Home · About Me · Sitemap ·

Kutemui mereka di hadapan Kaabah...

 
Masjid Nabawi yang dirindui....

Bila dapat berita ramai sahabat, sanak saudara dan kenalan hendak mengerjakan umrah bulan Mac dan Mei tahun ni...teringin pula nak bercerita tentang pengalaman umrah Mac 2011 yang belum sempat Anim kongsikan lagi.

Bertemu dengan mereka yang kita kenali dalam jutaan jemaah di Madinah dan Mekah merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Adik lelaki Anim sekeluarga yang turut mengerjakan umrah bertolak ke Madinah sehari lebih awal dari kami.Kami kemudiannya terserempak dengan dia sekeluarga sewaktu makan malam di Madinah dan sekali lagi ketika dia sekeluarga menjengok kami di hotel penginapan di Mekah. Tidak pernah sekalipun kami bertembung di Masjidil Haram mahupun ketika tawaf di Kaabah .

Begitu juga dengan Guru Penolong Kanan di sekolah Anim. Penerbangannya lewat 2 hari dari Anim. Anim sempat bergurau dengannya sewaktu bersalam-salaman dengan rakan-rakan setugas sebelum itu. "Cikgu, kita jumpa insya-Allah di Mekah nanti".. Dan selama 15 hari di Madinah dan Mekah, Allah tak izinkan kami berdua bersua.

Namun....Anim telah berjumpa dengan 2 insan di hadapan Kaabah yang belum sempat Anim kongsi di entry terdahulu...Siapakah mereka?

Insan pertama, seorang jemaah lelaki Indonesia. Dia menginap satu hotel dengan kami di Madinah. Selama 4 hari di Madinah..memang dah cam sangat muka jemaah ni. Bukan kerana apa...kerana sikapnya yang menjengkelkan jemaah Malaysia yang lain. Alkisah..setiap kali kami menunggu di hadapan pintu lift untuk naik ke bilik masing-masing selepas pulang dari masjid@dari dewan makan, hamba Allah ni akan terus meluru masuk ke dalam pintu lift yang terbuka walaupun ramai jemaah lain yang telah menunggu lama di luar pintu lift. Kami ni, punyalah sabar menunggu giliran. Yang tiba awal, tempatnya di depan. Kalau dah sah..sah kita lewat, eloklah berdiri di belakang. Tapi jemaah lelaki Indonesia ni tak kira. Pintu lift terbuka, dia terus menyelit. Pendekata...bukan sekali dua, malah berkali-kali hingga raut wajahnya cukup dikenali oleh jemaah Malaysia sehotel dengan kami. Ramai jemaah yang merungut akan sikapnya itu.

Bila kami berangkat ke Mekah, sudah berlainan hotel...taklah jumpa dia lagi. Satu hari di Mekah, Anim dan Encik Suami berpandangan sesama sendiri bila terpandang satu wajah yang cukup kami kenali di Madinah, insan yang pernah Anim mohon di dalam hati untuk untuk tidak terserempak dengannya lagi di depan lift di hotel...Ya Allah...Allah temukan kami ber3 di hadapan Kaabah....ketika dia selesai mengucup Hajarul Aswad!!

Insan kedua, seorang jemaah wanita, juga dari Indonesia. Dia, jemaah dari Jakarta yang Anim temui di Masjid Nabawi pada hari ke3 di Madinah. Satu hari di Mekah (tak ingat hari ke berapa)..sedang Anim bersiap-siap untuk melakukan tawaf, ternampak raut wajah seseorang yang melekat di hati Anim..Ya..Dialah orangnya! Jemaah wanita yang menunjukkan "jalan" untuk Anim menjejakkan kaki  ke Raudhah. Mana mungkin Anim terlupakan wajah ramahnya dan pesannya yang bersungguh-sungguh.

Masih tergambar lagi kata-kata Anim kepadanya ketika kami bersalaman sebelum keluar masjid Nabawi (dia akan bertolak ke Mekah waktu itu).

"Insya-Allah...ya mudah-mudahan kita berjumpa lagi di Mekah".

Masya-Allah...Allah ketemukan kami di hadapan Kaabah. Dia selesai menunaikan tawaf 7 pusingan...Anim pula baru hendak memulakan. Anim segera memegang bahu dan tangannya.

"Awak ingat saya lagi tak? Kita jumpa di Masjid Nabawi tempohari. Kamu bilang sama saya tentang Raudhah. Alhamdulillah...syukur...saya dapat solat di Raudhah. Terima kasih"

"Masya Alloh bu. Ya..syukur..kita ketemu lagi. Alhamdulillah..bu..alhamdulillah"

P/S Pertemuan bermakna yang diatur Allah...

Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Kutemui mereka di hadapan Kaabah..."

  1. ada jugak jemaah yg meluru masuk lift tak tunggu giliran yee.... memang kat sana kena banyak2x bersabar...

    BalasPadam
  2. Salam Anim,

    Bertapa besarnya kuasa Allah...kita ni hambanya,hanya mampu merancang ja...Allah jua yang menentukan segala galanya....

    BalasPadam
  3. kazman~rezeki dia dapat kucup hajarul aswad..kami tak berpeluang. insaf...

    BalasPadam
  4. k.ros~Allah maha berkuasa atas sesuatu...melihat sesorang yg kita kenali wajahnya dalam ribuan jemaah di hadapan kaabah dalam keadaan bertawaf..sesuatu yg luarbiasa

    BalasPadam
  5. macam2 perangai ya di sana...... risau pula kalau hati terdetik bukan2

    BalasPadam
  6. Saya masih ingat pd seotang pkcik yg sungguh2 nk bawa doa saya di depan kaabah..katanya sewaktu dia membacakan doa saya..pakcik itu melihat wajah saya d depan kaabah dlm keadaan tersenyum dan d tmpat2 yg trmakbul doa...apakah maknanya ya..mohon penjelasan drp mereka yg mengetahui...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai