Dia menyalin perkataan dari kanan ke kiri. Macam tulisan Jawi.
Walaupun salah ejaan tetapi huruf yang disalinnya betul. Ada "reflection" kat matanya.
Bila disuruh sebut perkataan yang ditulis, pandai pulak menyebut "pen". Ada yang kata itu ada kaitan dengan otak kanan dan kiri .
Pengalaman (maklum bukan guru pemulihan) mengatasi confuse murid dalam menulis d dan b bertahun lamanya tak ubah seperti Cikgu Ros berdepan dengan anak murid dewasa dalam Bujang Lapok. "Jim tu ada toncet"..haha..Versi kita lain sikit. Kalau d..perutnya buncit ke kiri, kalau b pulak perut buncit ke kanan.
Satu lagi...Anim memang fussy sikit tentang tulisan. Nak tulis mesti betul dan kemas. Murid Tahun 1 kelas Anim memang guna 3 lines exercise book ini. Masuk Tahun 2 nanti, baru guna single line. Sistem 1,2,3,4 dalam 3 lines exercise book ni tak pernah ada dalam syllabus, sebenarnya. Contoh: menulis d mesti di line 1,2 dan 3. Menulis g pula mesti di line 2,3,4. Begitu juga seterusnya dengan huruf lain. Dan kebiasaannya anak-anak murid Anim hafal dengan line numbers ni. Dan insya-Allah, mereka akan terbiasa menulis betul dan cantik.
P/S Kagum dengan tulisan cikgu zaman sekolah dulu-dulu di papan hitam. Baik rumi atau Jawi...cantik dan kemas. Merasa jugaklah kena ketuk jari dengan pembaris panjang bila tulis cincai. Tu sebab bila jadi cikgu, kita pun jadi fussy...heee.
Dyslexia pun ada kaitan terbalik ini kan Anim. Tapi tak tahulah kalau ianya kerana masih di alam baru belajar. Guna buku garis tiga memang terbaik. Sekolah anak kakak pun ada kena guna..
BalasPadamBetul kak, ciri-ciri disleksia. Nk kena tengok dari semasa ke semasa sebab sek saya takde pendidikan khas
Padamterbalik balik yer...hehehe
BalasPadamsy pun ajar anak bgtau B tu buncit perut ke depan.
Haaa...tahun ni jumpa yg terbalik semua bukan setakat b, d dan p
PadamSalam,
BalasPadamMacam tu pun ade...Mcm2.
Jika di suruh melukis mcmne yer...adakah terbalik juge?
Tak pulak bin...
Padamthanks anim.. ni lah masalah anak akakkan... rupanyer ramai lagi teruk yerk.. kena banyakkan latihan.. anak akak tahun 1 ok tapi tulisan dia mmg tak cantik.. tau lak tu tulisan akak tak cantik... tapi tak nak usaha sikit.... geram lagi..
BalasPadamSaya sanggup suruh budak padam semula kalau tulis tak betul. Takpe, depa merungut tapi next time, senang dah
Padamteringat mase skool dulu..saya suke guna buku garisan merah biru tuh....dalam kelas "TULISAN" pastu letak corak kat bawah..huhuhuuhu...so sweet!!
BalasPadamHaha..dulu masa kbsr ada buat lagu tu gak kat murid...siap corak2 kat bawah dan tepi.eeehhh, dulu anak murid kak kot? Heee
Padamantara masalah adik waktu mula di tadika dulu, tapi berkat sabar & tekun lagi2 kita sendir kena pantau selalu lepas few months dia dah boleh buat yg terbaik !
BalasPadamMula2 sekolah..camtulah...
Padamkak, itulah antara ciri2 murid disleksia. kalau yang teruk sebenarnya depa nampak kita pun terbalik,kaki kita kat atas kepala kat bawah. salah satu cara untuk mengatasi ialah belajar depan cermin..
BalasPadamRohaiza, terima kasih atas komen dari cikgu pendidikan khas ni. Sekolah kak takde kelas pendidikan khas, jadi kurang arif tentang masalah ini. Atas komen za tu juga kak nak syorkan pd guru kaunseling untuk rujuk ke pihak sewajarnya. Tqvm...
Padambetul tu kak...saya kalau kat rumah selalu bising bila Danish dan Danial tulis tak kemas..lagi satu kalau jenis tak suka sharp pensil, tulisan jadi kembang dan comot..betul betul..cikgu saya dulu tulisan sangat cantik...seronok tengok
BalasPadamBudak sekarang takde subjek tulisan cam kita dulu. Lps tu kerja banyak provided oleh guru. Tu sebab menulis tak secanik dulu
Padamejaan betul tp terbalik pulak....
BalasPadamDepa tengok tulisan tu terbalik..
Padamhehe..terbalik semuanya.
BalasPadamHaaah...dia tak boleh meniru tukisan di depan
PadamAlhamdulillah dapat Cikgu yang memahami macam Anim...
BalasPadamSejak ada KSSR di m'sia ni huda....semua ada rekod. Yg bermasalah pun kena rekod...huhu...
Padammula mula nak minta maaf dulu sbb zu gelak sakan bila baca ini..bukan niat menghina tetapi geli hati...
BalasPadaminsyaAllah dengan usaha keras cikgu pasti anak anak murid ni akan berjaya jgk suatu hari nnti..
Tu baru bab tulis terbalik, nanti jumpa yg lain...lagi nak tergelak.budakle katakan...
PadamKak Anim,
BalasPadamteringat mase kecik2 dulu, darjah satu, malu2...1st day melalak menangis..oh, tp itulah pengalaman terindah..=))..nk putar balik mase tak boleh...
mencabar tak mengajar darjah 1 ni kak?
mst mcm2 ragam kan...
Heee...selalunya budak yg dulu melalak masa sekolah, jadi budak pandai...
PadamThn.1 ni, seronok sebab dari awal tahun tak tahu apa tapi hujung tahun, dia dah pandai segala
zaman munna sekolah dulu pun guna buku 3 lines utk buat abjad.... anak munna meya pun sampai hari ni confuse dgn b dan d.... lepas ni boleh terangkan versi buncit tu kat dia
BalasPadamikutlah muna, buncit ke, tonggeng ke..janji dia faham..heee
Padamhehe... kelakar tengok diaorangkan Nim...confuse tu agaknya...
BalasPadampengalaman lalu membuat cikgu tuttt jadi fussy haha...
ramai sebenarnya anak bermasalah seperti ini tapi tak disedari ibubapa dan guru sekolah biasa
PadamSalam,
BalasPadamKak Anim...
jangan ambil mudah perkara ini. Mungkin tak anak itu ada masalah dysxlesia? huhuhuhu... sebenarnya ramai anak2 ne ada masalah dysxlesia ... tapi tidak dapat dikesan oleh guru-guru disekolah biasa... huhuhu... kesian anak2 ini. Bagi ibu bapa yang berkesedaran dan mpy lebih income, boleh lah anak2 ini di hantar ke dysxlesia center utk terapi... tapi bagi yang tak mampu dan lebih malang lagi tak tahu? huhuhuhu... harapnya kena suggest kat kementerian pelajaran malaysia, supaya mempunyai guru2 terlatih utk bimbing anak2 yang ada dysxlesia dan ADHD serta patut buat saringan di peringkat awal (darjah 1 ke) supaya budak2 ne tak terus ketinggalan dan dianggap BODOH...
ada sekolah pendidikan khas di setiap daerah,. malangnya ada juga ibu bapa pelajar berkenaan yg enggan menghantar anak ke sekolah berkenaan samada kerana masalah pengangkutan ataupun tidak dapat terima kenyataan anak berbeza dari oranglain kerana secara fizikalnya mereka seperti anak2 lain. anak-anak ni nhhas, kalau berdaftar dengan kebajikan masyarakat, dapat bantuan lumsum dekat RM1600 setahun kalau tak silap.
Padam