Home · About Me · Sitemap ·

1 Muharram 1434H

Cerita makan kenduri lagi. Tapi....kali ni special sikit. Majlis  makan kenduri Kamis diadakan pada hari Khamis, 1 Muharram 1434H. Istimewakan? Rumah yang di kiri dan kanannya sawah ini terletak berdekatan Tokai, Alor Setar.

Khemah tetamu perempuan (terlindung) dan lelaki diasingkan. Anim duduklah sorang-sorang  sambil mata melilau sana sini. Berkerut muka tengok benda tergantung ni. Apa tu?  Depa kata itu tempat pengukus nasi . Bukan selalu majlis makan kenduri di Kedah ada makan nasi kukus katanya. Patutlah sedap betul menikmati gulai daging bersama pajeri nenas, ikan masin, ulaman bercicahkan sambal belacan.

Nampak tak? Talam (dulang) berisi nasi yang dikukus. Walaupun rupa beras kurang menarik tapi sedap. Mana taknya...beras baru . Lebih 10 dulang tu sekali kukus. Mau tak berselera makan panas-panas!

Tambah special, bila balik dibekalkan nasi dan lauk pauk selain goodies bag macam biasa tu. Yang ni rasa heran sikit sebab sejak duduk SP, hadir banyak makan kenduri, baru kali ini dibekalkan nasi. Kalau kat Johor tu lumrah terutama masyarakat Jawa. "Tak pe, mai jauh ni" kata tuan rumah.

Dan tambah bermakna 1 Muharram 1434H kerana berkesempatan menjengok abah yang keluar 40 hari. Semalam, dapat call , dia dan kumpulannya akan bergerak ke SP. Pagi tadi dia maklumkan nama kampung tersebut. Bila call balik petang tadi, tak dapat-dapat. Berpusing-pusing juga mencari kampung yang dimaksudkan .Itupun setelah menelefon sana sini dan bertanya 2,3 orang yang kami jumpa. Tak sangka dapat masuk ceruk kampung kat SP...lembu, kambing ada sana sini. 

Sewaktu kami tiba, dia tak ada di surau tersebut. P taskil . Tunggu  hingga menjelang waktu Maghrib. Tersenyum dia melihat kelibat kami ber4. Alhamdulillah, berkesempatan menemuinya hari ini. 3 hari lagi dia dan yang lain akan bergerak ke tempat lain pula. "Kenapa kita tak bawak Atok balik rumah kita?"....tanya si Abdul. Syukur ...Di usia 72 tahun, Allah berikan Abah nikmat usia , nikmat sihat, nikmat masa, nikmat hidayah untuk  melakukan apa dia buat sekarang..

Sempat bersolat Maghrib di surau ini walaupun hanya berseorangan di ruang solat wanita. Syukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat hidup, nikmat sihat, nikmat rezeki, nikmat masa, nikmat iman (syukurlah kita dilahirkan Islam) dan nikmat hidayah dari Allah. Semoga perjalanan hidup kita hari ini lebih baik dari semalam, dah perjalanan hidup esok lebih baik dari hari ini.

P/S Ada satu lagi peristiwa  pada 1 Muharram 1434H  tapi malu pulak nak cerita. Tak pelah, simpan dulu hingga sampai ke tarikh berkenaan.

Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "1 Muharram 1434H "

  1. kalau my father, majlis kawin anak2 dia mesti guests dapat bontrot.(berkat/bekal balik rumah).

    1 muharram terkejut mendengar berita saudara hubby pulang ke rahmatullah.. diambil ALLAH pada hari buku kira2 diangkat. tak de dosa baru..masyallah.. semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwwah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita...tu dah wajib. haha...bontrot, baru teringat perkataan itu.
      semoga roh allahyarahm di cucuri rahmat...amin

      Padam
  2. dapat bungkuih nasi selalunya untuk orang2 yg tolong buat kerja kenduri dan adik-bradik ...

    BalasPadam
  3. Last tu yg rasa sedih juga sebab solat tak ada teman. Kalau kakak sebab anak-anak perempuan jadi mesti ada teman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah terbiasa lah kak zakie..shopping pun solo gak, heee

      Padam
  4. Speacialnya kak Anim, nasi kukus...
    yang atas talam tu pun menarik perhatian..

    betul2...kalo kat johor biasa dengan "berkat" kan...tapi skrgpun dah kurangla kak Anim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi kukus di gerai banyak dijual tapi dalam bekas kecil (cam apam). tapi yang macam "tarbus besar" tu 1st time jumpa, heee. maklumlah kenduri satu kampungkan...

      Padam

Komen anda amat dihargai