Home · About Me · Sitemap ·

Kena cop nama lah...senang sikit


"Sapa jumpa gunting Syazwan...Madam bagi upah 50 sen"

Baru 8 hari masuk Tahun 1..hilang pensil, hilang pembaris, tertukar beg, tertukar kasut...biasalah. Tak ada yang luarbiasa bagi murid Tahun 1. Tapi dah nak masuk 22 tahun mengajar ni...stamina cikgu dah tak segagah dulu. Cikgu tak larat nak check beg sorang-sorang, satu-satu...kadang2 bukan jumpa pon tambah2 bila si polan pun mengaku itu hak dia. Dah sama sebijik!!! (Lainlah ada ibu murid yang rajin...bubuh nama kat setiap peralatan tulis, beg dan pakaian anak-anak mereka).

So, tahun ini cikgu kena keluar modal sikit (janji taktik berkesan). Bila murid mengadu hilang barang, tak boleh tutup sebelah mata. Kena ambil action. Pertama, tuan punya barang hilang boleh melalak dalam kelas dan kedua, silap-silap masalah kecil bagi sesetengah kita ni kalau tak diselesaikan boleh timbul dalam mesyuarat PIBG..Haaaa, jangan tak tau!

Alkisah, bila pengumuman "rewards" diumumkan...maka berpusu-pusulah semua yang ada di dalam kelas bangun bergerak memulakan pencarian. Ada yang cari dalam bag, dalam laci meja, bawah kerusi, bawah meja, dalam bakul sampah, tepi almari, belakang pintu...dan beg cikgu jugak!!! (wei, melampau hang ni....takkanlah cikgu nak rembat gunting RM1 tu....)

Dan tak sampai 5 minit...jumpa dah gunting tu. Kat mana tau? Si tukang jumpa.. jumpa gunting tu dalam laci meja dia (tukang jumpa)!! Ada logik ka?? Cikgu guna ayat "psiko" ...takkan nak tuduh mencuri pulak kan. Beri contoh kat anak-anak tahun 1 ni..."Pandai awak cari. Macam polis lah"...wah senyum lebar sampai ke telinga!

P/S Ada ibu bapa yang rajin tulis nama kat 24 batang pensil warna...(Kita pun pernah buat masa anak pertama masuk sekolah....La ni, tak kuasa...hihi)

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Kena cop nama lah...senang sikit"

  1. Salam Anim,

    Memang pening kepala sungguh la.. sementara depa nak pandai jaga barang sendiri ni kan Anim.....

    BalasPadam
  2. k.ros..hari ke8, kotak pensil depa dah kosong!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai