Home · About Me · Sitemap ·

Kursus Haji Bersiri Musim 2013M/1434H

Mulai Jumaat tadi, Kursus Haji Bersiri selama 13 siri sudah bermula di Sg.Petani. Sudah 12 tahun pun muslimin muslimat berdekatan yang belum. telah, akan malah bercadang untuk ke Tanah Suci sama ada untuk pergi mengerjakan umrah mahupun mengerjakan haji berkursus di Masjid Sg.Pasir ini. Dan ini merupakan kursus ke 3 buat Anim dan Encik Suami namun di masjid dan Ustaz yang berlainan. 

Benarlah...makin banyak kita belajar, makin banyak ilmu baru yang kita perolehi dan makin banyak yang kita tak tahu rupanya.  "Jika kita mahu berjaya di dunia, hendaklah dengan ilmu. Jika kita mahu berjaya di akhirat, hendaklah dengan ilmu. Jika kita mahu berjaya di dunia dan akhirat, juga hendaklah dengan ilmu juga"

Ustaz Hj Mohammad bin Hj Abdullah atau dikenali di Sg Petani dengan nama "Ustaz Mat Tea O". Pertama kali mendengar ceramah dan melihat dengan dekat rupa Ustaz yang cukup terkenal ini kerana dia turut membawa jemaah umrah dan haji (swasta) sebelah Utara. Selama ni kenal nama saja.  Olehkerana hari ini merupakan hari pertama, tak taulah sama ada maklumat tak sampai (ada dengar iklan di Radio Kedah FM) atau musim cuti, musim kenduri...tak ramai yang hadir sama. 

Buat yang tinggal berdekatan, musim cuti persekolahan pula...jomlah ke mari setiap pagi Jumaat. Bab permulaan ni amat penting, bab thaharah. Dalam rukun Islam yang 5, hanya mengucap dua kalimah syahadat dan berzakat sahaja , thaharah (kesucian) tidak dituntut waktu melaksanakannya. Tetapi berbeza dengan solat, puasa (orang kedatangan haid haram berpuasa) dan tuntutan haji. Bab haid, bab cecair yang keluar yang disentuh Ustaz secara ringkas tadi pun membuatkan hati jadi resah, bimbang buta dan sesat dalam memahami diri sendiri lantaran kejahilan diri.


Buku Wanita & Darah terbitan Darul Nu'man yang hanya RM5 ni disyorkan oleh Ustaz Mat Tea O. Mempelajari dan memahami masalah darah ni fardhu ain bagi kaum wanita. So, lengkapkanlah diri kita dalam menentukan jenis dan hukumnya.Walaupun hanya 70 m.s tapi lengkap semuanya dari masalah haid, pembahagian darah. masalah istihadhah, pembahagian istihadhah, masalah wanita hamil, masalah wanita nifas.

P/S Ustaz kata, ada yang melakukan ibadah umrah dan haji bukan belajar, bukan ikut kitab tetapi dengar kata kawan-kawan. Bayangkanlah... sekiranya ibadat umrah dan haji kita tak sah kerana kejahilan kita...kita pulang ke Malaysia dalam keadaan berihram, dengan membawa 13 larangan berihram tanpa kita sedari..dosa kita berterusan hingga di saat kita dimasukkan ke liang lahad pun kita masih menanggung dosa (orang dalam ihram, tak leh tutup kepala, tak leh pakai bauan. Orang yang uruskan pengkebumian kita tak tahu..kebumi macam oranglain).

Artikel berkaitan:

5 Komen untuk "Kursus Haji Bersiri Musim 2013M/1434H "

  1. Kakak mengikuti kurusu haji dari sebelum menikah sebab konon target sebaik menikah nak pergi berdua tapi sampai anak tiga baru nama kakak tersenarai pergi. Tidak rugi menghadiri kurus setiap tahun sebab semakin kita belajar semakin faham.

    Pengajaran buat kita. Masa kakak di sana ada satu makcik yg belum berniat Haji sedangkan waktu itu sudah tiba di Arafah. Bayangkan bagaimana tu? Kami nasihat dia jumpa kakitangan TH tak tahulah dia pergi ke tidak. Itulah kena faham betul-betul sebelum pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kagum saya tengok yg mai kursus tu..ada yg dah p haji pun tapi niat utk cari ilmu baru. anak2 gadis remaja pun ada. cari ilmu..

      p/s takutnya dgr cerita kak zakie. harap2 makcik tu terima nasihat akak. bayangkanlah kalau tak, bukan saja haji tak sah, berdosa pulak tu...naudzubillah kak...

      Padam
  2. salam kenal...

    pasti kursus yg penuh bermanfaat kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal juga papa mifz.terima kasih kerana sudi singgah. kursus ni terbuka utk siapa saja, bukan org yang nak p haji saja. banyak ilmu baru..even buat orang yang dah pernah tunai haji..

      Padam

Komen anda amat dihargai