Home · About Me · Sitemap ·

Countryside Tour@Cameron Highlands

1st stop....of course, ladang teh di Sg.Palas. Ehem...kami sekarang berada di kawasan penggambaran filem "Ombak Rindu"

Pokok teh yang berusia lebih 70 tahun. Lagi lama teh ni lagi bagus. Pada zaman Maharaja China dulu, pokok teh yang berusia 1000 tahun hanya diminum oleh Maharajanya sahaja (masih ada lagi hingga la.... )

Pokok teh yang dah tua...ada 2 tiga batang di tepi jalan. Boleh tinggi cam tu kalau tak dicantas.

Tabiklah kat depa (terutama wanita) yang boleh memandu kenderaan sendiri di kawasan ladang teh ni. Buat kami....surrender.Tak beranilah...sungguh!!! Faktor usia dan kesihatan kot...

Sebab tulah kami memilih dibawa oleh kenderaan Strawberry Park Resort..Huhu....bukan free pun..

2nd stop...

Penerangan oleh kakitangan BOH, Irwan. Langkah kiri hari ini. Tak dapat lihat bagaimana kerja-kerja teh Boh diproses . Kami hanya dapat tengok mesin sahajalah. Cuaca tak menentu (hujan) menyebabkan pengeluaran daun teh terjejas. 3 petang...pekerja dah habis kerja. Mesin pun mesinlah...

Mesin-mesin  yang dibawa dari Scotland sejak 1935 masih digunakan sehingga hari ini. Spare part nya diperolehi dari India.

Jom pekena teh. Info dari Irwan....teh yang paling kasar tu yang paling baik kualitinya. Teh yang halus kurang kualitinya. Anim ni memang "cukup rajin" menapis teh...so lebih suka pakai teh uncang. Nampak gaya kena ubah tabiatlah. Balik pada yang asal. Bila merendam teh, pastikan lebih dari 2 minit sebab bila kurang dari itu...yang keluar hanyalah pewarnanya sahaja, bukan rasa teh. Gitu kaaa?

Kaw..kaw...minum teh o panas di sini..

Apataknya...tengoklah pemandangan di luar sana tu. Boleh berjam2 dok sini. Apakandaya....kena berangkat untuk ke satu destinasi lagi.

P/S Cerita fasal gegaran belum reda lagi. Pemandu van, pekerja hotel yang kami temui menceritakan tentang kejadian pertama kali gegaran yang dirasai di Cameron Highlands. Beberapa hotel di Cameron Highlands (bangunan tinggi) beralih kedudukan perabotnya..Hmmm...takut juga bila dengar...

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Countryside Tour@Cameron Highlands"

  1. Wahhh bestnya..sejuk tak anim kat sana tu..
    Dah lama tak gi sana...

    BalasPadam
  2. anim pun dah 12 tahun tak jejak..
    kami p ni musim hujan malam..
    sejuk giler..hihi

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai