Home · About Me · Sitemap ·

Amalan yang disarankan pada 10 Muharram


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, baginda SAW mendapati kaum Yahudi puasa pada hari Assyura. Ketika ditanya tentang itu, mereka menjawab;

“Hari ini adalah hari Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dan kaum Bani Israel dari Fir’aun. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. 

Maka sabda Nabi SAW; “Kami lebih berhak terhadap Nabi Musa dari kamu”. Nabi SAW kemudian menyuruh sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. (Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Muslim, Abud Daud, Ibnu Majah dan Al-Tirmidzi)

Dalam hadith yang lain, Ibnu Abbas berkata:  Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari 'Asyura dan memerintahkan para sahabat turut berpuasa pada hari tersebut, mereka berkata:

"Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani"

Maka Rasulullah SAW berkata: "Pada tahun hadapan, insya-Allah, kita akan berpuasa pada hari ke9."

Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. (Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud)

* Tarikh 10 Muharram @ hari 'Asyura ('Asyura bermaksud 10), maka disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram untuk membezakan di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Menurut Ustaz di Tanyalah Ustaz TV9 tempohari, kalau tak dapat puasa pada 9 Muharram..bolehlah digandingkan puasa 10 Muharram itu dengan puasa 11 Muharram.*

Nabi SAW turut menganjurkan mengusap kepala anak yatim pada hari 'Asyura. Fadhilatnya, maka Allah SWT akan meningkatkan darjat kita mengikut setiap bilangan helai rambut anak yatim tersebut.

Jika anak yatim itu ahli keluarga kita maka usaplah dari depan ke belakang. Bagaimanapun jika anak yatim itu bukan ahli keluarga kita maka usaplah dari belakang ke depan.

~ Wallahu'alam~

P/S Sumber dari ceramah agama Radio Kedah FM, 97.5 MHz

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Amalan yang disarankan pada 10 Muharram"

  1. salam kenal..

    saya nya tak boleh pose lahh..cotiii..

    BalasPadam
  2. salam kenal juga..
    tq yan kerana sudi singgah
    apa nak buek...tule org "puan"

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai