Home · About Me · Sitemap ·

Salam Maal Hijrah 1434H...jom kita berhijrah


Salam Maal Hijrah 1434H untuk semua.

Malam tadi singgah solat Maghrib di satu masjid . Kebetulan ada Majlis Ilmu tentang Maal Hijrah oleh seorang Tok Guru Pondok. Tak dengar dengan jelas namanya. Nak taip di sini, takut silap pula. Seronok juga mendengar kuliahnya yang berselang seli dengan speaking Mat Salleh. Hari ni Anim nak kongsi jawapan yang Tok Guru berikan untuk soalan-soalan dari jemaah yang hadir.

Soalan pertama yang diajukan ialah Doa Awal dan Akhir Tahun . Tok  Guru kata setiap doa yang dibaca tak semestinya tunggu "sempena itu...sempena ini". Maksudnya, kita boleh berdoa selepas solat fardhu, antara azan dan iqamat,semasa hujan dan waktu-waktu mustajab yang lain. Macam juga nak baca Yassin. Baca hari Isnin boleh, hari Ahad pun boleh, kalau dah kita cuma lapang hari Jumaat, hari tu baru nak baca, maka bacalah dari tak baca langsung.

Tambahnya, berhijrahlah atas nama Allah dan Rasul. Bukan kerana sebab lain. Hijrahkanlah diri kita ke arah yang lebih baik. Kalau dulu, solat 2 minit...kali ni biarlah lama sikit. Takkan dari dulu asyik baca surah yang sama.Tahun 1431H, surah Al Falak, Al Ikhlas. Tiba 1432H. 1433H dan masuk 1434H pun surah yang sama jugak. Ibadat kita tak ada perubahan. Setiap tahun baru menjelang, kita berazam untuk merubah diri kita, ekonomi kita, hidup kita tapi kita langsung tak berubah dari segi ibadah dan ketaatan kepada Allah.

Nak berhijrah, tak payah tunggu tahun hijrah. Kalau dulu tak rajin solat di masjid, mulai saat ini rapat diri dan berjemaah di masjid.  Kalau dulu, berpakaian masih tak mengikut betul-betul yang disyariatkan, teruslah berubah. Kalau dah buat salah, jangan tunggu tahun hijrah baru nak taubat. Kalau buat salah, terus bertaubat. Jangan tunggu lagi. Tok Guru juga menegur sikap kita yang "percaya" dengan ramalan pihak tertentu tentang akan berlaku sesuatu dalam tempoh sekian..sekian. Bayangkanlah kalau kita berhijrah, bertaubat kerana takutkan kejadian itu bukannya kerana Allah Taala. Dibimbangi aqidah kita rosak. (Jemaah tu bertanyakan ramalan NASA, 3 hari dunia bergelap)

Satu lagi soalan tentang ucapan kita untuk rakan-rakan bukan Islam yang menyambut perayaan keagamaan mereka. Ucapan berbentuk "Happy....", "Selamat......" Tok Guru menegaskan isi kandung surah Al Kafirun..

" Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang kafir. Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku bukannya penyembah Tuhan yang kamu sembah.Dan kamu juga bukan penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kamu agama kamu dan untuk aku, agama aku."

Dah jelas terkandung dalam surah Al Kafirun ini dan Tok Guru memberi pandangan ...kita ni , yang beragama Islam, menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah, tak sepatutnya mengucapkan sesuatu yang menunjukkan kita "gembira" atau redha dengan Tuhan yang mereka sembah. Kita tahu dah dia kafir, menyembah Tuhan selain Allah, kita doakan pula mereka bergembira dan sejahtera menyambut perayaan keagamaan mereka. Tok Guru cukup tak bersetuju dengan istilah "Kongsi Raya" tu. Teliti isi kandung surah Al-Kafirun tu. Boleh faham tak maksud yang nak disampaikan? Payah juga nak menterjemahkan apa yang didengar (dalam bentuk kuliah) kepada penulisan. Lainlah kalau dapat nota seperti berkursus tu. Pendekata beginilah...cuba cari ucapan lain yang sesuai...

UPDATE : Tok Guru yang dimaksudkan ialah Ustaz Ruzaini b.Abd Rahman (Pondok Pak Teh, Kroh, Perak)

P/S  Semoga 1434H membawa sinar baru dalam hidup kita. Lakukan penghijrahan buat diri kita sendiri...walau sekecil-kecil penghijrahan. Mudah-mudahan dari situ kita mampu membuat penghijrahan lebih besar dari itu.

Artikel berkaitan:

7 Komen untuk "Salam Maal Hijrah 1434H...jom kita berhijrah"

  1. Cantik ulasan yg Anim buat.
    Salam maal hijrah dari kakak buat anim dan keluarga. Mencari hijrah yg terbaik.

    BalasPadam
  2. salam hijrah 1434 untuk kakzakie sekeluarga juga. mudah2an hari esok kita lebih baik dari hari ini dan sebelumnya...

    BalasPadam
  3. Salam Hijrah 1434. semalam nak ke masjid berhalangan pula. tapi dekat rumah pun masih boleh disambut bersama keluarga... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana2 pun tak pe..bak kata seorg ustaz,
      tak dpt buat semua, sikit Pn jadilah

      Padam
  4. Salam maal hijrah buat Ain juga...

    BalasPadam
  5. tq..moga tahun 1434H membawa sinar baru buat kita

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai