2nd time bawa Bonda menikmati ikan bakar di sini. 1st time buat abah.
Waktu malam, berderet restoran dibuka. Bingung nak cari. Clue: berdekatan pencawang, restoran paling hujung. Kata abah, nak makan punyalah jauh. Sorrylah bah, kat SP bukan takde tapi sekali sekala mai jauh dari Selatan, kena cari yang "fingers lickin' good"..heeee
Kerang bakar dan udang goreng tepung (udang laut) sudah selesai masuk perut, tak teringat mahu diambil gambarnya .Almaklum, nasi belum tiba lagi waktu itu. 40 minit memandu dari SP kan, laparrrr. Seafoodnya fresh. Tu yang buat Abah berselera makan. Berbaloi kan berjalan jauh bah?
Selalunya nasi akan dihidang bila ikan sudah siap dibakar. Ikan jenahak dan sotong bakar di sini memang marvellous. Lain kan bah cara orang Kedah dan Johor bakar ikan? Biasa jumpa kat Johor, berlapik daun pisang. Adakala dilumur sambal diatasnya dan dicicah sambal kicap potong.
Kenyang makan, alhamdulillah. Sempat lagi diusik Abah. Jauh nak balik...belum sempat tiba rumah, perut dah lapar balik, huhu....
P/S Abah disahkan menghidap kanser darah tahun 2000 (13 tahun lalu) . Dia sepatutnya menjalani 6 kali kimoterapi. Bagaimanapun, kerana kesihatannya bertambah baik, dia menjalani 4 kali kimoterapi saja. Alhamdulillah, dia sihat sekarang, boleh ke sana sini dengan bas dan keretapi, baru saja balik umrah. Dia berpegang pada kata-kata seorang doktor wanita waktu mula-mula berulang alik ke hospital dulu.."ramai pesakit kanser mati bukan kerana sakit kanser tu pakcik tapi kerana tak makan (banyak pantang),," Sejak itu apa yang teringin ditekaknya, seboleh-bolehnya akan dituruti oleh Bonda dan anak-anaknya.

salam cikgu..ke Tg. Dawai lagi no.. mmg best makanan kat situ.
BalasPadamDi SP tak sekick di Tanjung Dawai ni. Bonda pulak kata, 1st rasa , sedap. Tu yang bawa dia sekali lagi ke sini.
PadamSelalu dengar pasal tanjung dawaini.. mesti istimewa tempatnyer Nim... kalau ikannyer fresh tentulah sedap...
BalasPadamps tengok Primadona pasal kanser gak ... penyakitni kalau dapt kat orang kuat semangatnyer diapun surrenderkan...
ikan fresh, masak pun sedap...jadi tumpuan orang dan sudah terkenal. kalau org Alor Setar dan Penang sanggup turun semata2 kerana masakan dia...kita yg di SP tak lepas peluang juga
Padamp/s dia bergerak aktif ke sana sini...kadang2 lupa dia pernah jalani 4x kimo
licin semuanya... mmg sah sedap tu....
BalasPadamkat kg kak memang payah jumpa ikan dan seafood fresh. jauh dari laut, huhu...
Padamalhamdullilah masih ada kesempatan belanja mak abah makan lagi..saya allah beri pinjaman bapak setakat umor 32 saya tahun sahaja..mujur ada emak lagi..bolehlah belanja makan makan makan ..
BalasPadambukan senang dapat peluang makan2 sambil bual2 dengan orangtua bila duduk berjauhan. itulah saat2 yg menggembirakan buat seorang anak..
PadamAnim orang Johor ke?...Tapi ikan bakat tu memang nampak sedap...teringinlah pulak hehe...nampak je teringin haha...
BalasPadamDiaorang datang naik keretapi ke ....larat layeh Nim...Alhamdulilah,... abah anim sihat...
yup..kami suami isteri orang johor yg merantau ke SP, huhu...
PadamAlhamdulillah, sihat lagi...masih boleh berjalan naik pengangkutan awam ke sana sini
Alhamdulillah abah kak anim semakin sihat yer. sedap nye ikan bakaq!
BalasPadammailah turun sp
Padamyan pun selalu pi....makan ikan bakaq mak njang nie....bila balik kedah memang best.....
BalasPadamyan..kalau cuti sekolah, kalau hujung minggu....alamat penuh restoran
Padambetul tu... moga abah u terus sihat yer
BalasPadamtqvm, KA
PadamSalam,
BalasPadamSedap juga sesekali makan ikan bakar, bertambah menarik jika bersama ibu bapa.
Semoga bapa Anim di kurniakan kesihatan dan umur yg panjang...Insyaallah. Betul kata doktor tu...cuma jgn berlebihan sahaja.
bukan senang dpat berbual sambil makan2 berhadapan dengan suara laut, bin...
Padamkenangan itu terakam diingatan ...
msti seronok abah Kak Anim tu..=))
BalasPadam1st time dengar kanser darah, ada jugak kanser darah ye?apa simptomnya eakk?
Semoga kesihatan abah Kak Anim bertambah baik..amin..=)
dia memang payah nak berjalan AA; ingat nak balik saja. dah 4 hari di sini, insya-Allah..mudah2an bertahan seminggu, heee..
Padamp/s kanser darah tu leukimia. punca satu hari bangun tidur, dia rasa lehernya terseliuh (org kata salah bantal). p klinik and then dirujuk ke hospital. hasil ujian, confirm kanser darah. dalam tempoh 2 minggu, lehernya membengkak. nak operate katanya darah semata. tangguh. transfer ke hosp. KL. ia beri kesan pada peti suara. tak de suara masa tu. selepas 4x kimo, bengkak menyusut dan alhamdulillah tiada kerosakan pada peti suara. tak jadi operate, tak perlu sambung kimo lagi tapi masih buat pemeriksaan susulan. dari sebulan sekali jadi 6 bulan sekali dan skrg setahun sekali di hospital besar KL. sel kanser ni tak hilang kata dr cuma dia tak aktif.
assalamualaikum ... kanser darah , satu badan tu . Maknanya x perlu pantang mkn lah . Ada gak kajian yg kata pesakit barah ni x leh mkn mknn yg dipanggang sbb asap yg keluar dari api tu ada gas kasinogen ( agen kanser plg aktif ) .
BalasPadambetullah tu, macam satay juga kan. sebab tu kena makan bawang dan timun sebagai kawannya. makanan berbakar ni jarang2 dia ambil. kat johor, kami tak bakar ikan cara kedah my notes
PadamSedapnya ikan bakar tu..Yummy..hehe. Semoga abah akak sentiasa sihat.
BalasPadamSesekali keluar makan dengan Mak Abah memang best. Apatah lagi bila tengok Abah yang pernah sakit teruk dapat makan dengan berselera, Alhamdulillah... Semoga Abah dan Mak Anim terus sihat.
BalasPadamselera org tua akak makan yer..
BalasPadamoh baru tau...kanser darah takleh berpantang makan yer..
Alhamdulillah sebab abah akak masih kuat dan tabah meneruskan hidup...
Sedap kot
BalasPadamSedapnyer
BalasPadamSedap hingga menjilat jari pehhhhh...terbaik..
BalasPadamHarga yg berpatutan...
BalasPadam