Home · About Me · Sitemap ·

Meninggal dunia di Tanah Suci

Perkuburan Baqi'

Bertemu seorang jiran di sebuah pasaraya di SP. Berkampit-kampit beras dalam troli yang disorongnya. "Nak buat kenduri arwah malam ni", ujarnya. Kakak iparnya yang menunaikan haji dan dijadualkan pulang ke Malaysia esok hari meninggal dunia di sana. Terlupa pula nak bertanya meninggal di Mekah @ di Madinah. Walaupun mulut mengucapkan takziah...dihati berdetik beruntungnya kalau diri ini berada di tempat kakak iparnya itu.

Pertama, Allahyarhamah baru sahaja selesai mengerjakan haji. Terbayang saat Allahyarhamah nak berangkat ke Tanah Suci, dia telah memohon restu dari kedua ibu bapanya dan memohon maaf dari saudara mara, rakan taulan, ahli keluarga. Kemudian di Tanah Suci, aktivitinya hanyalah ibadah.. ibadah.. ibadah.

Rasulullah Sollahu Alahi Wassalam telah bersabda "Haji Mabrur itu tidak ada ganjaran baginya melainkan syurga" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua, jika di meninggal dunia di Mekah, masya-Allah, ribuan yang bersolat untuknya di Masjidil Haram. Bahkan ramai pula yang b e r e b u t - r e b u t  u n t u k  m e n g a n g k a t  j e n a z a h yang dibawa masuk ke Masjidil Haram. Bagi jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah, mereka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maala atau Al Syarayek

Sabda Rasullah Sollahu Alahi Wassalam yang bermaksud :"Tiada seorang Muslim yang meninggal dunia lalu jenazahnya disolatkan oleh 40 lelaki, yang mana mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan doa syafa'at mereka untuknya (yakni bagi jenazah).  Hadis Riwayat Imam Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ahmad.

Andai Allahyarhamah meninggal dunia di Madinah , dia akan dikebumikan di Baqi' . P e r k u b u  r a n  B a q i'  bukanlah seperti perkuburan Islam di mana-mana negara, ditanda nesan bernama. Baqi' seperti hamparan tanah berpasir lembut yang terbentang luas. Setiap kubur ditanda dengan batu tak bernama. Setengahnya tidak bertanda, jadi setelah dikuburkan, tanah kuburnya diratakan.

Rasulullah Sollahualahi Wassalam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang mampu mati di Madinah, maka hendaklah dia mati di Madinah, kerana sesungguhnya aku akan memberikan syafaat kepada orang yang mati padanya." (Hadith riwayat Imam Tirmidzi)

Kita ni, yang diberi akal oleh Allah SWT dapatkah berfikir akan kekuasaan-Nya. Sudah ratusan ribu jasad yang terkubur di situ, hampir setiap musim umrah, musim haji, bukan puluhan malah ratusan jemaah yang meninggal dan dikuburkan di sana...perkuburan Baqi' seolah-olah tidak penuh.

Teringat antara isi ceramah Kursus Haji yang dihadiri beberapa bulan lalu. Ustaz minta kita jauhi amalan dan jangan mencontohi amalan sesetengah jemaah yang nak berangkat ke Tanah Suci, kertas kalimah Syahadat ditinggalkan Lailahaillallah pada keluarga dan Muhammadarrasulullah dibawa ke Tanah Suci dengan tujuan supaya jemaah haji tidak meninggal di Tanah Suci.

P/S  So, kita ni kalau menziarahi mereka yang hendak berangkat menunaikan haji, ucapkanlah "semoga mendapat haji mabrur" bukannya "selamat pergi, selamat kembali".

Artikel berkaitan:

5 Komen untuk "Meninggal dunia di Tanah Suci"

Komen anda amat dihargai