Home · About Me · Sitemap ·

Bagaimana nak lakukan Solat Sunat Taubat


Sambungan entry Ceramah agama Radio Kedah FM semalam....

Cara nak melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat:-

1) Sebelum sembahyang, istighfar 70x.
Astagfirullah..boleh. Nak panjang lagi, Astagfirullahala'zim pun boleh....Nak panjangkanlah lagi istighfar -Astaghfirullahal ‘adzim al-ladzii laailaaha illa huwal hayyul qayyuumu wa atuubu ilaih pun boleh.

2) Boleh dilakukan bila-bila masa cuma bukan waktu tahrim (waktu dilarang) solat. Tiada jumlah yang khusus. Namun menurut Ustaz, waktu terbaik ialah pada tengah malam.

3) Sah solat sunat taubat sambil duduk (walaupun kita mampu berdiri) kerana ini ialah solat sunat. Namun sembahyang berdiri itu lebih baik dari sembahyang duduk.

4) Lafaz niat solat sunat taubat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala

5) Bacaan yang disyorkan selepas Al Fatihah:
i. Rakaat pertama : surah Al Kafirun
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas
@
i. Rakaat pertama : surah Ayatul Kursi 11x
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas 11x
@ ayat terpilih(yang paling baik)
i. Rakaat pertama : ayat 135-138 surah Al Imran
ii. Rakaat kedua   : ayat 110-113 surah An Nisa'

6) Sewaktu rukuk...lebihkan bacaan tasbih. Begitu juga sewaktu sujud. Kalau sebelum ini kita baca 3x sahaja..tambah jadi 11x.

7) Di rakaat ke2, sewaktu sujud akhir baca lah doa di bawah sebanyak 40x
 *Biarlah dahi tersentuh di bumi Allah dengan merendah diri, dengan rasa bersalah, mudah-mudahan Allah SWT gugurkan dosa-dosa kita"

8) Selepas salam, kita beristighfar dan berdoalah. Ustaz beritahu di bawah ini disebut Penghulu Istighfar (Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau). 

~ Wallahu'alam~

P/S Imam Ghazali kata, tanda hati kita sudah mula hitam, pertama, bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah. Kedua, hilang kemanisan beribadah dan ketiga, hati tak makan nasihat.

Artikel berkaitan:

69 Komen untuk "Bagaimana nak lakukan Solat Sunat Taubat"

  1. info yang sangat2 berhikmah, sangat bersyukur dapat panduan ini ya..syukran

    BalasPadam
  2. terima kasih ya ada geng bas sekolah including Pesona blog..syukran ada jg yg memb

    BalasPadam
  3. Pengetahuan yang amat berguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah, moga dapat kita praktikkan setiap hari sebelum kita lakukan solat tahajjud

      Padam
    2. Sy buat tahajjud dulu baru taubat

      Padam
  4. Nak Tanya Yang bacaan utk rakaat pertama Dan Yang kedua tu semuanya perlu 11x ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk cara ke2(ayat kursi dn surah al ikhlas) je kita baca 11x setiap rakaat. Cara pertama dan cara ke3 tu kita baca sekali je setiap rakaat. Wallahua'lam

      Padam
  5. mohon share ya saudara .

    BalasPadam
  6. As salam..iziinkan saya copy n paste..tqvm

    BalasPadam
  7. terima kasih atas info anda . . . .

    BalasPadam
  8. syukur alhamdulillah akhirnya saya temukan juga cara cara solat taubat yang mudah saya fahami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kita mencari sesuatu, kita minta pada Allah, insya-Allah , DIA lorongkan jalan buat kita

      Padam
  9. slm,smbhyg ni kne buat skli ke atau tiap2 hri...?n andai kte die buat lg dsa2 bsar slpas slat taubt n lme tnglkn adkah taubt nye dtrime kmbli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita ni manusia biasa dik, tak lepas dari kesalahan. jangan ingat dosa besar je kena taubat. dosa kecil kalau buat hari2, terkumpul jadi dosa besar. contoh org lelaki pakai seluar pendek, dosa kecil tapi hari2 dia pakai seluar pendek...camna cerita?

      hari2 kita buat solat taubat, baca surah pendek, kita istiqamah. 2 rakaat sahaja pun sebelum solat tahajud @ solat hajat @solat taubat sahaja pun boleh. kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.

      dlm pengetahuan kak yg cetek ilmu ni, taubat tetap DITERIMA selagi matahari tidak terbit dari arah barat dan selagi roh belum sampai ke kerongkong..Wallahua'lam.

      Padam
  10. Assalamualaikum...
    Maaf nk bertanye..mksd akk td sblm kte buat solat taubat tu kene buat solat tahajud @ solat sunat dlu ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. taklah semestinya. ada orang istiqamah buat solat taubat sebelum tidur. manalah tahu katanya, ajal menjemput waktu dia tidur. adakala sebelum tahajud, ada yg lakukan solat taubat..untuk ketuk hati sendiri. bila mampu menangis, kita rasa hati kita dekat sangat dengan Allah. so, boleh terus sambung solat malam yg lain.

      apakata..istiqamahkan buat solat taubat 2 rakaat dulu. bila dah jadi habit...kita dah terbiasa, bila tak buat rasa janggal. lepas tu baru buat solat malam yg lain. pelan-pelan..
      wallahua'lam

      Padam
  11. salam akk, nk tnye, kalau kita dh buad dosa besar. n lpastu kita dh taubat, tiba2 kite dpgaruhi smula dgn kgiatan dosa2 besar kerana dia yg mmbimbing kita ke jalan lrus, sdgkan hati kita terdetik rasa bersalah, adakah taubat kita ttap diterima ALLAH s.w.t? mohon diberi sdikit pgetahuan. terima kasih.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum, sy hamba Allah yg ingin bertanyakan 1 soalan. adakah org yg pnah melakukan dosa2 besar dan telah bertaubat, selepas itu dia dpengaruhi smula utk mlakukan dosa2 besar ats faktor pengaruh dan tdk dbmbing, walhal sudah terdetik rase bersalah di dlm hati. adakah taubat masih diterima oleh Allah s.w.t jika dibuat kerap kali?? mohon diberi ptnjuk dan sdikit pgetahuan. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TN, Bertaubat dpd dosa adalah satu kewajipan. Sekiranya dosa yg dilakukan itu brkaitan dgn hak Allah, bukan dgn hak manusia, maka taubatnya ada 3 syarat:
      1)perlu berhenti terus drp terus lakukan dosa itu 2)perlu menyesal krn melakukan dosa itu 3)perlu bertekad tidak mengulangi dosa yg sama pd masa akan dtg (Kitab Riyadus Solihin).

      Dlm kitab yg sama jga, Nabi SAW menjelaskan "Pada waktu malam, Allah Taala membuka tanganNya bagi menerima taubat orang yang melakukan kesalahan pd waktu siang dan pada wktu siang membukakan tangan-Nya bagi menerima taubat orang yg melakukan ksalahan pd waktu malam. Begitula keadaannya terus menerus sampa suatu masa apabla matahari terbit di sebelah Barat. Apabila itu terjadi, tidak lagi diterima taubat sesiapa pun"

      Seoga dapat membantu TN. wallahua'lam

      Padam
  13. Assalam. Yg baca 40x semasa sujud terakhir tu, syarat sah ke? Boleh x berdoa Sendiri dlm hati?

    BalasPadam
  14. Itu doa dari jumhur ulamak yg elok kita baca. Kalau kita perhatikan dlm kebanyakan buku2 solat sunat, doa yg kita baca 40x semasa solat sunat taubat ini juga adalah doa taubat yg dibaca oleh nabi yunus a.s semasa beliau berada dalam perut ikan. Sebenarnya bacaan doa itu ikut kemampuan kita. Tak dapat 40x, buat sedaya mampu. Banyak kita baca, banyakkah pahala. Kalau nak doa sendiri dlm bahasa melayu ( dalam hati, tak boleh dilafazkan) tak de salahnya. Allah Maha Mengetahui..wallahua.lam

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum..mohon untuk share..:)

    BalasPadam
  16. Mohon share....terima kasih. Semoga Allah memberkati anda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila..mudah2an bermanfaat bagi mereka yg membacanya

      Padam
  17. Moga yg maha esa terima taubat kita semua..

    BalasPadam
  18. Salam, Ilmu yang manfaat.. berguna..mohon share yer..

