terjaga dan nak terk*****g saja.
Padamp/s saya memang kaki merayap, heee...
adik saya pun batuk dah dekat dua minggu ni...mesti tak selesa kalau batuk berulang macam ni
BalasPadamida, boleh cuba petua yang depa bagi nih...
Padamala sianyer... Boleh cuba buat petua KA yang ini, http://kesumaangsana.blogspot.com/2013/02/bila-ubat-batuk-doktor-tak-menjadi.html. In Shaa Allah !
BalasPadamahaaa...tauge pun ada dalam fridge saya. nanti saya cuba, tq..
PadamAssalammualaikum Anim, salam kenal dari kakpb. Sejuk je tengok blog Anim ni, berkenan akak.
BalasPadamKesiannya, batuk dah lama ye? Dah cuba ubat batuk woods great yg skrg ni bentuk gula2? Kakpb dan suami selalu makan itu je bila batuk, rasa sesuai pula. Cubalah, mana tau sesuai.
terima kasih sudi singgah. salam kenal juga dari saya. gula2 buat tekak saya jadi lebih gatal lah..tak pe, nanti saya cuba cari..
Padamsemuga Anim segera sembuh..macam2 petua da jumpa..cubalah manatau salah satunya serasi dengan Anim. boleh juga anim ikut cara cik man, selalu dia campur 1 sudu besar ubat batuk cap ibu/anak dengan 1/2 cawan air panas, insya Allah baik pas tu =)
BalasPadamSeronok juga baca petua yang diberi. Mungkin bermanfaat pula pada oranglain yang membacanya...bingung..bingung nak cuba yg mana satu dulu. Tapi sudah semestinya yang sedia ada dalam dapur saya dululah..heee...tqvm
Padamas salam kak Nim, cuba cara ni plak : asben saya batuk bertahun sbb xtahan aircond ngan asap rokok, bila member suruh minum susu kambing hi goat...cepat je nampak hasil....insyaallah jika diizinkan Allah baik laa tu...
BalasPadamBetullah tu..aircon dan udara dari kipas. Manjadi2 batuknya. Susu kambing hi goat tu senang dapat dan bagus pulak kan khasiatnya. Tqvm..nanti kak cari...
PadamSalam Anim..alahaiii batuk pulak dia....nekcik kalau batuk lama pgi ambik nebuliser tu..gas.....anyway nekcik doakn cepatlah sembuh....blum jumpa ubat yg serasi lah tu.insyaallah
BalasPadamDah check dr ksk. Paru2 ok je..batuk manja ni...tak nk p dari saya lagi...
Padamanim dah cuba berbgai bagai cara utk menyembuhkan batuk tu..tapi yang pastinya Allah belum mengizinkan utk sembuh lagi..insyaAllah tak lama lagi hilanglah batuk tu..
BalasPadamBetullah tu. Lama DIA beri kita sihat...
PadamTeruskan mencuba kerana Allah berjanji bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati!
BalasPadamsalam cikgu...saya pun batuk2 jugak la ni... nanti saya cuba madu+limau nipis.
BalasPadamSalam,anim...brtabahla,ye..ngehehe!inshaAlllah..byk phala yg Allah nk bg tu :) klau sy slalunya dr awal batuk tu sy cepat2 minum honey lemonade :)
BalasPadamsabar ye Anim......segala yang Allah beri itu ada hikmahnya......jika bersabar akan menghapus dosa2 kecil....doa dari yan agar Anim cepat sembuh.....
BalasPadammoga cepat sembuh kak..
BalasPadamek eh ada eh batuk camtu...30 ari..45 ari..tak pernah dgr la
BalasPadamlamanye kena batuk camtu..mesti seksa kan..kena sentiasa berpantang ttg makanan la kak...da rujuk doc ke kak? mesti tonsel pun membengkak kalau selalu batuk ni kan..
Mesti tak selesakan Anim kalau batuk....terkencing2 dibuatnya...
BalasPadamselain ubat tu minum air panas pun sedap kot time batuk tu...