Home · About Me · Sitemap ·

Kempunan Toman dan ending story di Tasik Banding


Last aktiviti, memancing. Kaki-kaki pancing dah gatal tangan, gatal pungkok. Dari 4 bot...satu bot kena balik. Geng perempuanlah (Anim dan Ida) bersama anak kecilnya yang mengantuk selepas berendam kesejukan dalam air. Tapi..3 bot yang lain, takkan nak disumbat ramai? Camna tu? Setidak-tidaknya satu yang balik tu kena isi 6 orang termasuk boatman.

Si Abdul (T-shirt putih) dan anak-anak yang lain tak mahu ikut balik. Okey, plus Encik Suami dan Pak Su, pakar pancing (T-shirt hitam tu) serta boatman...depa dah satu bot.

Memujuk Abdul yang sorang ni. Bukan tak kasihan kat dia...cuma lagi kasihan dia nanti bila tunggu lama dalam bot. Dia ni cepat penat, cepat lapar, cepat nak "membuang". Memancing kat tasik sekurang-kurangnya 3 jam tak jumpa daratan..faham dah, dia takkan tahan punya maaaa...Syarat yang dia kenakan, mau berkubang dalam kolam mandi...BISA DIATUR!

Lebih 3 jam juga depa memancing. Tak boleh tunggu sampai senja sebab gelap, takut tak nampak jalan balik. Silap-silap terserempak dengan Anaconda, kes naya.. Bot si Abdul bersama Encik Suami tak dapat seekor ikan pun..heee. Membebel jugak dia, "Boatman asyik cari tempat toman. Kita orang dah kata, tak kisah, sebarau ke, tilapia pun tak pe. Janji budak-budak happy".. Tak pelah, dengar khabar 2 bot lain ada dapat toman dan sebarau kan? Kira oklah tu. Bukan tak pandai pancing...ikan tu tak mahu makan umpan hangpa. Bukan sebarang umpan, anak keli hidup!!

 
Lepas Maghrib,dinner di tepi swimming pool. Lunch kami di kaki Waterfall tengahari kan simple je, nasi goreng bersama ayam goreng, so malam ni special sikit. Western style, kambing dan ayam bakar bersama black pepper sauce, makaroni, kentang bakar, salad dan lain-lain . Yang specialnya, ada 2 biji kek harijadi. Ramli bersama anak lelakinya, selang sehari tarikh lahirnya. Azizan yang menyambut harijadi yang ke 55 berkongsi kek dengan my Abdul (t-shirt merah). Actually, bukan si Abdul je terkejut, tapi Ummi dan abahnya sendiri pun sebab birthdaynya bukan malam tu tapi ada 4 hari lagi heee..kira in advance lah ni ya. Kenangan manis buatnya malam itu.

Pada 10.12.2012 sebenarnya ...my Abdul akan meraikan usianya yang ke 11 tahun.

Oklah..ending story...overall, kami berpuashati dengan pengalaman baru di sini. Untuk yang berhajat untuk ke Tasik Banding, setakat nak bermalam, tengok Tasik Banding saja, rasanya tak seronok sangat. Kena ambil pakej explore Belum Rainforest. Makan sendiri kat Grik? Memang payah nak cari kedai makan kat Grik.So, deal ajalah dengan pihak hotel, tak payah keluar malam cari makan.

Jangan lupa singgah beli buah-buahan fresh di Grik. Buah dokong yang fresh tu 1kg RM5 masih terlekat cantik. Bukan senang nak dapat. Kalau dah lerai dari tangkai, cuma 3 kg RM10 tapi dah 3 hari lah. Yang dijual kat pasar malam tempat kita, dah berhari-hari. Tambah-tambah kat Johor, dokong tu dah seminggu lamanya!

P/S Durian baru jatuh cuma RM25 selonggok tapi nak membawa balik ke SP tu yang terpaksa kensel. Mau 2 jam kami mabuk dalam kenderaan..lainlah kalau bonet kereta terasing!

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Kempunan Toman dan ending story di Tasik Banding"

  1. seronoknye...

    p/s kak senang je nak tukar domain tuh kak tak susah pun....join la kak..ke akak nak mintak bantuan saya or blogger coklateyes tuh???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu lain streamyx kawasan rumah akak ok dulu nampaknya..

      Padam
  2. Kakcik ada kakak di Grik tapi dah lama sangat kakcik tak ke rumahnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim durian, musim dokong sekarang Kak, huhu...

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang seronok ...kalau kita minat masuk hutan..heeee

      Padam
  4. Balasan
    1. Tak pasti pulak sebab depa ada training a day before, kena bukak laman web banding lakeside inn la..

      Padam
  5. salam Anim..waa lagi adventurous nii...nekcik pernah singgah sebentar kat tepi tasik tu untuk ke Jeli...bberapa tahun yang
    lampau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama ni saya pun singgah je ambil gambar nekcik...

      Padam
  6. percutian mcm ni bestnya....dan menyeronokkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali bawa anak aktiviti mencabar kejantanan mereka, hee...

      Padam
  7. pengembaraan y myeronokkan & meninggalkan 1001 kenangan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuatu yg kita lakukan dgn kesemua pancaindera kita akan meninggalkan kesan dan kenangan abadi

      Padam
  8. salam anim
    Pengalaman yg menarik.seronok la baca..sambung entry lama ta nak read

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai