Petang semalam, Anim jemput si Abdul sulong di sekolah . Tamat sesi pagi, ada kelas tambahan, diikuti latihan nasyid dan kemudian latihan bola baling. Almaklum, dah bulan 3, bermulalah pertandingan peringkat daerah. Lapar benar dia...ajak singgah satu restoran di tepi jalan di Sg.Pasir, SP.
Sedang menikmati makanan, terpandang satu gerai Ayam Goreng Warisan di seberang jalan. Nampak ramai pelanggan yang sedang duduk makan sambil mengampu (betul ke bahasa ni) mangkuk di tangan. Tak pasti apa yang dimakan..bihun sup ke, laksa ke. Bagitau si Abdul , Anim nak ke seberang sorang diri sekejap. Nak tengok apa yang dijual.
Ambil gambar gerai waktu belum dibuka.Segan pulak nak capture waktu orang ramai. Takut orang sangka bukan2. |
Takpelah, bagilah kat wanita itu. Anim pun kensel hajat dan melintas jalan semula menuju ke si Abdul yang belum selesai makan. Nak tunggu 10 minit, lama tu. Anim pun ada anak sedang makan di seberang jalan. Lain kali boleh singgah. Lagipun Anim dan si Abdul dah makan kat restoran, Nasi Goreng Pattaya untuk si adik yang p mengaji Quran pun dah dibungkus.
Setelah si Abdul selesai makan dan kami nak beredar, seorang anak gadis tersenyum menuju ke arah kami sambil menjinjit satu bungkusan plastik . "Kak tadi ada order ayam kan?" ujarnya sampai meletakkan bungkusan tersebut di atas meja. Terkejut kita dibuatnya. Rasa-rasa dah batalkan order tadi dan tak minta pun air dan bubur nasi (moi sup). Tapi tak pelah. Kesian adik ni susah payah hantar, kena lintas jalan sibuk pulak, Anim pun nak keluarkan wang dari purse. "Tak payah bayar, tak payah. Ni bagi saja. Depa bagi je kat kak". Haaah... walaupun masih terkejut, tak lupa minta ucapkan terima kasih kat tuan gerai yang baik hati.
Rezeki depan mata. Sungguh, dalam perjalanan pulang, masih tak percaya dengan apa yang berlaku.
Walau hanya seketul ayam goreng, sebekas moi sup dan secup air perisa anggur pemberian mereka, syukur sangat kerana hajat nak merasa tertunai (tinggalkan sedikit semuanya untuk si adik di rumah). Sebak, bukan kerana apa yang terjadi tetapi peristiwa yang berlaku sejam sebelum.
Alkisah, sebelum bergerak untuk mengambil si Abdul di sekolah, Anim singgah ke pusat mencuci kereta. Bateri iPad 0 pulak. Tak bolehlah layan menda-menda dalam iPad. Bukan boleh duduk saja-saja, mulalah menyelongkar isi handbag, terkeluar satu buku doa kecil "40 Doa Rabbana" pemberian Pak Im sewaktu menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya hujung tahun lalu. Nampak sangat tak pernah keluar dari beg. Membelek doa-doa tersebut satu persatu sehinggalah ke doa dari surah Al-Maa'idah 5:114.
Doa murah rezeki ini Anim amalkan dan hafalkan sejak menerimanya dari sorang Ustazah di SP hampir 4 tahun lalu. Dah macam zikir harian. Cuma setahun kebelakangan ini Anim sering terlupa membacanya. Melihat makna doa ini , perkataan "hidangan dari langit" itu tiba-tiba bermain-main di fikiran. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan hidangan dari langit tu?Adakah dalam bentuk makanan seperti yang kita bayangkan dari sudut bahasa?
Subhanallah...Allahuakbar..Anim terima jawapannya sejam kemudian.! Yakinlah Allah, DIAlah pemberi rezeki Paling Utama.
murah rzeki tuan kedai ye bagi makanan free...rzeki abdul agaknyer kot..hehehehhe
BalasPadamSalam,
BalasPadamTuan kedai tu mungkin rasa bersalah sbb bagi order Akak pd org lain itu yg dia bagi free tu. Akak pula masih berada disitu. Kalau saya pekedai tu pun mungkin buat yg sama. Rezeki dari Allah...buat baik dibalas baik, untung Akak dapat balasan cash masa tu juge. Allah Maha adil...kisah Akak ni sungguh memberi pengajaran. Selain dari itu amalan berzikir dan doa juga amalan mulia yg di tuntut oleh agama utk bekalan/perlindungan hidup didunia dan akhirat. Wallahualam.
alhamdulillah... entry yang sangat baik petang ni kak anim.. terima kasih berkongsi.. lama tak singgah sikit.. layout pun dah lain..
BalasPadambanyak yang dapat kita boleh simpulkan dari cerita ni...apa2 pun terima kasih berkongsi cerita...saya pun banyak kali mengalamai keadaan sebegini...inilah rezeki Allah...
BalasPadamSangat-sangat betul. Sebab tu jgn sesekali berputus asa dengan nikmat Allah... Alamak.. dah lama tak pekena MOI SUP.. bak mai sikiiit!
BalasPadamapa ye Moi sup tu?saya first time dengar ni...
PadamSedapnya ayam goreng tu.. Alhamdulillah..murah sungguh rezeki akak. ^____^
BalasPadamalhamdulillah...kalau Allah dah tetapkan rezki tu untuk anim wlu dah cancel pun masih jadi milik anem jgk...percuma plk tu..
BalasPadamassalamualaikum ... tuan kedai sedekah untuk murah rezeki n promote produk ... maka anim dapatlah rezeki dari langit yg Allah beri ... syukur alhamdulillah sbb anim yg terpilih menerimanya ...
BalasPadamAllahuakbar... jika kita yakin dgn Allah, maka Allah akan mempermudahkan segala urusan kita...
BalasPadamAlahamdulillah..
BalasPadamsiapalah kita hendak mendustakan nikmat daripada DIA..
*ayam tu mmg nampak sedap* nyummmmm
Alhamdulilah... semua tukan rezeki Allah...dia berhak nak bagi kat sapa yg dia nak...Syukur kerana awak terpilih Nim...berkat yakin dan amalkan ayat tu ...
BalasPadamOkje dah snap pic dah...