    BalasPadam
  19. Salam .. Terima kasih dngn panduan ini bnyk berguna pada sesiapa juga yg ingin bertaubat .. saya harap semoga nnti lebih ramai yg ingin berkongsi tentang panduan agama ini .. terima kasih

    BalasPadam
  20. 6) Sewaktu rukuk...lebihkan bacaan tasbih. Begitu juga sewaktu sujud. Kalau sebelum ini kita baca 3x sahaja..tambah jadi 11x.
    ...boleh jelaskan lebih detail lg x..saya kurang jelas..semoga dapat m'bantu..thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa rukuk kita akan bc tasbih " subhana robbial adzimi wabihamdih" 3x. Begitu juga bacaan tasbih kita waktu sujud (3x). Ustaz sarankan bacaan tasbih yang sama semasa rukuk dan sujud itu kita lebihkan menjadi 11x. Semoga dapat membantu. Wallahua'lam

      Padam
  21. Selepas salam, kita beristighfar .. Berapa kali Kena Istighfar ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ada bertanyakan seorang ustaz tentang ini..jawapannya terpulang pada kita berapa kali nak istighfar (penghulu istighfar). wallahua'alam

      Padam
  22. terima kasih banyak... sangat2 membantu.. byak ilmu sya perolehi dr blog kamu.. semoga kamu sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah2an kita semua dirahmati Allah swt..Allahumma Aamiin

      Padam
  23. Assalam...nak tumpang tanya...sy ni smbahyang duduk atas bangku..krana lutut sakit..x blh lipat..jd mcm mane..kita kan kena sujud....lg 1..solat taubat ni...blh x kita bca doa dlm bahasa melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. solat ni solat sunat TN. Ikut kemampuan kita. kita mampu solat duduk, kita buatlah mana yg termampu. rasa saya sepertimana mereka yang uzur dan hanya mampu solat sambil duduk, kita menundukkan kepala tanda sujud (tunduk setakat mampu)walaupun dahi tak dapat jejak bumi.. mudah2an Allah tetap terima ibadah solat kita.wallahualam

      p/s setakat doa..dalam bahasa Melayu tak ada masalah. cuma bila dlm solat, jangan diperdengarkan. baca dalam hati

      Padam
  24. terima kasih ats pengkongsian ilmu yg diberi..semoga hidup anda diberkati Allah..sy ingin mntk izin utk share..:)

    BalasPadam
  25. Assalam... tima kasih diatas perkongsian... memang banyak membantu sy yang cetek agama ni. Cuma sy nk tya.. bacaan waktu sujud yg 40x tu kena bc dalam hati ke lafaz di mulut? Mohon pencerahan.. tima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua2 boleh selagi bukan dalam bahasa Melayu. doa itu adalah doa taubat nabi yunus dalam perut ikan, wallahua'lam

      Padam
  26. subhanallah...sangat2 membantu bagi aku yg penuh kejahilan..thanxx 1000x.;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah,,saya bukan mengajar tetapi berkongsi apa yang saya dapat:-))

      Padam
  27. Slm..nak tnya adakah perlu baca tahiyat akhir slepas sujud terakhir??

    BalasPadam
  28. As, salam sah ke solat sunat taubat kalau kita xbaca doa taubat

    BalasPadam
  29. Salam.
    Info yang bermanafaat. Selalu bila buat solat ini, memang semak dulu kat mana-mana blog. Hari ini termasuk blog Anim. Syukran kerana sampai ke blog ini.

    BalasPadam
  30. Assalam..kalau kita nak buat solat sunat taubat kita hanya baca sekali je kan surah al kafirun pada rakaat pertama dan sekali je baca surah al ikhlas pada rakaat kedua kan..

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum, nak tanya, kalau tak baca penghulu istighfar tu sah tak solat? Yang lain semua dilakukan sempurna termasuk bacaan 40 kali selepas sujud, kecuali penghulu istighfar je. Sah tak solat? Terima kasih, jazakallah khairan kathiran :)

    BalasPadam
  32. Terima kasih artikel panduan solat sunatnya, sangat lengkap dan jelas.

    BalasPadam
  33. terima kasih infonya ni ... slam kenal saya dari indonesia ..singgaah ke blog saya juga donk

    BalasPadam
  34. Terima kasih...sgt2 membantu..moga kita semua diampunkan atas segala dosa yang kita lakukan..dan semoga tuan tanah diberkati Allah ..aameen

    BalasPadam
  35. Terima kasih...sgt2 membantu..moga kita semua diampunkan atas segala dosa yang kita lakukan..dan semoga tuan tanah diberkati Allah ..aameen

    BalasPadam
  36. Sangat membantu saya yang masih terkial-kial ni, terima kasih atas perkongsian saudara . Semoga dirahmati dan diberkati Allah . Salam ukhwah :)

    BalasPadam
  37. tk. kerana membantu tunjuk ajar solat sunat taubat

    BalasPadam
  38. Terima kasih memberi ilmu yg berguna untuk bertobat izinkan saya mengunakan nya

    BalasPadam
  39. Terima kasih ilmu yg berguna buat diri kita semua

    BalasPadam
  40. nk salam satu kali ke dua kali? confuse aku kt buku tulis 2 rakaat dgn satu salam hah😩

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai