Pertandingan Cipta dan Inovasi Proton...dari bahan terpakai dan terbuang!
Bagi chance my Abdul 1 berangan...
Tiba-tiba tempat kami ini menjadi tumpuan pemberita dan pegawai keselamatan. Rupa-rupanya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr.Maximus Ongkili (kemeja putih) datang melawat gerai satay ni...huhu...
Robot oleh SIRIM. Dek kerana "controller" tu macam PS2 punya...terrorlah si Abdul nih.
Lama Encik Suami berhenti dan bersoaljawab di sini. Dia memang sukakan tumbuh-tumbuhan dan pokok. Jangan nak kelentong tentang pokok dengan dia. Soalannya membayangkan seolah-olah dia nak menanam pokok koko di tepi rumah!
Encik Suami menggamit Anim meninjau ke sini. Aiik, nak berubah kerjaya ke, hihi... Multipurpose Truck Hawker(RM49K kalau tak silap) ni dilengkapi set dapur berkabinet ( tempat grill burger, dapur menggoreng fun fries/nugget ), ada ruang untuk letak nasi campur, ada 2 slot Water Dispenser. "Ummi, kita belilah satu"...Amboi, hangpa ingat ni barang permainan ke?
Dalam badan lebah mengandungi 30% air. Dengan R&D oleh Pusat Inovasi Negara, madu ini "dikeringkan" airnya. Rasanya ada pahit-pahit sedikit, bau tak wangi. Depa kata, itulah rasa sebenar madu yang original, sama seperti pokok hutan. Kalau madu di rumah kita berbau wangi, itu bukan ori. Yang itu sudah dicampur gula (bukan gula kat dapur kita). Gula ni didapati di farmasi katanya. Madu (gambar di atas) tiada dalam pasaran yaa. Sedang diusahakan. Yang kami beli ini adalah untuk pameran (ada 5 botol aja pun yang dipamerkan). Depa kata, kami je yang bertanya nak beli. Dapatle diskaun RM75 (harga asal RM80..)
P/S Tapi...nombor bertuah tak naik seperti Shaiful...heeee
Salam...terima kasih abadikan nama saya kat entri ni...saya x perasan pulak ada alat proses satay tu. No bertuah saya..2101.
BalasPadamheee...sama-sama. nombor pun dah cantik tu, patutle naik!
BalasPadamsalam anim,thanks ya jd rakan baru saya,.menarik cite diatas,rasa mcm saya ada kt sna sma.
BalasPadam