Home · About Me · Sitemap ·

Demam & Nasi Arab

Hajat 2 Abdul untuk menjengok sepupu2 depa tak kesampaian. Lepas check out, kami bertolak balik ke SP. Anim beritahu 2 Abdul, kalau singgah rumah sepupu2 depa, bimbang virus demam mereka berjangkit pulak. Sebenarnya bukan hajat depa saja tak kesampaian. Hajat Ummi depa juga untuk ke 2,3 tempat juga tak kesampaian. Well, inilah rezeki kami. Kena tetap bersyukur kerana pasti ada hikmahnya.

Petang sebelumnya, bawa si Abdul ke klinik di Seksyen 20, Shah Alam. Masa menunggu dipanggil doktor, dapat sms dari Kak Ezza Muffinbiru. Kak Ezza terbaca cerita Anim di Subang di blog. Niat untuk bertemu juga tak kesampaian. Terima kasih kak Ezza. Sapa sangka dari blog kita jadi kawan walaupun tak pernah bersua muka. Insya-Allah, lain kali kalau ke Lembah Klang, saya calling2 lebih awal ya.

2 Abduls request roti dan donut untuk dinner. Nak maniskan mulut katanya (pahit mulut). Kami pusing2 Seksyen 19 dan terjumpa The Baker's Cottage depan Giant. Anim dan Encik Suami cancelled plan untuk dinner di Shah Alam dan balik ke hotel. Lepas depa masuk tidur di bilik, kami ber2 turun ke bawah. Nak cari tempat makan di shopping mall bersebelahan, tak nampak yang meyakinkan kecuali McD saja. Akhirnya..dinner lewat malam kami ber2 di Leaf Cafe, Hotel The Summit saja. Untuk pengetahuan, Hotel The Summit ni antara hotel yang dapat pengesahan Halal Jakim di Selangor.

Sejak dalam kereta lagi si abang mengatakan teringin nak makan Nasi Arab. Gelihati sebab dah banyak kali makan Nasi Arab tapi dia hanya order Chicken Chop@Fish n Chip saja. Bila ditanya, alasannya "Sejak jumpa Chef Ammar hari tu, teringin pulak nak makan Nasi Arab". Huhu...tekak orang demam. Mana nak cari Nasi Arab malam2 berdekatan SP ni? Teringat satu restoran di Lagenda Heights tapi tak macam Restoran Nasi Arab yang pernah dikunjungi sebelum ini. Semuanya orang kita, dari tukang masak hingga pelayan.

Takde pilihan ya nak. Tiba pun dah dekat 10 malam. Ummi dan Abah tak makan, masih kenyang makan rojak petang tadi. Order untuk 2 Abdul saja. Sudahnya, Lamb Mandy sudah tukar jadi macam gambar gara-gara sudah habis. jadilah ya nak....rezeki kamu ber2 hari ni. Bersyukurlah kerana hajat nak makan tetap tercapai.

P/S Kami on the way ke satu tempat. Anak2 tetap kata dah sihat...Mak anak suka aja...

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Demam & Nasi Arab"

  1. Kalau mak suka che mid pun suka gak..hik hik Nasi Arab satooo!

    BalasPadam
  2. Semakin comel 2abdul ni... Tekak orang demam, macm orang mengidam...Masa tu mintak lah apa saja akan di usahakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman kak kecil2 dulu..bila demam, nak makan apa pun..pasti mak masakkan..huhu.
      budak sekarang, ajak je la p restoran..huhu

      Padam
  3. wah...akak tak abis berjalan lagi ke? sedap dapat nasi arab.. di kuantan pun cuma ada 3 restoren nasi arab rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sana, orang melayu punya ke orang arab ? kak suka restoran semua orang arab macam kat ipoh dan batu pahat

      Padam
  4. Kesian nye..demam lah pulak yer. takpe next time bole smbung holiday.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, prolifik betul Anim time-time cuti sekolah ni...
    Apa kabor Si 2 Abdul tu? Dah sihat dah diaorang? Monyok aje muka masing-masing, kesian...
    Selamat berpantang ya Anim. Semoga kembali sihat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. prolifik??saya memang bercita-cita menjadi penulis prolifik..huhu..cuma belum kesempatan ikut kelas menulis

      Padam
  6. Alahai siannya abang demam....
    Hish...Arjuna suka nasi Arab ni..... Tengok ni dah jadi terliur pulak OKje Anim...

    BalasPadam
  7. Salam Anim..Nasi Arab Hadramaut dan Nasi Arab Rawsha...selalunya Nekcik suka makan kat resto arab Rawsha dekat bulatan Pandan..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai