TAKRIF SOLAT MENGHORMATI WAKTU
~ Solat fardhu yang didirikan seseorang yang tidak ada kemudahan @ kemampuan untuk bersuci atau berhalangan air. Memandangkan di dalam pesawat, masalah kemudahan air dan tempat adalah terhad. Tambahan pula persoalan keselamatan pesawat dan penumpang adalah diutamakan, maka Islam mengharuskan seseorang itu mengerjakan solat tanpa wuduk dan tanpa menghadap kiblat.
SOLAT DALAM KENDERAAN
~ Niatnya sebagai contoh: "Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala"
~ Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB MENGULANGI SOLATNYA apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk bersuci atau tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut masih ada.
~ Jika waktu solat itu sudah luput, wajiblah seseorang MENGQADA'KAN SOLAT tersebut.
PERLU DIINGAT, BIAR BETAPA SUKAR DAN SULIT SEKALIPUN, SOLAT TETAP TIDAK BOLEH DITINGGALKAN. JIKA TIDAK BERUPAYA MENUNAIKAN SOLAT DI DALAM KEADAAN BIASA, HENDAKLAH DITUNAIKAN SECARA YANG TERMAMPU OLEH SESEORANG
1. Duduk dengan menegakkan badan sambil memasang tali pinggang keledar di tempat duduk. Hendaklah dibuka kasut semasa solat kerana dibimbangi terkena najis. (Lihat gambar A)
2. Tidak perlu menukar posisi tempat duduk untuk menghadap kiblat kerana pesawat yang kita naiki itu sering mengubah arah, memadailah dengan berada di tempat duduk asal.
3. Niatkan solat yang hendak ditunaikan semasa Takbiratul Ihram.
4. Bacaan-bacaan dalam solat ini adalah sama seperti solat biasa.
5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat, iaitu dengan menundukkan kepala ke bawah sedikit serta badan dan kedua tangan diletakkan ke lutut. (Lihat gambar B)
6. Sujud pula peru dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk tanpa menggunakan meja makan atau menggunakannya seperti dalam gambar C.
7. Duduk di antara 2 sujud, duduk tahiyat awal, tahiyyat akhir dan memberi salam, adalah duduk seperti biasa semasa berada di tempat duduk pesawat. (Lihat gambar D)
~ Risalah ini diterbitkan oleh Pusat Maktamar Islam MAS(PMIM) & MAS Hajj &Charter Services dan mendapat kelulusan daripada Panel Kajian Syariah , Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM dan kerjasama Lembaga Tabung Haji ~
P/S Anim menaiki Saudi Airlines, so berkesempatan solat Subuh berjemaah di ruang solat berdekatan kawasan crew cabin menyediakan makanan (muat 6 orang) yang ditutup oleh tirai kain. Pramugari Saudi Airlines yang dok buka dan katup tirai untuk kami.. Tapi waktu Subuh saja dibenarkan kerana waktu lain menyulitkan pergerakan cabin crew menjalankan tugas penyajian dan sebagainya.
betulkan jika saya salah .
BalasPadamSolat secara duduk ,atas kenderaan , belakang unta boleh asalkan solat sunat. Solat wajib , kena berdiri jua
solat hormat waktu bukanlah bermakna telah mendirikan solat wajib . Once ada peluang , kena solat wajib semula.
Sdra Adam
PadamTak perlu berdiri walau pun ia solat wajib ketika solat diatas kenderaan.
yupp..macam tu juga pemahaman saya. bila ada peluang, wajib ulang semula.. wallahu'alam
BalasPadamSalam hormat tuan rumah..
BalasPadamPerkongsian yang bagus..
Tq sudi singgah
Padamha kak anim...
BalasPadamada satu soalan yang orang tak leh jawab. saya try ty ustaz Dr. Shukri pun saya tak dapat jawapan....
jeng jeng jeng...
kalau kak anim dan pembaca belog kak anim ada jawapan, bagitau cheq na...
okay, kalau kita dalam perjalanan naik pesawat berbelas2 jam.. g us ke UK, kadang, kita tak jumpa waktu solat.... ha percaya tak? ate camna nak solat?
dulu saya belajar, kalau tak sure waktu solat semasa dalam flight, ikut waktu solat tempat kita berlepas... contoh kalau flight dari KL kul 10 pagi, sampai ke destinasi 10 mlm waktu negara itu yang mana 3 jam awal dari kita, so kita boleh solat zohor dan asar ikut waktu KL atas flight selagi mana tak mendarat.
tapi ada satu kes, saya berlepas dari KL kul 8 mlm (okay lah sempat maghrib n isya d airport), tapi saya sampai destinasi (ausie) pada jam 6.45 pagi yang mana subuh negara tu dah habis i.e subuh dia pada kul 4.oo pagi... saya nak solat ikut waktu subuh malaysia, masa saya mendarat tu, malaysia masih pukul 3.00 pagi... cer advice, camna dan bila saya nak solat subuh? huhuhuhu.... saya keliru betul menda ne....
p/s; banyak benda baru saya belajar sepanjang saya berulang alik ke australia 2 tahun ne....
nak tahu niat solat hormat waktu dlm bahasa arab...boleh bantu
BalasPadam