Home · About Me · Sitemap ·

Cerita Udang Galah K.Rompin

~Hanya sedar udang galah jadi 2 kg bila tiba di rumah~
Kata Encik Suami, dia order sekilo udang galah sungai tu dari rakan sekerja dari Pahang. Ada 9 lagi rakan sekerja yang turut order. Pada hari nak balik SP, Encik Suami meminta seorang staff yang ikut bersamanya tolong ambil bagi pihaknya. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Tak lama kemudian, dia diberitahu kotak berisi udang galah untuknya dah tak ada. Tak tahulah siapa yang angkut bawa balik.

Rakan sekerja yang tolong order diberitahu. Penjual udang galah kemudiannya dihubungi. Si penjual udang beritahu 10 kotak berisi udang galah telah dihantar. Rakan sekerja ni kemudian beritahu, ada rakan dari negeri lain yang lambat order. Agaknya, mungkin kerana nak cepat balik, si hamba Allah tu main rembat je kotak yang ada. Tak lama kemudian, si penjual udang itu datang semula membawa bungkusan plastik sambil mengatakan "Ni untuk En.Mad (Encik Suami) tapi takde kotak. Kotak dah habis" . Nak buat macamana. Bukan salah rakan tukang order, dan bukan juga salah si penjual udang galah. Bermodalkan RM8.50, dia cari kotak sendiri dan isikan dengan ais batu.

Mau tak terkejut bila tiba SP, bila kotak misteri K.Rompin dibuka, bila 2 plastik merah berisi udang galah itu dikeluarkan, bila orang rumah sibuk timbang bungkusan udang untuk confirmation, sekilo diorder, rupa-rupanya 2 kg yang diberi....

P/S Pengajaran yang diperolehi : KAWAL PERASAAN MARAH

Artikel berkaitan:

39 Komen untuk "Cerita Udang Galah K.Rompin"

  1. haaa kan..tapi mcm saya susah betul nak kawal, kena duk diam2, jauh2 last2 klu teruk sangat menangis pujuk diri..tapi bila dah ok, baru rasa mcm 'emm baiklah aku tak marah2 tadi' hakshaks pada satu masa hadapan, ada mcm satu rasa lega bila satu masa lalu yg kita boleh keluarkan rasa marah, tapi kita tak keluarkan
    eh, k.anim faham dak?..baru perasan byk la satu ngan 's' nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. faham..faham..walaupun mula2 berbelit nak faham. maksudnya faiz pendamkan rasa marah tu kan..
      cara orang tua2 cam kak (buka orang2 tua ya)..kalau nak termarah sesuatu atau berdepan dgn sesuatu yg buat kita marah,, selalu ingatkan diri dan pasangan (kalau dia ada bersama) "Allah nak bagi pahala kat aku, Allah nak bagi pahala kat kita". Kita azam nak jihas, nak mati syahid tapi baru suruh jihad lawan marah pun tak boleh.. Bila hati dah terdidik begitu, cool lah faiz. ada masa kita tak boleh nak buat cara, "kalau marah waktu berdiri, kita duduk, tengah duduk kita baring etc..."..kalau dalam kereta, tentu tak boleh buat itu semuakan? so..didik hati...

      Padam
  2. Alhamdulillah..rezeki sabar tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6 tahun tak merasa ida....nikmat makan,hee

      Padam
  3. besarnya udang galah tu...terliurlah..dah lama tak makan...rezeki betul ni....kawal perasaan marah dan bersabar itu lebih baik kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sendiri pun...bertahun2 tak makan..heee...

      Padam
  4. En. Mad sabar itulah ganjaran Allah bagi cash...
    Lagi pula Anim kata nak jamu org datang lagi - makin kita tak lokek makin murah rezeki Allah beri.

    BalasPadam
  5. bestnya kalau dapat makan lauk udang banyak2 yg org kasi free hakhaks

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi best kan kalau dapat suakan semangkuk dua yang sudah masak kat jiran sebelah...kak ni faiz, kdg2 M bila part memasak ni...

      Padam
  6. Salam,
    Jadilah insan yang sabar....Pasti ganjarannya berganda.
    Bukti di depan mata. Allahuakbar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak pun dapat pengajaran dari cerita ini...kdg2 jadi orang perempuan ni...kurang sabar...heeee

      Padam
  7. berkat kesabaran....rezeki pula bertambah kan he heee......

    BalasPadam
  8. sekilo masak kari..sekilo lagi masak gulai lemak..sedap nya..kat kamunting ni kadang2 trjumpa juga org jual udang galah sungai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang utara memang minat gulai..kalau orang Johor, gulai lemak, masak sambal antaranya

      Padam
  9. wow!..sedapnya dapat masak udang besar2 ni...goreng jer pun sodappp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ingat pun nak goreng juga sikit nanti..tumbukkan bawang putih dan tambah sedikit serbuk kari kan bunda?

      Padam
  10. nak masak apa tu nim?
    Ha tang ni, Ustaz kazem kata apa pulak? Jangan makan udang banyak2 nanti darah naik haha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah masak lemak sedikit...yang lain nanti dulu, selang sehari..heee

      p/s jangan jadi otak udang, sudahle

      Padam
  11. IM tak gemar sanat makan udang. Jauh sekali ketam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah IM, setakat ini tekak saya boleh menerima semua makanan....

      Padam
  12. Sedapnya..nak juga. hehe..Rezeki lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalaule tak cepat rosak udang masak lemak cili api ni, mau je kak courier kat aini...

      Padam
  13. Maksudya tersilap bg lebih la ye..?

    Yela kak, kdg2 kalo marah semuanya lupa..x sedar..sbb tu org kata kalo tgh marah, bila berdiri duduklah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan tersilap rasanya...dah tak dapat, dia main bagi je sebab kotak pun tak de dah...heeee...

      Padam
  14. Hehehe..rezeki tu kak. Rompin tu dalm sejam dr rumah saya kak. tapi jarang jugak kesana. Tengok udang akak ni bt terliur pulak. kena ke rompin lah nmpknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. suami kak kata..2 kawannya makan berlauk udang galah sungai seorang seekor kat kedai makan berlauk berdekatan hotel mereka menginap, kena bayar rm80..huhu... baik beli bawa balik nea, sekilo ada lebihkurang 27 ekor!!!

      Padam
  15. sedap betul nampak udang2 tu.... haih! nak cari udang la plak esok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. udang biasa tu bersepah kat SP..udang galah tak penah jumpa

      Padam
  16. dah lama xmkan udang galah..:)

    BalasPadam
  17. Rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari....hehehe

    BalasPadam
  18. rezeki dr Allah. sifat marah dr syaitan....so, mcm ne? ada byk hal yg tk terjangka, belum smpt kita tahu kebenarannya, syaitan dh menghasut dulu

    BalasPadam
  19. bestnya kak.. memang tengah musim skrg ni.. mahal tak kak? yang selalu lalu rompin ni pun tak pernah beli..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai