Home · About Me · Sitemap ·

Kiu Tao@Kucai

Kat Johor, kami panggil Kucai. Sesuai hidup di tanah gambut sebab tulah senang nak jumpa di Johor dan Selangor. Kat Kedah, tanahnya tak sesuai untuk kucai ni. Sekarang, kat Johor pun susah nak dapat. Kalau ada pun, halus buahnya..alamat, bercinta nak "menyiangnya". Terjumpa sayur ni di sebuah pasaraya di SP. Depa bagi nama sayur ni Kiu Tao. Cam bunyi kuey teow lak. Dulu, sayur ni tak ada harga, la ni, kus semangat.. RM8 sekilo.

Encik Suami suka masakan kucai versi Jawa ni. Tumiskan bawang merah, bawang putih, udang (@bilis) berserta cili hiris dengan tempe dan tambah sedikit santan. Satu lagi versi yang pernah dibuat ialah tumiskan bumbu dengan "buah kucai" bersama cili hijau hiris beserta petai. Orang luar Johor/Selangor...pernah cuba tak makan kucai a.k.a Kiu Tao ni?

P/S Dah berusia ni...suka cari makanan zaman kita kecil-kecil dulu...

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Kiu Tao@Kucai"

  1. Salam Anim..samalah kita..orang johor mmg suka kucai..arwah mak nekcik bubuh kucai dalam mee siam goreng kuning!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm best je nekcik, saya tak pernah lak cuba. Nak trylah nanti. Selain menu atas, biasanya org tua saya tumis bersama petai dan lada hijau.

      Padam
  2. hehehe...
    nampak sedap jer...menyelerakan

    BalasPadam
  3. masak apa tu kak anim, sayu tak berapa suka sgt daun kucai ni..tp kalo ada yg buat saya makan juga la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak tak minat daunnya...tapi "buah" nya yg putih. Cam tauge rasanya...

      Padam
  4. salam...tq sudi berkunjung ke blog nealopah. sy tk pernah cuba mkanan ni..mklumlah org pantai timur. bole share resepi tak? teringin nk cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kak update kat entry. Ala, main campak2 jelah...Malu nak tulis resepi...heee

      Padam
  5. Samalah..akk pun org johor.mak akk dulu tanam dan jual. Cina suka beli.ramai yg nk cuba tanam tapi tak menjadi.yg mak akk tanam gemok semuanya. Akk pun sama dh tua ni suka masakan yg kita mkn masa kecik..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hebatlah boleh tanam. saya tak terfikir pun kakyon. memang chinese suka kucai ni, tu sebab harga naik kot .cam petai. dulu takde harga, bila depa reti makan...naik harga!

      Padam
  6. dulu masa kami duduk di kuarters pekerja, mak selalu beli kucai ni buat lauk..sedap sangat..tumbuk cili merah taruk bawang kecik dan putih,tumis ..masuk kan tauhu yang dah di goreng udang basah dan masuk kan kucai..sedap sangat dan bau harum..sekarang payah dah nak jumpa sayur ni...terima kasih kerana menembali kan ingatan zaman kecil..

    BalasPadam
  7. assalam..wife sy org SP..tp mmg xtau nk masak apa dgn kucai jenis ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu ha..macam2 resepi dari pengkomen. kucai ni taklah rasa sedap sangat, cam rasa tauge je tapi bagi peminatnya, boleh makan berpinggan-pinggan.

      Padam
  8. D tempat saya di Sik, dipanggil jambak. Selain digoreng, saya paling suka jadikan ulam.

    BalasPadam
  9. Ye ke nor, buat ulam? Mentah2 la ya...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai