Home · About Me · Sitemap ·

Tangisan Mengenangkan Pandangan Allah SWT

Satu ketika Malaikat Jibrail bertanya kepada Nabi Muhammad Sollahu Alaihi Wassalam, "Adakah itu Abu Zar r.a?"  Nabi bertanya kembali, "Adakah kamu juga kenal Abu Zar r.a?"  Jawab Jibrail, seluruh penghuni langit kenal Abu Zar r.a.  Abu Zar, sahabat yang miskin dan serba kekurangan dari segi keduniaan.

Sahabat yang lain, seorang sahabat dari kaum Badwi dari kampung. Beliau ada kecacatan pada anggota badan. Setiap kali berjumpa Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, beliau akan membawa buah tangan untuk Nabi Muhammad SAW, Suatu hari, Nabi Muhammad SAW terlihat beliau di pasar. Nabi SAW telah datang dari belakangnya dan menutup matanya untuk tujuan bergurau. Kemudian Nabi berkata, "Siapakah gerangan yang hendak beli hamba ini?"

Dia sangat gembira dan bangga kerana beliau tahu Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam yang menutup matanya. Maka dijawab sahabat itu, "Ya Rasulullah, jika kamu jual aku, tiada siapa hendak beli aku kerana aku ini tiada harga". Maka jawab Nabi SAW," Sesungguhnya, kamu disayangi dan berharga di sisi Allah SWT dan penduduk langit."

Ya ALLAH, mungkin ini hari terakhir kita di dalam dunia ini. Sekejap lagi kita akan pejamkan mata buat selamanya. Mungkin kita dihormati dan dikenali, atau mungkin disayangi di sisi penduduk dunia namun adakah kita dikenali oleh penduduk langit dan apa pandangan Allah SWT, Tuhan yang telah beri segalanya kepada kita.

Mungkin dipangkal nama, kita ada gelaran di dunia dengan Ustaz, Syeikh, Dato, Dr, Tan Sri, Prof, IR, abang, pakcik, ayah, Boss, Tuan Haji dan lain-lain. Tapi kita masih belum tahu kesudahan hidup kita. Wahai hati, ingatlah betapa lama pun kamu hidup, pasti kamu akan tinggalkan dunia ini, Apalah sangat dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat.

Sahabat Nabi Muhammad SAW tiada gelaran di pangkal mereka tetapi di belakang nama mereka ada RADIALLAH. Allah SWT telah redha, telah sayang, telah suka, telah cinta mereka. Kita juga masih belum tahu apa kesudahan hidup kita.

Bila kita dapat ALLAH SWT (kasih sayang ALLAH SWT), kita dapat segala-galanya. Bila kita hilang ALLAH SWT, kita hilang segalanya. Terimalah kami semua Ya ALLAH.

Sumber : Tangisan Umat oleh Ebit Lew: Transform Publication.

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Tangisan Mengenangkan Pandangan Allah SWT "

  1. SubhanAllah.. Pandangan Allah lah segala2nya..

    BalasPadam
  2. Kak anim dah beli ye buku tu, saya belum bli lg kak..nti nk cri lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM26.90 di MPH, faiz. Crlah...basuh jiwa kita yg terleka, kenalalah selama ini kita tak mampu menangis

      Padam
    2. tu la kak, kenal dengan pendakwah ni baru tahu yg kita kena menangis..alhamdulillah Allah hadirkan org sebegini baik

      Padam
  3. Ya Allah, sebak pulak rasa baca entry ni. Tima kasih Kak Nim!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni baru satu bab faiz. Kena baca bab lain...moga dtg keinsafan kita ni selalu pentingkan diri sendiri, pahala nak sendiri...kita jarang mendoakan oranglain

      Padam
  4. masya allah..berdiri bulu roma saya..air mata makin memberat bila baca ini....pandangan Allah yg penting dari pandangan manusia..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Kisah yg sungguh menyentuh hati. Memanglah manusia mati meninggalkan nama, itu hanyalah didunia. Hanya amalan dan jariah yang dibawa utk bertemu Allah.

    BalasPadam
  6. terima kasih kak.. sudi kongsikan bersama...

    BalasPadam
  7. apalah gunanya meraih glemer didunia sedangkan diakhirat, tiada satu pun bekalan yg kita bawak..... allahuakbar!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai