Home · About Me · Sitemap ·

Misi 12.12.12@Langkawi

2 hari line tenet down. Ada kecurian kabel telefon rupanya. Niat nak BW terbantut, nak buat entry tentang ulang tahun si Abdul yang ke 11 pun terbantut. Macam lipas kudung pack baju bila Encik Suami kata dia nak ke Langkawi hari ini dan kalau nak beli pinggan mangkuk berset2 inilah masanya sebab ada kenderaan nak keluar tanah besar hujung minggu ini. Boleh tolong "pos", (Anim bersiaran dari Riverra Inn, Langkawi)

3 tahun dok SP, berulangkali ke Langkawi, belum membeli lagi set pinggan mangkuk baru. Alasan; sapa nak bawak? Setakat periuk, kuali, pemanggang ajaib, teko tu tak de masalah nak membawa kerana satu butir je sekali angkut. So, bila kebetulan ada kenderaan nak keluar, tumpang sekaki. So, misi 12.12.12 ialah misi mencari pinggan mangkuk!

Baju seminima yang boleh...p lenggang kangkung, esok balik pun nak lenggang kangkung jugak!

Sempat SMS biras di Johor. Kesian dengar hajatnya yang tak kesampaian. Dia kan p Langkawi bersama MIL dan FIL tempohari. Sebelum bertolak, si suami (ipar) tak membantah bila diajukan hajat nak membeli pinggan. Tiba Langkawi, berubah hati, alasan diberi "Siapa nak angkut. Kalau pecah macamana.", Kita yang mendengar rasa kasihan, nantilah kalau ada kesempatan, Kak Nim tolong belikan.

Message yang sama di forward kat Kak Rumlah. Cuma tambah "pinggan 3 biji" saja. Kasihan juga dengar ceritanya. Cari pinggan serupa tak jumpa-jumpa, di SP tiada, di Langkawi nak dicuba. Kasihan kat dia....

2 Abdul tak tahu cerita.. Hajat Ummi untuk berbelanja. Sukalah depa ingat boleh bersukaria sehari dua. Walhal cuma semalam saja...

P/S 1st try publish entry dengan iPad. Nampak macam senang cuma tak boleh buat water stamp dekat gambar.

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Misi 12.12.12@Langkawi"

  1. Anak kakcik dah ajar macamana nak letak watermark pada gambar untuk dipost melalui iPad... Tapi kakcik rasa leceh... :)

    BalasPadam
  2. Walau sehari kalau namanya jalan mestila swronok...lgi seronok dapat shopping pulak...best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. niat nak shopping pinggan mangkuk dah terpendam lama, bila ada peluang tak tunggu lagi

      Padam
  3. tak puaih guna tablet nak laptop jugak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila travel, naik ferry ni..bercinta nk bawa laptop..

      Padam
  4. Selamat bershopping Cikgu. .boleh tinjau pinggan mangkuk Kat Ismail Group or Idaman Suri. ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai orang...payah nak buat pilihan dicelah2 pinggan

      Padam
  5. NoorS Alias telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Misi 12.12.12@Langkawi " anda:

    Bestnya ,leh soping byk2 nih,,.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noor, maaf Kak terdelete komen Noor sekali lagi (melampau kalau sekali takpe).! skrin kecil..huhu..

      Padam
  6. shopping jangan tak shopping yerk..
    bestnyer akak pulak yang rterasa2 dapat correlle ...

    BalasPadam
  7. rindunya nak ke Langkawi lagi.....

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai