Hampir 12 tahun Anim tak jejak kaki ke Cameron Highlands. Pemergian kali ini membawa Anim ke Strawberry Park Resort. Mula2 cuak juga, iyalah..resort ni antara yang terawal dibina di Cameron Highlands. Mesti perabutnya dah lama...dah buruk. Kami menginap di Tioga Suite yang khabarnya baru saja direnovate.
Bila masuk melangkah...kaki menyentuh lantai kayu berpolish kilat.
Antara living room dan bedroom dipisahkan oleh sliding door kayu. So, bolehlah kami tonton TV dari atas katil. Ini bedroom Ummi dan abah..anak-anak ada bilik berasingan.
Bilik air modennya yang dilapisi lantai granit.
Yang paling best.....pemandangan di luar balcony bilik. Itu ka Banjaran Titiwangsa haa? Anim ni tak berapa pandai dalam Geografi. Ni view tengahari dalam jam 1 p.m. Kalau awal pagi dan petang...tak nampak tu semua...tertutup dek kabus. Macam-macam yang difikirkan dan dimuhasabahkan sambil mendengar "bunyi hutan" di balcony ini. Syahdu sangat......
Tertarik nak share gambar (tak pernah wat dalam n3 sebelum) dan bukan juga berniat nak promo percuma...hihi. Tertarik sebenarnya dengan konsep "bilik kecil saja tapi nampak luas". Boleh apply konsep sama kat apartmen nih...
P/S Kalau selepas 12 tahun baru sampai CH lagi, alamat tunggu anak2 bawa kami 12 tahun akan datang pulak..huhu...
Bestnya...
BalasPadamX penah jemu p cameron..;)
AA_lain macam tengok CH sekarang...
BalasPadamjauh berbeza dgn 12 tahun lalu..