Home · About Me · Sitemap ·

Nisfu Syaaban dan Gerhana Bulan serentak tahun ini

G e r h a n a  b u l a n pada Disember 2011 yang lalu

Lama tak share ceramah agama Ustaz Fadhil di "Halaman Keluarga", Radio Kedah FM setiap Jumaat. Kebetulan 29/6 lalu berkaitan dengan Nisfu Syaaban dan gerhana bulan.

Menurut Ustaz, pada 14  4 Julai 2012 ni, Rabu (malam Khamis) akan berlaku gerhana bulan. Ia dijangka berlaku pada 7.39 malam (waktu Maghrib) dan dijangka berakhir pada 8.07 malam. Dan secara kebetulan pada malam itu juga ialah malam Nisfu Syaaban. Boleh rujuk e n t r y Anim terdahulu. UPDATE: Typing error..bukan 14 Julai, 4 Julai 2012. TQ Faiz

Ustaz menyarankan pada Rabu (malamnya) , selepas solat Maghrib, solat Ba'dyiah Maghrib terus solat Gerhana Bulan kerana ia berlaku dalam waktu Maghrib dan tempohnya tak lama. Lepas tu barulah baca Yassin. Solat gerhana bulan ni afdalnya berjemaah. Nak sembahyang sendiri pun boleh. Sunat Imam baca khutbah (macam sembahyang raya)

Solat gerhana bulan ( 2 rakaat) boleh dilakukan dengan 3 cara :

CARA 1:

1. Niat "Sahaja aku solat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala"
2. Rakaat pertama baca Al Fatihah dan surah Al Kafirun
4. Rakaat kedua, baca Al Fatihah dan surah Al Ikhlas 
5. Solat seperti solat sunat yang lain

CARA 2:

Solat 2 rakaat tetapi dengan 2 kali rukuk (tiap-tiap rakaat). Macam 2 kali sujud yang kita lakukan setiap kali bersolat.
 1.Niat "Sahaja aku solat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala"
2. Rakaat pertama baca Al Fatihah dan surah Ad-Dhuha
3. Rukuk. Kalau selalu masa rukuk baca tasbih 3X, kali ni tambah jadi 11X kalau boleh
4. Bangun dari rukuk, selepas kita baca "Samiallahuliman hamidah........", kita qiam (berdiri tegak) semula.
5. Kita baca Al-Fatihah semula dan surah Al-Insyiraah (Alam Nashroh)
6. Lepas tu rukuk, baca tasbih 11X kalau boleh dan baru sujud
(Tu yang dikatakan 2 kali rukuk)
7. Bangun dari sujud, qiam (berdiri tegak)  seperti biasa.
8. Rakaat kedua baca Al Fatihah dan surah Al-Kafirun
9. Buat semula step 3 dan 4
10. Baca Al Fatihah dan surah Al-Ikhlas
11. Rukuk, sujud, tahiyat akhir dan beri salam.
(Dalam ertikata lain, setiap rakaat baca 2 Al-Fatihah dan 2 surah. Cara solat ini ada 4 kali rukuk dan 4 kali sujud)

CARA 3: Tak sempat nak salin...

Kata Ustaz Fadhil lagi, sunat kita mandi semasa gerhana. Tapi dek kerana proses gerhana tu dijangka dalam 30 minit, kita pun sedang solat Maghrib, tak sempat. Kita nak mandi, nak solat sunat gerhana sewaktu gerhana bulan tu berlaku. Tak bolehlah kita nak awalkan atau lewatkan sedikit. Seharusnya kita insaf akan kekuasaan Allah menunjukkan cakerawala.. betapa bulan itu sendiri cukup hebat kejadiannya dan tidak jemu dipandang. Banyakkanlah beristighfar...Allah  SWT nak sedarkan kita supaya kita bertaubat.

~Wallahua'lam~
 



Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Nisfu Syaaban dan Gerhana Bulan serentak tahun ini"

  1. Terima kaih anim..ingat mengingati sesama kita...
    Benda yg baikkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tolong taip nota saja ain....heee
      bukan semua orang boleh dengar radio kedah kan?

      Padam
  2. salam kak anim..maaf kak, tapi hari ni 2 julai 2012 sama dengan 12 syaaban..kalau tengok bulan pun dah nak penuh..cemana ye..emm tapi saya pun lum google..tanya je kak anim terus ni..

    4 julai ke 14 julai?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq..tq..faiz. typing error...4 Julai (Rabu) sebenarnya

      Padam
  3. 4 julai kan. .

    awk jom la vote band sy ni. .jom laaaaaaaa

    BalasPadam
  4. tq sudi singgah n follow blog saya... WA ni dah boleh jadi "anak" saya..
    Aunty dah saya ni...mana le nak berband..band..heeeee

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai