Home · About Me · Sitemap ·

Krabi-Phuket Amazing Tour Day 2 : Dinner di Restoran Terapung

Dibawa ke restoran terapung di Krabi untuk dinner. Tak tahu nama restoran. Ramainya pelancong Malaysia makan di sini. Semasa kami tiba...satu bas rombongan pelancong Malaysia turun...tu dia!. Sib baik Nan beritahu....dia dah buat tempahan makan awal.

 Elok kami tiba...satu persatu makanan tiba.

Lebihkurang sama je dengan kat Malaysia....cuma pedasnya ketara. Cili padinya diblend sama kot.. bukan diketuk2 cam style kita.

 Group Malaysia kat belakang kami ni tiba awal dari kami. Dah 4 jam menunggu katanya... Hmmm, tak tahule macamana gamaknya kalau kami order waktu tiba. Sudahnya....kami balik, depa tak sudah makan lagi.....
Lepas dinner, jalan-jalan area Ao Nang Beach (sambil tebar duit)...on de the way balik ke hotel. Plan kami...jalan kaki sajalah...kalau penat kita naik tuk tuk.

 Anak-anak tempatan yang mencari duit kocek....ni shuffle ke breakdance?

Berkenan ke Din? Dia ni setiap kali masuk kedai, ada aja yang berkenan. Dari sekecil2 barang...pun jadilah. Jangan takde langsung. Kalau tak muka muncung, merajuk. Tu belum nak bagi kawan lagi...

 Merata dijual...tengah hot kat movie ke sekarang? Kita ni bukan kaki movie..kaki TV, tak tau menda lah...

 Alamak...depa dah terperangkap kat sini. Si Joker "Magic Man" sudah tangkap 2 Abdul....

Kan betul...bila dah confirm beli, sudah bayar...dibawa ke tempat lain (tersorok) diajar untuk buat trick a.k.a magic show. Ooo..my 2 Abduls cukup happy ini malam...

 Penat jalan...berhenti kat satu gerai Muslim..pancake pisang dia memang sedap. Ramai Mat Sailors (Mat Salleh) berhenti order gak. Murah pun murah compared to other restaurants yang berlambak di kiri kanan. Depa pun jemu western food kot.. Memang payah nak cari makanan halal di restoran besar (tak yakin) area Ao Nang Beach melainkan di gerai-gerai kecil seperti ini . Waaa....lama tak minum teh tarik......

P/S Esok bertolak ke Phuket

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Krabi-Phuket Amazing Tour Day 2 : Dinner di Restoran Terapung"

Komen anda amat dihargai