Rupa-rupanya walaupun di luar masih nampak belum siap...tapi di dalamnya sudah digunakan untuk bersolat. Mana mungkin dilepaskan peluang bersolat di sini. Tok Siak masjid cam dah orang Melayu Malaysia.."Malay...Malay" katanya. Masjidnya berlantai marmar tanpa karpet. Daun-daun pintu dan tingkapnya dari kayu jati .Sejuk suasana dalamnya.
Airmata tertumpah di masjid yang dibina atas wang sumbangan penduduk Muslim Krabi tanpa bantuan kerajaan Thailand. Menurutnya ada dermawan yang sanggup menjual tanah untuk pembiayaan masjid ini. Berasa diri ini begitu kerdil atas pengorbanan mereka menyerahkan harta benda kerana Allah. Dalam pada itu terasa beruntungnya kita kerana negara kita negara Islam..kebanyakan masjid dibantu oleh kerajaan.
Mereka menggunakan air bumi (ground water) dari telaga yang kemudiannya dipam naik ke tangki. Amboi...mentang2 le Cik Abe dia kerja bahagian air..hihi..fakta nih!
Mudah-mudahan berpeluang solat di masjid baru Ban Ao Nang, Krabi di lain waktu...insya-Allah
Singgah ke salah sebuah kedai pencetak T-Shirt bermutu tinggu , ada yang bersulam dan kainnya 100% cotton (tak ada tulang tepi). Peniaga-peniaga T-Shirt sekitar Phuket ambil dari kedai borong ini. Nama je kedai borong tapi boleh beli dengan kuantiti sedikit dan harga jauh lebih murah dari gerai T-Shirt yang berlambak di Phuket.
Diberi penerangan oleh tuan punya kedai, seorang Muslim Pattani. Kedai dia ni takde pelayan yang ikut kita sana sini...so kena briefing dulu. Walaupun tak berminat dengan T-Shirt bercetak Phuket ni niat membantu saudara seMuslim...belilah juga untuk anak-anak . Anim dan Encik Suami ni 2X5, kurang berminat nak beli T-Shirt yang bila dipakai...semua orang tahu kita p mana...hihi.
Sebahagian pekerjanya. Ramai pekerja bangsa Cinanya yang bercuti..CNY le katakan....
Lunch time...ke Marina Kitchen. Pelayannya bertudung dan berkopiah...
Menu Thai lagi. Kali ni...kepedasan tahap semua boleh makan....Tapi masing-masing dah slow sikit makan....Jemu kot..
Singgah solat jamak di Masjid Jabal Nur. Lantai marmarnya juga tak berkarpet.... Nampak kelibat jemaah tabligh dari India..
Kat sini juga guna ground water (air bumi) yang dikorek dalam tanah..dan dipam masuk tangki. Yang berbumbung tu rumah pam, yang biru tu digunakan untuk pam air masuk tangki. Tangki besar ada berhampiran. Bagus juga ada yang tahu fasal pam..pasal tangki..pasal ground water ni...Kalau takat ilmu cikgu (bukan orang lain, Anim sendiri) rasa-rasa...dipandang je tanpa rasa ingin tahu... Setidak-tidaknya kita tahu depa tak guna paip air macam kita.....
Shopping time lagi. Tak berkesempatan singgah di JPO (Johor Premium Outlet), Kulaijaya...singgah kat Phuket pulak.
Macam-macam imported brand ada...2 Abdul kecil dan 1 Abdul besar ni menuju ke satu kedai mainan. Dah sampai Phuket baru depa bagitau...Magic Trick depa yang dibeli di Krabi tertinggal di bilik hotel. Tulah..awat simpan dalam laci, manalah Ummi nampak.Minta belas ehsan si abah belikan mainan baru....
P/S Panjang dah N3.......jangan jemu baca...
Belum ada komen untuk "Krabi-Phuket Amazing Tour Day 3 : Airmata tertumpah di Masjid Ban Ao Nang.."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai