Home · About Me · Sitemap ·

Cobaaaaan...

Encik Suami ke Ampang tengah hari tadi. Kalau tak kerana anak-anak yang masih "berpantang"...sure dah pack semua baju dalam beg...IKUT!!!  Maklumlah kuar daerah 3 hari. 

Risau juga jaga 2 Abdul yang masih belum sihat sepenuhnya ni sorang2 di SP. Part ni paling sedih bila jauh dari family dan sanak saudara. Sejak semalam si abang mengadu gatal di "anu"nya. Nak kata salah makan, seafood, susu, milo, makanan bersantan tak ada dalam menu sepanjang minggu ini. Menu ayam semalam pun dibuang kulit. Kata orang, itu tanda nak cepat baik. Entahlah....naik kesian pulak kat dia.

Sempat membelikan Mem karipap sardin untuk berbuka petang nanti sebelum bertolak. Aikk..tengahari buta ni mana dicari.  "Walaupun abah tak dapat pahala puasa...abah nak pahala bagi orang puasa makan"

Sebelum bertolak tadi dah pesan, "Jangan lupa bagi air gamat malam nanti kat anak-anak"
Air gamat yang dibeli di market Taman Ria ni tak macam yang pernah diminum sebelum2 ni. Kalau diperhatikan...air gamat ni jernih kerana melalui proses "penapaian". Rasa macam air laut...masin2. Better lah rasa dari air gamat sebelum2 ini. 2 Abdul pun taklah susah sangat nak bagi minum. Kesannya, nampak cepat kering luka di "anu" mereka ber2.


"Ummi....nak mandi. Rimaslah..gatallah badan"

Walaupun Bonda dah pesan, "anu" depa jangan bagi kena air . Tapi experimen Encik Suami menggunakan 2 benda ni berjaya menjadikan "anu" depa kalis air waktu mereka mandi. Hahaha...cubalah fikir sendiri macamana nak menggayakannya..

P/S Menanti Bonda mai dari Kluang. Maklumlah....Bonda ada pengalaman jaga 7 anak lelaki.

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Cobaaaaan..."

  1. anak Pn. baru lepas sunat ya...moga cepat lega.

    BalasPadam
  2. memang kami kena belajar ni jaga anak yang lepas berkhatan ni...

    BalasPadam
  3. shaiful..jalan 2 sekali
    senang nak jaga..

    BalasPadam
  4. kazman..kena pantang makan tu le yg depa protes!!!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai