Home · About Me · Sitemap ·

Belaghak keliling kampung pulak...

Acara berarak ("belaghak" kata orang Kedah) sempena Sambutan Maulidur Rasul pada mulanya dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran Jabatan untuk dijalankan pada hari persekolahan (tidak seperti tahun-tahun sebelum ni). Khamis pagi, bila mendapat kelulusan Jabatan(bersyarat)..tak buang masa lagi....anak-anak ini terus bergerak masuk kampung. (Kebenaran mengejut ni membuatkan anak-anak belaghak dengan berbaju sekolah sahaja).

 Sambil berselawat keliling kampung. Seronok masuk kampung...tak terasa penat. Dikelilingi pokok-pokokle katakan...

 Melalui sawah padi luas terbentang...ada yang sudah dituai, ada yang menunggu masa...

Setiap tahun.....inilah acara yang paling dinanti-nantikan....bukan saja anak-anak ini, malah Anim sendiri.

P/S Mengajar anak-anak mengenali Rasulullah SAW bukan setakat belaghak sambil berselawat saja...

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Belaghak keliling kampung pulak..."

  1. teringat masa kecik dulu...masa ni la murid seronok jenjalan.... kalau demam pun semangat nak ke sekolah juga...

    BalasPadam
  2. waa sampai ke luar sekolah berarak ye...meriah tu...

    BalasPadam
  3. kazman~masuk kampung, lalu tepi parit. kg kat johor kan banyak parit. teringat2 zaman sek rendah dulu

    BalasPadam
  4. sham~ tahun ni kurang ceria,belaghak tak berbaju kurung, berbaju Melayu, bersongkok!!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai