Home · About Me · Sitemap ·

Sembelih sendiri

Zaman Anim kecik2 kat kampung dulu...ayam tak banyak di pasar. Lauk ayam sesekali je jumpa. Masa raya, masa kenduri. Kalau ada kenduri kahwin, satu kampung gotong-royong proses ayam. Kata Encik Suami, masa dia bersunat dulu, jiran-jiran bagi ayam sampai penuh reban untuk buat kenduri, heee.. Dulu, bila raya, nak proses bukan setakat sekor dua..3,4 ekor sekali pun pernah. Mana ada pusat proses ayam masa tu.

Sekarang, ayam dah jadi makanan harian sampai jemu makan ayam. Kat kampung, Atok dan Nenek pun tak bela ayam, tak sembelih apatah lagi proses sendiri. Olehkerana rumah sewa kami di SP ni kategori rumah bertanah dusun, so...janganlah terkejut kalau nak makan ayam kampung, kadang-kadang cekau je seekor dari reban belakang rumah.

Si jantan kampung ni hampir 5 bulan usianya. Apa yang kami makan, dia makan. Sesekali je makan dedak bila kami keluar merayap. Buah mata kucing yang jatuh pun dia makan. Dek kerana kategori bebas bergerak, kat pasar ni kalau dijual mencapai RM 17 sekilo. Kalau terkurung dan makan dedak, RM 13 sekilo. Malas pulak nak keluar p hantar kedai proses ayam. Kita sembelih sendirilah...

Dulu,Animlah tukang pegang. Kali ni giliran si Abdul lah pulak. Mula-mula macam berani je...

Bila nampak pisau berkilat dan Bismillah.......dibaca, dia pejam mata..huhu...

Si Bisu dan temannya pun tertarik mengendap tapi mana si Abdul sorang lagi?? Adooi...yang sorang ni memang hati kecik walaupun badan besar.

Tengok betul-betul anak-anak. Mula-mula buang isi perut ayam dulu. Najis ni. Jangan terus celup dalam periuk berisi air panas. Nanti semua jadi bernajis.Lepas tu baru jirus air paip bagi hilang darah ayam..

Kemudian, barulah celupkan dalam periuk berisi air yang dijerang (bahasa Jawa ni). Senang sikit nak cabut bulu ayam. Masa nilah baru nampak bayang si Abdul kecil datang terkedek-kedek dengan masih berkain pelekat.

Sup ayam kampung bersama sambal kicap, hidangan dinikmati 3 Abdul sebelum pergi solat Jumaat.

P/S Ada 2 ekor lagi menanti masa....buat sambut puasa nanti kot..heee

Artikel berkaitan:

17 Komen untuk "Sembelih sendiri"

  1. Memang sedap daging ayam kampung yg bebas ni..juga tidak berbau kuat macam ayam daging. Dah lama tak merasa daging ayam kampungyg liar dan bebas.

    BalasPadam
  2. Anim, seronoknya, masih boleh bela ayam. umah mak knah di kg pun dah xbela ayam. yang lagi dua tu nanti boleh buat rendang sambut puasa =)

    BalasPadam
  3. Kakak lagi suka ayam kampung dari ayam pasar Anim. Rumah kampung kakak dan abang masih kekalkan bela ayam bebas makan sisa makanan kita yg tak habis. Kami tak bagi makan dedak tapi jagung yg keras kematu itulah yg kami bagi. Kalau yg anak-anak ayam bagi jagung hancur...

    p/s: Heee.... tak padan anakanda abdul ngeri juga ye:) auntie yg org kampung dari kecik sampai tua ini pun tak berani tengok tau sayang...

    BalasPadam
  4. hehehe..biasalah lelaki, mesti lasak punyalah cara. seronok jg tengok keluarga anim ni. Sup ayam rasa nak terliur dah ni. Ala blog saya ada masalah tau..tak retilah kenapa.

    BalasPadam
  5. mohon maaf tiap coment tu sesiapa ja saya terbitkan..tak tahulah kenapa kena rejek semua, hanya pada Allah kerana dia lebih tahu. line mybe ada kesan kan..
    Tapi saya terus terang coment dari TANPA NAMA dalam BI lagi banyak panjang berjela saya tak terbitkan. saya mohon maaf kepada tanpa nama tu.

    BalasPadam
  6. hehehe...tiba tiba terimbau masa kecik kecik dulu masa mak dan abah buat ayam mcm tu...sy masa kecik pun takut tgok bila ayam tu da kena sembelih....mmg dok jauh jauh je..tak gerak gerak...rasa mcm ayam tu nak bangun semula selepas kena sembelih tu...hantu ayam..hahahahaha lawak lawak...

    BalasPadam
  7. Sedapnya ayam kampung. Tringat kisah dulu2. Bila sembelh ja, ayam lari dengan leher terkehel. Gelak ketawa semua kejar ayam tuh :)

    BalasPadam
  8. salam anim... terbaik tu sup ayam kampung!

    BalasPadam
  9. wah makan ayam sembelihan sendiri...bestnya...pasti puas hati...

    BalasPadam
  10. Banyak khasiatnya makan ayam kampung...

    BalasPadam
  11. ayam sembelih sendiri dah terjamin halal dan kebersihannya..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum...
    Apa kabor Anim? Masih ke batuk-batuk? Kita doakan semoga cepat baik ya..

    Seronok tengok anak-anak Anim dapat peluang makan ayam yang dibela, disembelih & dibersihkan sendiri. Macam zaman kita kecik-kecik dulu kan...

    Seronok juga membaca cerita LIMA di Langkawi. Mesti bergegor ruang udara dengan bunyi jet-jet pejuang tu. Kitaorang belum berkesempatan sampai ke LIMA...

    BalasPadam
  13. memang benar kata anim..zaman ana kecil2 dulu pun makan ayam kena tunggu hari istimewa..tq kongsi cerita yg agak nostalgia di sini..rindu suasana sebegini pada hari ini... ana add Google+ anim..be my friend..tqvm

    BalasPadam
  14. Salam Anim...itulah arwah bapak marah Nekcik dulu pasal anak panggil ayam tu burung..dia kata itulah suka beli ayam yang dah takde bulu!!! Nekcik mmg takut bulu ayam.!!!!!

    BalasPadam
  15. teringat waktu kecil2 dulu, pun tugas KA biasanyer cabut bulu ayam tu hehehe

    BalasPadam
  16. Sedapnya sup ayam kampung tu....
    Tapikan Nim dah lama tak sembelih ayam sendiri.... maleh den nak kena cabut bulu bagai tu hehe anto kedai aje le...haha

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai