Tapi, lain pula ceritanya. Ingat Ida yang turut serta dalam trip kami di Tasik Banding? Terserempak dengannya di Idaman Suri (turun jetty terus cari pinggan mangkuk, huhu...). Dia dah 2 malam di Langkawi, mungkin 2 hari lagi baru balik sebab suaminya ada kerja di sini juga! Apalagi, depa nak bawa kami dinner di Wan Thai, pekan Kuah (alamak, guna iPad ni tak boleh nak link ke entry lama). Pujuk si Abdul, orang nak belanja makan malam ni, takkan kita yang pilih tempat.Alhamdulillah, ok pulak dia. Maybe sebab anak2 jantan Ida tu geng depa mandi, memancing di Tasik Banding.
Langkah kiri, Restoran Wan Thai tutup pulak malam ni ( sebaik turun jetty semalam singgah juga sebab nak pekena ketam lembut goreng tapi baru ditutup untuk sessi tengahari). Kemudian kami ke restoran berdekatan Baron Resort (tepi laut). Kat situ ada macam-macam. Sate ada, Thai food ada...tapi tengok ramainya manusia, cancelled. Mana lagi nak p? Depa suggest Restoran Bamboo Beach di Pantai Penarak. Tempat tu jauh sikit dari pekan, maybe tak ramai orang nak p makan-makan di sana. Haha...dah nama cuti sekolah, mau takde manusia....cuma tak seramai di pekan Kuah. Seronoknya menikmati dinner di "restoran terapung".. Maaflah, Anim tak dapat nak transfer gambar dalam hp ke iPad. Insya-Allah, nanti dah balik SP, Anim update entry ni dengan gambar. Entry updated tu bertulisan merah!
Sorrylah..gambar Restoran Bamboo Beach dalam rimbunan pepohon buluh waktu malam yang diambil, blurrr. So, kita tayang menu kad restoran yang dibingkaikan cantik atas meja. Tu dia, gerenti tak koyak, gerenti tak basah dek hujan, gerenti anak2 tak berebut nak belek sebab berat!heee..
Apa ada diseberang sana?
Sekali pandang macam restoran orang kita disebabkan wakaf yang dibina dan landskap restoran yang menarik (depa kata dulu kepunyaan orang kita tapi sekarang dah jadi restoran Cina ). Ternampak juga kelibat pengunjung bertudung di situ. Halal kot..
Hari ni Anim nak share tempat makan (halal, of course) di Langkawi yang disyorkan dalam satu pamphlet yang Anim terima. Maybe boleh jadi panduan buat mereka yang masih mencari-cari tempat makan di Langkawi.
1. Restoran Hj.Ramli di Pantai Cenang
2. Gerai Rosetea berhampiran airport
3. Restoran Jom Ikan Bakar di Padang Matsirat
4. Lori Laksa Power & Laksa Pulau di tepi laut dekat airport. Laksa jual dalam lori katanya..huhu
5. Restoran Rasa di Pantai Cenang
6. Restoran Wan Thai di pekan Kuah
7. Jai Seafood & Western di pekan Kuah
8. Restoran Bamboo Beach di Pantai Penarak ( dinner kami malam tadi)
9. Hafiz Rojak di Pantai Kok
10. Restoran Nelayan di Bukit Malut
11. Gulai Panas Mak Teh di Kuala Triang
12. Gulai Panas@Gulai Kalut Sri Batrisya area airport
13. Atta Shooru Restoran di Padang Matsirat
14. Ee Burger Trimula Cafe di Kuah (Persiaran Mutiara Pusat Dagangan Kelana)
15. Restoran Shrimpz and Seabreeze berdekatan Langkawi Golf Club
P/S Jetty sesak, Idaman Suri sesak, Hj.Ismail Group sesak, restoran sesak.....nafas pun jadi sesak. Kalaulah tak keranamu, pinggan...
cuti2 mcm ni tak sanggup nak kesana...sesak dgn manusia...peniaga pulak amik kesempatan...
BalasPadamSetakat makan angin, tak sanggup raanya! Kamsiah? Tapi dek kerana pinggan mangkuk ada kenderaan tolong angkut keluar, tu yg kuatkan semangat! Heee....
Padamcuti sekolah kot..tu yang sesak..ada juga hajat nak pegi tapi xtau bila...hehehe
BalasPadamsesak kat idaman suri, kat hj ismail, kat tempat makan je...haha
Padamhari tu munna pegi bukan time cuti pun penuh sesak dgn umat manusia
BalasPadamkalau p weekends, anak2 boleh berlari-lari dalam hj ismail group...heee...
PadamCuti sekolah je memang semua tempat percutian jadi sesak. kalau taknak sesak boleh pergi waktu bukan cuti sekolah tapi macam tak best pula kan :)
BalasPadamdah usia mcm kak ni, dah tak sesuai p bersesak-sesak. dulu masa usia muda cam sherwieyna, boleh tahan lagi..
Padamnoted....
BalasPadamsila..sila...manalah tahu, sampai langkawi blank tak tau nak makan mana..
PadamMakchaq pi ngan anak2 masa cuti Krismas tahun 2010 kot, nak dpt naik feri pun punya seksa..ngan jeti penuh sesak... tak beli apa pun sebab orang ramai sangat...
BalasPadammakchaq..kagum dengan semangat wanita yang sanggup mengheret berkotak2 pinggan mangkuk masuk dan keluar feri. saya ni, membeli suka tapi mengangkut tu failed..sudahnya 2x5 macam makchaq, cari barang boleh sumbat dalam beg.
Padamseronoknya ke langkawi.. i pun sa..pegi awal.this yr..seronok sgt.
BalasPadamingat nak kena ulang lah..penah makan di hj ramli tu.
yan..semua org perempuan suka p langkawi...heee
Padamsesak ye anim kat sane tu yee..
BalasPadamx tau la lg nk gi tak langkawi ni..klu tak saya pusing2 kat perlis n kedah je laa..lg pun bln feb ari tu dh pergi langkawi..
sesak kat jetty, kat idaman suri, kat hj ismail group, kat tempat makan..hujung minggu tak taulah camna..3 tahun dok SP, nilah 1st time saya p waktu cuti sekolah, biasanya hujung minggu saja.
Padamibu_suri kerap push IM untuk pergi ke Langkawi. IM tak mahu sebabbagi IM langkawi cuma untuk orang yangbanyak duit dan mahu shopping.
BalasPadamIM lebih suka tempat yang damai...
IM, kebetulan suami ada kerja di sana. dia pun dek krn kerap ke sana, guna waran tiket feri@flight kalau ke langkawi. so, kos saya 3 beranak tu taklah tinggi mana. cuma sedia duit "jajan" aka shopping je..hee
Padamdah exchange blog's link..
BalasPadamok...tqvm..
Padam