Home · About Me · Sitemap ·

Tragedi Hentian Rehat Rawang

Selepas check out, Encik Suami bawa Anim dan 2 Abduls ke majlis perkahwinan anak BIG BIG bossnya di Shah Alam. Pada mulanya Anim agak keberatan. Anim suruh dia p sorang je dan turunkan Anim di Kompleks PKNS Shah Alam dengan 2 Abduls.

Pertama, Anim canggung nak hadiri majlis yang dihadiri korporat2, datuk datin ni dan kedua, batuk Anim ni menjadi-jadi kalau masuk bilik beraircon. Malu kat orang. Dan apa jawapan yang Anim dapat? Tak pasal-pasal kena "basuh" ..hehehe...(padan muka saya!)

Terdiam bila kata Encik Suami, "Deorang pun manusia macam kita juga". Satu lagi katanya, di kad undangan tu tertulis nama dia & isteri serta keluarga baik di sampul mahupun di dalam kad. Kalau satu kad untuk satu jabatan (semua staff) tak pelah jugak..Ok..ok..sorry..sorry..

Tanpa menunggu ketibaan pengantin (jam 2 petang), kami bertolak pulang ke SP. Tiba di tol Shah Alam, fuel tank warning pulak. Encik Suami bercadang nak mengisi minyak di Hentian Rehat Rawang. Ada stesen Petronas di situ katanya.

Tiba Hentian Rehat Rawang...ya Allah...apa sudah jadi? Stesen servis Petronas ini ditutup sementara??? Tiada sebarang pemberitahuan sepanjang jalan dari Shah Alam ke sini. At least, pasang banner/pemberitahuan di kawasan kutipan tol Shah Alam tadi. Bolehlah pengguna jalanraya seperti kami ni singgah mengisi minyak di Hentian Sg. Buloh.

Nak teruskan perjalanan, tak yakin pulak. Cik Putih ni pun baru 3 bulan dalam jagaan kami. Belum kenal sepenuhnya. Called adik yang tinggal di Rawang Perdana, bertanyakan stesen minyak terdekat. Dia dan isterinya tiada di rumah, ada urusan di Wangsa Maju.

Kami kemudian diberitahu hentian seterusnya ialah Tanjung Malim. Kalau rasa tak yakin, masuklah Bukit Beruntung katanya. Fikir punya fikir...nak terus ke Tanjung Malim sure tak cukup minyak. Nak ke Bukit Beruntung pula, nak mencari tu satu hal, pusing sana sini.. takut-takut tersadai di tepi jalan.

Kemudian adik called dan beritahu mereka on the way nak bertolak balik ke Rawang . Dia minta kami tunggu mereka datang . Jalan selamat.....tunggu sajalah.

Kami bersolat jamak taqdim dulu, minum-minum dan kemudian barulah duduk berehat di pondok yang disediakan. Oh ya..ternampak pemberitahuan stesen Petronas Rawang ditutup ditampal di tepi gerai makanan. Strategik ke tempat tu?

Hikmahnya...kalau tak kerana kes kereta kehabisan minyak ni...tak tau yang di Hentian Rehat & Rawat Rawang (Arah Utara) ni ada arca tersergam. Malangnya...terlindung oleh pokok-pokok yang makin membesar.

Jam 3.00 petang (kami tiba jam 2.00 petang) bantuan tiba, Alhamdulillah...perjalanan ke Utara (isi full tank di Tanjung Malim) diteruskan dengan satu pengajaran. Len kali...jangan tunggu fuel tank warning baru isi minyak yaa..

P/S  Syukurlah...ada adik tinggal di Rawang. Kalau nak minta tolong adik yang tinggal di Klang, Bangi atau Sepang....bayangkanlah jauhnya mereka nak datang dan berpatah balik..

Artikel berkaitan:

29 Komen untuk "Tragedi Hentian Rehat Rawang"

  1. Salam, adik Anim tinggal di Klang tu kt mana.. Che Mid di Meru.. bila ke rumah adik tu, jgn lupa singgah umah Che Mid tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Bukit Kucing, che mid. InsyaAllah, kalau ke Klang...saya caling2 ya..

      Padam
  2. Kakak rasalah Anim org lelaki memang suka tunggu warning sign baru isi petrol tak sama dgn kita perempuan selalu lebih rasa cuak - nampak kurang aje dah isi awal-awal..

    Syukurlah semuanya selamat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tekaan cukup minyak tu tepat cuma tak sangka tutup pulak stesen petronas di rawang tu. nak kata apakan?

      Padam
  3. nasib baik ada adik beradik kat sana, kalau jenis yang tak ada saudara mara? huhuhu...betul tu..kalau saya bawa kereta ada lagi satu takuk pun saya dah isi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok melepasi tol, signal warning keluar..highway kan..bukan boleh patah balik

      Padam
  4. nasib baik ada yg dekat kan kak...... klu komen kak zakie dgn munna terbalik.. sebab munna jenis yg malas nak isi minyak ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni kalau oleh, jangan sampai kuar warning..huhu...tak boleh agak berapa km boleh p lagi...

      Padam
  5. kak anim...dah nampak s putih akk... memang selesa jalan jauh tuuu...hehehhe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee..perasan je ngko ya...selesalah sikit travel jauh. Kalau raya...mau 12 jam balik kota tu.

      Padam
  6. bestnya ada cik putih tu kak..

    kami pun pernah kena kereta abis minyak.. azab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Travel jauh kalau balik tu ita....keselesaan yang dicari..

      P/s minyak habis kat jalan biasa, orait lagi. Kat highwayni...naya

      Padam
  7. munnna.. samaler.. suami akak memang selalunyer penuh jer minyak kereta .. yang suka sampai nak merah baru isi adalah akak... biasa pompuan memang alert bendani... tuler kawan pompuan akak selalu kata akakni dah rupa perangai orang lelaki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang tak berani nak pandu jauh kalau dah kuar warning..kena isi minyak dulu

      Padam
  8. nasib baik ada yg dpt bantu yer ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...pertolongan datang disaat2 genting...syukur

      Padam
  9. Kalau diteruskan ke Bkt Beruntung pun xpe...Stesen minyak tidak jauh dari Plaza tol. Boleh tanya pd petugas tol. Ye lah, Malang tidak berbau...Kalau berjalan jauh saya memang pastikan minyak sentiasa melebihi takuk yg terakhir, selamat perjalanan paling kurang utk 50km.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak biasa masuk bukit beruntunglah BM. Jangkaan minyak mencukupi hingga ke rawang tu tepat cuma tak sangka tutup pula stesen petronas yang ada..betullah malang tak berbau tapi syukurlah...ada yang membantu.

      Padam
  10. Okje pun malas jugak kadang tu nak gi undangan perkahwinan org kaya raya ni hehe... malu... lelaki selalu cam tukan.....hehe
    Best tak naik si putih tu hehe

    BalasPadam
  11. Takpa kak,
    sebenarnya pengalaman, dan jadi pengajaran yang baik untuk kita...
    kalo tak kita tak belajar kan....

    cuma,
    kesal, kenapa tak bgitau detail kan pasal stetsen tutp tu?
    saya rasa ada gak org lain yg kehabisan minyak ni kak Anim..

    BalasPadam
  12. semuanya ada hikmah..kalu tak tak berjumpa lah dgn adik tu kan..

    BalasPadam
  13. Salam,

    Kak... i pun pernah kes minyak blink2 ne... masa tu kat slim river nak balik kl...minyak ada 2 bar... degil tak nak isi, kononnya nak isi kat rnr behrang... sampai behrang,... toksah kata petronas, keseluruhan rnr ditutup utk baik pulih...jalan sket, minyak dah blink2, n kaler oren... masa tu drive seorang...huhuhuu.... cerita selanjutnya kak anim blh baca kat blog, cari entri "kerana solat"...

    btw kak, dah update part 2 - trip to borneo... hehehe... sebab akak ler, saya kuatkan semangat menulis... (hehehe...ne apa kes bagi ayat bodek ne)

    BalasPadam
  14. Knah selalu kalau nak gerak kemana2 isi penuh2 dulu tangki..hee tapi kalau lampu minyak nyala..keta knah la, tu masih boleh gerak sejauh 70km lagi..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah ada yg boleh bantu...

    Kalau nak kena tumpang kereta orang tak kenai pi beli minyak lagi haru...

    BalasPadam
  16. nasib baik ade bantuan kan....kalao tak mau kepanasan menunggu.....saya pon tak biasa kalau nak p orang kawen yang besar2..malu..takut pakaian tak kena plak..

    BalasPadam
  17. Salam Anim terkojot nekcik tadi bila nampak trajedi tu....takat putus minyak takpe lagi..jelez nya tengok blog Anim. .masyallah cantiknya. Nekcik ni pun macam Anim jugak..kekoknya kalu pgi majlis yg kna dok tnggu lama lama..bnysk protocol gitu....

    BalasPadam
  18. assalamualaikum ... alhamdulillah, perjalanan hanim n family dah selamat .

    BalasPadam
  19. Ngehehe!!xpasal2 dpt cuci mata kt hentian tu,kn?slalunya klau dh merah..boleh redah dlm 30km je lg :(

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai