Home · About Me · Sitemap ·

Krabi-Phuket Amazing Tour Day4 : Jambatan Cinta Sarasin menjadi ingatan

Phuket ditinggalkan. Banyak persoalan yang berlegar di fikiran. Teringat tragedi Tsunami lebih 5 tahun lalu. Adakah kemusnahan Phuket waktu itu ada kaitan dengan bala angkara berleluasanya perkara mungkar di pulau terbesar di Thailand ini? Kemusnahan kaum-kaum yang ingkar yang diceritakan dalam Al-Quran seperti kaum Tsamud dan 'Aad bermain di kotak fikiran. Mungkinkan Phuket masih terselamat dibandingkan dengan 2 kaum tersebut kerana masih lagi kedengaran suara memuji Allah, masih ada lagi suara azan...masih ada lagi penduduknya yang mengingati Allah? Allahuakbar...

Perkara yang sama turut Anim utarakan kepada Encik Suami sewaktu bertolak balik dari Floating Village di Koh Panyee. Masya Allah, bagaimana perkampungan nelayan Muslim Thai di pulau yang lebih kecil dan berada di tengah Teluk Phang Nga Bay langsung tidak terusik oleh gelombang tsunami. Allah berkuasa atas sesuatu...manusia tiada daya dan upaya..

Pulau Phuket dihubungkan dengan tanah besar Thailand dengan jambatan. Jaraknya taklah jauh sangat. Kalau dok Sg Petani ni...macam ke Merbok sahaja. Jambatan ini diberi nama Jambatan Sarasin.

Menurut cerita Nan, ada seorang wanita yang bekerja sebagai guru berulangalik ke tempat bertugasnya dengan menaiki sebuah teksi. Dek selalu naik teksi yang sama, lama-kelamaan cinta mereka pun berputik. Bagaimanapun perhubungan mereka tidak disetujui oleh keluarga guru wanita tersebut. Iyalah, dia cikgu...bercinta pulak dengan pemandu teksi. Tak setaraflah...konon-kononnya. Akhirnya mereka mengambil keputusan nekad untuk sama-sama terjun ke dalam laut. Depa ni ibarat Romeo and Juliet versi Thailand lah...Sebab tulah Jambatan Sarasin ini turut digelar Jambatan Cinta Sarasin.

Balik kena ikut Krabi semula lah .... Terus ke Danok..Dah lewat. Jangan sampai sempadan tutup..

Perjalanan pulang....nenas banyak di tepi jalan.

"Tong kitar semula" depa...memang betul2 kitar semula dari tong2 cat....kreatif..kreatif.. Satu untuk tin, satu untuk kaca....

 Berhenti solat jamak di sebuah masjid dalam kebun getah di Krabi. Uzur dah masjidnya. Habis bocor siling masjid...

 Memohon sumbangan untuk dibina masjid baru..

Tiba Danok, berhenti dinner dulu sebelum kuar sempadan. Mana lagi...Nurlaila Tomyam Seafood la..

Selain menu ikan puyu kesom yang diminati...apalagi kalau bukan ikan puyu goreng berbawang ni la!

Nilah Nan yang bersama kami 4 hari 3 malam. Terima kasih kerana sporting dan "alert" akan waktu solat. Juga memastikan kelancaran perjalanan dan keperluan makanan halal kami terjaga sepanjang pengembaraan. Banyak yang kami belajar dari dia ~ seorang tourist guide, juga mempunyai kerja sampingan menjual kenderaan , memandu van@bas pelancong...serta yang lebih hebat, dia pernah menjadi calon pilihanraya dengan menubuhkan sebuah parti untuk Melayu Pattani. Malangnya dia tewas... "Saya tak ada duit nak tabur, kak"...

~ THE END ~

P/S Sukakan pengembaraan yang memberi makna kepada hidup..:D))


Artikel berkaitan:

Krabi-Phuket Amazing Tour Day4 : Floating Village@Koh Panyee

Destinasi terakhir..perkampungan terapung di Koh Panyee (Panyee Island). Sebelah hadapannya ialah deretan restoran terapung.

Jom lihat apa yang ada tersembunyi di dalam sana....

Penduduk Panyee Island seramai lebih 2000 orang kesemuanya beragama Islam. Teringat kunjungan kami ke Pulau Tuba tak lama dulu. Bezanya...penduduk Pulau Tuba tinggal di daratan.

Simple...tak banyak perabot di rumah masing-masing

Tandas awamnya ditabalkan sebagai "Best Public Toilet of the Year 2008"...memang bersih, licin berkilat.

Ni antara sumber pendapatan mereka.

Di bawa terus ke laluan bertanah (pesisiran pulau). Tak luas mana pun...Cukup untuk mendirikan bangunan kecil...

Masjid untuk penduduk Koh Panyee yang sedang dalam pembinaan...tanpa bantuan kerajaan Thailand.

Sumbangan pelancong untuk mendirikan masjid. Masa ke Mekah dulu, ramai kawan2 mengirim sejumlah wang untuk disedekahkan .Terkilan juga kerana tak dapat maklumat tentang pembinaan masjid2 di Krabi & Phuket sebelum berangkat. Alangkah baiknya jika Anim dapat buat collection dari kawan2 yang berhajat untuk membuat amal jariah di sini. Mudah-mudahan N3 Anim ini dapat membuka mata dikalangan readers yang berhajat ke sana @ sahabat handai yang akan kemari (boleh kirim kat depa!). Sambil berseronok, sambil beramal....setidak-tidaknya ada pahala yang kita tinggalkan.

 Kawasan perkuburan Islam di kawasan berpantai pasir yang terhad...

Uddin jumpa kucing bisu di sini...teringat kawan bisunya yang ditinggalkan di rumah.....

4 hari tak jumpa pisang goreng....apalagi..

Specialnya pisang goreng...digoreng bersama potongan daun pandan. Wangi dan rangup...

Nan kata belacan kat sini sedap...

Lunch di Panyee Muteara Seafood, Floating Village selepas ronda-ronda perkampungan terapung.

Adalah kelainan menu....ketam masak berlada

Tak tau ikan apa...bukan siakap macam 2,3 hari lalu

Kuih ikan pembuka selera. Nampaknya.....balik Malaysia tak lalu aah makan tomyam dalam seminggu dua.

Masa untuk pulang.....berpusu-pusu pulak pelancong lain tiba.Dan bertambah terkejut bila lihat line panjang bermeter2 pelancong tunggu boat di jeti....

P/S Schedule asal...singgah Hatyai on the way balik...

Artikel berkaitan:

Krabi-Phuket Amazing Tour Day 4 : Phang Nga Bay..pusing James Bond Island

Terbangun bila mendengar azan Subuh dari masjid berhampiran. Sayu dan sunyi suasana dinihari... Mat Salleh lum bangun, entah pukul berapa depa berpesta sakan di Phuket. Selepas check out, cari tempat nak minum pagi (Komaree Mansion tak sedia breakfast)

Nan nak bawa kami ke kampung pewaris generasi ke7 keturunan Mahsuri, Wan Aishah di Kamala.So, cadangan dibuat untuk bersarapan di area sana. Alamak...laju pulak Nan ni, sempat lalu je, tak sempat snap. Konon-konon nanti patah balik untuk snap foto Kampung Tambon, Kamala (kejar masa...tak sempat jugak).

2,3 kali van dipandu Nan berhenti di gerai makan. Ada makanan menarik, tapi tak sedia meja makanlah (orang beli bawa balik), ada kedai cantik tapi makanan tak umphh lah. Sudahnya kami berhenti di sebuah gerai makan kawasan kampung suami Wan Aishah di Bang Tao (kalau tak silap dengar). Wan Aishah kan kahwin dengan orang sebelah kampung aja. Kampung suami dia pun jadilah...hihi.

Depan kedai makan, ada penjual sandwich berpurdah. Jual sandwich tuna plus telur. Nak makan...baru buat. Ni memang favourite Uddin...p order...

Ummi cross jalan cari kuih muih. Cik abang ni boleh berbahasa Melayu sikit-sikit walaupun payah. Kami berada di kawasan perkampungan Islam. Seronok banget...

Lepas makan, si Uddin mulalah buat muka "sakit". Biasalah dia ni, lepas makan..buang. Lepas makan.. buang.Lepas tu lapar balik. Ternampak masjid "The Darul Ehsan Mosque" bertentangan kedai makan . Jomlah bah.. kita p temankan dia..

Elok lipat telekung yang digunakan, terdengar suara nyaring yang menyentap kalbu di sebalik tabir kayu. Naik bulu roma Anim. "Ni suara budak.....". Rakaat pertama dia baca Alfatihah + Qul ya.. Rakaat ke2 dia baca Alfatihah + Alam nashroh (kalau tak silap). Bacaannya jelas, tajwidnya kena..Di akhir solat...dia berdoa. Tak de tergagap2...lancar. Ralit Anim memerhatikannya. Suara datuk di sebelahnya tidak kedengaran langsung. Suara dia yang memecah keheningan masjid pagi itu.

Nilah si cilik (usia dalam 4@5 tahun) yang Anim maksudkan. Menurut datuknya, dia ni hafiz. Aduh.... sejuk perut si ibu yang mengandungkannya. Bertuah Anim jumpa dia pagi ini...Syukur...

Idea bagus untuk ditiru oleh pihak masjid kat negara kita. Yang biasa nampak kat Malaysia.."Tabung Masjid", "Sumbangan untuk Masjid", "Sumbangan bil eletrik dan air"... Rasa-rasa kalau Bank of Allah...lagi bersemangat nak masukkan duit dalam bank ini.

Pagi kami dah tiba jetty. Orang tak ramai lagi.

Depan kami ada 2 group menunggu long tail boat. Tak sampai 5 minit berdiri...

Satu long tail boat tu leh masuk 10-12 orang kot...

Menuju ke Phang Nga Bay...ada 2 tempat nak p. Pulau James Bond dan Koh Payee. Subhanallah... memang cantik pemandangan menyusuri Phang Nga Bay yang kehijauan airnya. Semua terdiam memerhatikan keindahan ciptaan Allah...

Kami ronda ke James Bond Island ni. Tak berhenti turun...lihat wall printing dia yang dikatakan berusia 8000 tahun. Masa tak mengizinkan..kalau turun, budak2 ni sure nak main air. Hari ni last day...(Next trip okey...)
Depa gelar "botol Pepsi terbalik". Dulu Pulau James Bond Island ni dikenali sebagai Pulau Paku(Nail Island). Agaknya kalau bukan Roger Moore,si James Bond beraksi pada tahun 1974 filem "The Man with the Golden Gun" agaknya tak delah pulau ni jadi major tourist attraction...huhu

Ramai tourist dok bawah gua tu...jom tengok apa depa buat...

Sempat lagi si penjual air kelapa ni cari rezeki...Bijak...bijak...

Best...best....berkenu. Jangan risau..ada tukang bawak

Menuju ke last destinasi...Koh Payee..ada perkampungan Islam di sana.

P/S Tak cukup semalam di Phuket..

Artikel berkaitan:

Krabi-Phuket Amazing Tour Day 3 : Malam di area Patong Beach

Dari bilik penginapan kami...ternampak kubah masjid dalam jarak 500m. Azan Maghrib jelas kedengaran. Tak dapat nak gambarkan perasaan di dada mengenangkan adanya masjid berdekatan dengan kawasan yang dipenuhi pelancong Barat.

Dibawa ke gerai Kusuma Seafood di laluan sibuk menuju Patong Beach. Dan sekali lagi..Nan bertindak pantas buat tempahan makan sebelum tiba. Makanan sudah tersedia sebaik kami turun van. Kata Nan, minggu lepas seorang tokoh politik pembangkang Malaysia makan di sini bersama ahli keluarganya. Ho..ho..tak berani letak nama dia di sini.

Atas permintaan anak-anak yang dah jemu menu ikan, menu kali ni berasas udang, ayam dan daging. .

Baru hari ni dapat pekena teh tarik (yang manissss). Depa letak gula gak ke? Kat Thailand ni, depa guna "black tea"...nampak hitam pekat teh o panasnya...

Terkejut plus tersangat gembira bersua teman sekampung di Pt Yaani, Maizura yang turut bercuti bersama ahli keluarganya. Dia berkonvoi 3 kereta dari Batu Pahat. Sapa sangka...kami bersua di Phuket!!! Lupa nak bergambar dengan 4 anak daranya...2 darinya juga merupakan bekas anak murid Anim 5@6 tahun yang lalu.Bila Mai cerita dia ke Phi Phi Island..wah berkobar-kobar nak masukkan dalam list trip akan datang...huhu (Gambar disnap oleh Uddin...haiyaa..blur semacam)


Lepas makan, Nan turunkan kami di hadapan Hard Rock Cafe, Phuket. Tujuannya...biar kami dapat jalan-jalan cuci mata balik ke bilik penginapan. Suruh dia ambil boleh (telefon)..naik tuk tuk pun boleh.


Mat Salleh ni dok sini bukan 4,5 hari macam kita..ada yang berminggu dan berbulan! Minum depan public..perempuan..bebas buat apa sahaja asalkan depa tak ganggu ketenteraman awam.
 

Dahle tu...moh kita balik. Bagus juga anak-anak request naik tuk tuk. Murah je..30 Baht satu kepala.

Bukan apa...mak anak yang terlebih xcited naik tuk tuk...Aduh...bukan main laju, menyelit-nyelit lagi.

P/S  Kita dapat mengawal dan membentengi anak-anak bila mereka ada berdekatan kita.. Bagaimana nanti bila mereka ingin terbang sendiri ? Dapatkah kita menjaga dan mengawasi mereka setiap saat dan ketika?Itulah yang dirisaukan....

Artikel berkaitan: