Home · About Me · Sitemap ·

Restoran Farid's Grill@Sg.Petani

Mencuba western food di Restoran Farid's Grill, satu restoran masakan barat yang baru dibuka di Sg.Petani. Tak jauh dari Giant Supermarket. Dibuka jam 6 petang hingga 12 malam.

Betul-betul sebelah Agro Bank

Si Abdul 1 memang peminat western food. Dalam seminggu kalau tak pekena western food, macam ada yang tak kena dibuatnya. Setakat spaghetti, biasa buat sendiri di rumah. Tapi bab grilled, chop sini, chop sana dan sewaktu dengannya...minta mahaplah..

6 pilihan sauce untuk dipilih pengunjung

Mem Besar punya...Roasted Lamb. Ada tambahan nasi (cam Nasi Beriani). Tapi nak habaq...small portion je. Sesuai dengan perut Anim. Berbeza dengan di Le Boss, jenuh nak menghabiskan.

Ni Encik Suami punya. Chicken grilled. Small portion juga. Dia kata sesuai dengan perut dia jugak. Tak banyak sangat. Chicken Cream Sauce boleh tahan sedap.

2 Abdul pilih menu yang sama. Lamb Chop. Small portion jugak. Si Abdul 1 makan sampai licin pinggan. Kenyang katanya.

Yang kami risau si Abdul 2 ni. Dia ni kalau tak makan nasi, macam masih belum makan. Untuk makluman, kat Restoran Farid's Grill ni ada menu Nasi Beriani dan seangkatan dengannya tapi dia yang tak mahu . Sudahnya...nasi dipinggan Anim yang dikenennya.....

P/S Harganya berpatutan. Rasanya macam tak de service caj, not sure. Agaknya kerana lokasinya yang terlindung dari hingar bingar suara manusia dan kenderaan. Kami anak beranak makan sambil berbual dalam keadaan santai sampai lupa banyak perkara. Kekacang dan ais kosong yang dihidangkan sebaik melabuhkan punggung di kerusi restoran pula terlupa nak dicapture.

Artikel berkaitan:

17 Komen untuk "Restoran Farid's Grill@Sg.Petani"

  1. Baru buka ye kak..boleh try kat sini pulak nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat area situ kan asyik tukar2 restoran...harap2 yg ni kekal lama..

      Padam
  2. Balasan
    1. Kecil je portion dia...tapi harga reasonable. Lamb chop pun dlm rm17 cam tulah (lupa)

      Padam
  3. Balasan
    1. Mailah kamsiah..sg petani ni kalau malam, happening!

      Padam
  4. Lami agak jarang makan western sebab anak2 makchaq suka makan makanan ruji kita ja.. Makanan lain sekali sekala ja cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dan suami ni ikut selera si abdul, makchaq. Dah usia begini, suka makan yg ringkas dan simple je...

      Padam
  5. Balasan
    1. Mestilah best bunda sebab saya tak meyingsing lengan memasak, hee....

      Padam
  6. dln sek men cheTom ke ni? CNY nk blk SP ..kena try nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dr giant, sebelah kiri kat bangunan 2 tingkat baru. Dulu restoran maqlubah..la dah tukar farid's grill pulak. Owner pun tukar.rasanya...

      Padam
  7. nampak sedap semuanya kak anim.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bolehlah munna. kat sp ni, nak cari western food orang kita memang payah..

      Padam
  8. Assalamualaikum Puan, bagi pihak Pengurusan Farid's Grill, saya mengucapkan terimakasih kerana sudi menjamu di restoran kami.Sila tinggalkan no contact Puan bila Puan berkunjung ke restoran kami, kami sedang mengumpulkan maklumat pelanggan untuk promosi akan datang...Insha Allah kita jumpa lagi ya!

    BalasPadam
  9. http://reenhomestay.blogspot.com/p/laman-utama.html

    BalasPadam
  10. x sangka jumpa blogger dari SP =) hai salam perkenalan dari celoteh adkdayah

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai