Home · About Me · Sitemap ·

Bertaubat sebelum kapal menuju ke destinasi

Umpama anai-anai membuat sarang...jika dibiarkan lama-lama menjadi busut.Bila dah jadi busut..dah kuat, payahlah nak dimusnahkan. Itulah perumpamaan yang diberikan Ustaz terhadap dosa-dosa kecil yang kita lakukan.

DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR:-

1) Orang yang buat dosa kecil ni tak ambil kisah, tak rasa takut atau berdukacita apabila melakukan dosa kecil.

2) Orang yang melakukan dosa kecil ini berasa bangga dan seronok melakukannya.

3) Orang yang buat dosa kecil ini buat mudah dan beranggapan dia orang baik. Allah Maha Pengampun, Allah akan ampunkan dosa dia.

4) Orang melakukan dosa kecil itu secara terbuka, bangga dan dihebah-hebahkan apa yang dilakukannya di khalayak ramai. Sabda Rasulullah SAW:-

“Tiap-tiap umatku akan diampuni kecuali orang yang melakukan dosa terang-terangan. Di malam hari dia melakukan maksiat, namun di pagi harinya dia sendiri bercerita dan menghebahkan kepada oranglain, “Wahai fulan, aku semalam telah melakukan maksiat ini dan itu.” Padahal semalam Allah telah menutup maksiat yang dia lakukan, namun di pagi harinya ia sendiri yang membuka ‘aibnya yang telah Allah tutup.”[Muslim]

5) Dosa kecil dari orang alim dan diikuti oleh orangramai samada dari perkataan, perbuatan ataupun dorongan melakukannya. Bila pengikutnya bertambah ramai, dosa kecil itu akan menjadi dosa besar.

KENAPA ENGGAN SEGERA BERTAUBAT?

1) Kita menganggap seksaan itu lambat. Naluri manusia ni tidak takut kerana seksaan tidak disegerakan.Walhal masa tetap berjalan...hari pembalasan semakin menghampiri bukan semakin jauh..

2) Kita sukar tinggalkan keseronokan dan kesedapan dunia.

3) Kita menangguhkan taubat. Alasannya Allah Maha Pengampun. Nokhtah umur kita tak diketahui. Bila-bila masa kita akan dipanggil mengadapNya. Dibimbangi tarikh akhir kita datang tiba-tiba.

4) Dok rasa seronok..tak pa, Tuhan itu Maha Pemurah,Maha Penyayang. Tidak ambil kesempatan segera bertaubat. Mengharap keampunan dan rahmat Allah tanpa berusaha. Umur makin pendek, dekat dengan mati...Alangkah rugi dan menyesalnya kita nanti..

3 GOLONGAN DALAM KAPAL

Kehidupan manusia diumpamakan 3 golongan yang berada di dalam sebuah kapal yang sedang belayar menuju ke suatu destinasi. Kapal itu kemudiannya berhenti di sebuah pulau sebelum meneruskan perjalanan semula. Kesemua penumpang turun mencari bekalan masing-masing.

Golongan 1 ~ Golongan yang teruja dengan keindahan pulau yang disinggah. Seronok ke sana sini, terleka menikmati keindahan pantainya, pepohonnya . Tiba-tiba semboyan kapal dibunyikan tanda kapal akan belayar. Mereka tidak sempat mencari bekalan untuk dibawa naik ke kapal. Menyesalnya mereka...Sesungguhnya mereka benar-benar golongan yang rugi. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam Golongan 1 ini.

Golongan 2~ Golongan yang turut teruja dengan kehidupan pulau.Mereka terpegun dan terlena tetapi mereka kemudian sedar yang mereka sedang dalam perjalanan. Mereka kembali ke kapal tetapi sempat mencari sesuatu untuk dibawa naik kapal sebagai bekalan. Namun,hanya sedikit sahaja bekalan yang sempat dicari. Mudah-mudahan juga kita tidak di dalam Golongan 2 ini. Entahkan cukup entahkan tidak bekalan yang kita bawa itu...........

Golongan 3~ Golongan ini tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah mencari bekalan sebanyak yang mungkin, lantas mereka kembali ke kapal dengan membawa penuh bekalan. Mereka ingat bahawa bukan pulau ini yang menjadi tujuan mereka. Mudah-mudahan kita termasuk di dalam Golongan 3 ini.

 ~ Entry bersambung~

P/S Sumber dari ceramah Radio Kedah FM, Jumaat, 13/1/2012 jam 12.15 tengahari.

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Bertaubat sebelum kapal menuju ke destinasi"

  1. Pelbagai perasaan bercampur baur bila baca entry akak. mulanya ingin mendapatkan info ttg pekej umrah, hingga terbaca beberapa entry ttg tips umrah, hingga entry berkenaan neraka dan hari selepas kematian nnt. MasyaAllah.. betapa insafnya diri, dan berdosanya diri ni bila terfikir akan apa yang dah dilakukan sepanjang hidup di muka bumi Allah ni. cukupkah bekalan utk dibawa ke Sana nnt. terasa dibuka mata hati seluasnya utk bertaubat n terus perbanyakkan taubat. Alhamdulillah. terima kasih Allah, terima kasih kak anim atas entry2 tersebut. sy doakan akk dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.. amin.. mohon juga copy paste beberapa entry utk rujukan.. terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khusus buat PS..kak anim berikan mutiara kata Arab ini buat renungan (juga kak anim juga yang tak lepas dari dosa)..

      "Jangan merasa serbasalah untuk kembali kepada Allah walau sebanyak mana dosa dan kesalahan mengotorimu...
      Tuhan yang menutupmu sewaktu kamu di bawah bumbung maksiat...
      Pastinya tidak akan mendedahkanmu sewaktu kamu di bawah sayap taubat"
      Ya Allah...ampunilah kami

      P/s silalah copy paste mana2 yang bermanfaat..

      Padam

Komen anda amat dihargai