Home · About Me · Sitemap ·

Maaf, tak berniat buat akak menangis!

Bapak ni...kat mana-mana disapa orang. Kat Safa Tower, ada yang datang bersalam dengannya. Kat hotel..sampai ke bellboy jadi kawan. Kat Jeddah Airport,  jemaah dari Indonesia ni menghampirinya dan bersembang macam dah kenal lama...

8 jam kami berada di Jeddah Airport. Alhamdulillah, segala urusan check in berjalan lancar. Penat duduk, kami berdiri. Penat berdiri, lepak, baring-baring di Prayer Area. Lepas tu...laparlah pulak. Makan le apalagi. Tak yah buat-buat terkejutlah time nak membayar. Dah nama airport, bukan kata KLIA saja, mana-mana pun sama. So, membayar SR 120 untuk 2 set nasi Arab yang dikongsi ber4 (MIL dan FIL berlaukkan ayam dan kami lak berlaukkan ikan) ...layan ajalah.

Yang teramat heran...tahun ni bawa duit sama banyak macam tahun lalu (SR3000 sahaja)...tapi Saudi Riyal masih banyak berbaki (walhal kali ni kalau makan , membayar untuk 4 orang). Ada dekat SR1000 dalam kocek beg....huhu.. Kalau orang lain dok perabih saki baki duit riyal tu kat airport, bagi Anim lak...udah-udahle tu bershopping.

Di dalam pesawat, Encik Suami duduk bersebelahan MIL dan FIL di ruang tengah. Anim pula duduk bersama 2 jemaah wanita segroup. Dapatlah berbual panjang dengan seorang kakak yang 7 tahun lebih tua dari Anim. Maklumlah....kat Mekah dan Madinah, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Jumpa dalam bas atau lif atau time makan pun hanya dapat tegur sepatah dua ayat. Tak sempat sembang lama.

Terkejut bila dia beritahu jemaah yang Anim sangka adik perempuannya itu adalah MADUnya! Anim sangkakan dia buat umrah bersama keluarga adik perempuannya. Yalah, anak kecil yang selalu diusungnya ke sana sini pun rapat betul dengan kakak ni. Mana nak perasan! Hebatkan... boleh p umrah bersama-sama. Dahlah tu mereka tinggal sebilik, makan semeja, ke mana-mana bersama.....

Dia menyatakan terkilan kerana kunjungannya ke Madinah kali ini (tak tahu yang ke berapa) dia tidak berpeluang mengunjungi Raudhah. Dia dan madunya ke Raudhah malam tadi (lepas Isyak), tapi jemaah terlalu ramai . Akhirnya bila dah terlalu lewat....mereka terpaksa mengalah. Dia ingat nak cuba lagi pagi tadi tapi dah awal bertolak keluar dari Madinah, tak dapat jugak. (Sebenarnya dia lah jemaah yang memberitahu Anim yang dia serik untuk ke Ladang Kurma dalam entry terdahulu).

Jemaah yang sorang lagi beritahu dia pergi dengan jemaah sebilik. Mereka ber4 dapat masuk ke Raudhah (dia dan seorang jemaah lagi first time buat umrah). Mereka membuat kepungan untuk membolehkan rakan sejemaah bersolat. Mereka keluar dari masjid jam 12 malam. Lapar dan letih jangan cakaplah....maklumlah, ada di masjid sejak Maghrib lagi.

Anim tak berniat nak tunjuk pandai, tunjuk alim..kakak di sebelah Anim tu pun lebih tua dari Anim. Lebih berpengalaman, mengenali Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wassalam lebih lama dari Anim. Anim buka bicara. " Kalau orang datang rumah kita kan kak, dia duduk, dia masuk dapur, buka fridge, minum air, tengok bilik kita.. Lepas tu, baru dia bagi salam. Mesti kita kata dia tak ada adab, betul tak kak?" . 

Tanpa menunggu jawapannya, Anim sambung lagi.."Kita tiba di Madinah, kita kata nak menziarahi Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam . Tapi sebaliknya berlaku. Kita dah masuk Madinah. Kita ronda  dulu, tengok kawasan sekitar, beli kurma, ambil gambar sana-sini...lepas tu baru kita nak ziarah Nabi, baru nak bagi salam kat Nabi. Beradab tak kita?" Dia menyelubungkan badannya dengan selimut yang tersedia di pesawat Saudi Airlines dan terdiam.

Nak saja rasanya menyambung tentang "Adab-adab Berziarah ke Madinah" dalam Ringkasan Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali yang dibaca:-

~ banyakkan berselawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam semasa dalam perjalanan
~ sebelum masuk Madinah, hendaklah mandi, memakai harum-haruman dan pakaian cantik
~ setelah masuk Madinah, hendaklah merendahkan diri sebagai penghormatan kepada Nabi.
~ setelah itu, terus ke masjid dan dirikan solat 2 rakaat berhampiran mimbar.
~ ziarah makam Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam dan memberi salam serta berdoa
~ kemudian mengucapkan salam buat Saidina Abu Bakar ash-Siddiq Radhiyallahu Anhu dan seterusnya mengucapkan salam kepada Saidina Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu Anhu
~ seterusnya beranjak ke Raudhah dan di situ dirikan 2 rakaat solat dan memperbanyakkan doa.
~ disunatkan berziarah ke makam para syuhada dan ke perkuburan Baqi serta menziarahi makam orang-orang terpilih.
~ kemudian pergi ke Masjid Quba' dan mengerjakan solat di situ.

Namun....tak sampai hati  bila Anim menyedari airmatanya berlinang. Sambil menyeka airmata  dengan selimutnya, dia bersuara, "Betul...betul kata awak  tu!"

~ THE END ~

P/S Teringin nak bersolat di Masjid Al-Aqsa ....

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Maaf, tak berniat buat akak menangis!"

  1. kak anim..susahnya nk jumpe isteri yg boleh terima mdunya dgn sebaik baiknya..dah la pi umrah sama2...kakak tu sebak agknya bile dgr org yg lebih muda dari dia nmpk lebih berpengalaman..dan mgkn dia rasa bersalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah fieda..keimanan dan kesabaran yang menyatukan kedua isteri itu..
      suka tengok depa..yang muda menghormati yang tua. yang tua...berlebihkurang dengan si muda (dia duduk dgn kami..madu duduk dgn suami!)..

      Padam
  2. Salam.........cuba kak anim ikut rombongan ustaz amin......dia selalu ke sana

    check blog ustazamin.com

    Norliza

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq liza..blog ustaz amin memang sedia ada dlm bloglist akak. cuba check.. dari situlah (wawancara dgn wardina) yg membuatkan hati membuak-buak untuk ke sana...

      Padam

Komen anda amat dihargai