Dari google
"Mak dah sampai ni, Anim tunggu kat mana?"
Laaa...dah lebih setengah jam Anim dan anak-anak tunggu emak kat bus station SP sementara . Anak-anak yang berkain pelekat tu diangkut sekali (tak percaya tinggalkan ber2 di rumah)
Mata melilau-lilau juga melihat bas ekspress yang baru tiba.
Dah telefon adik di Bangi yang menghantar emak tadi...AB Ekspress, bas 2 tingkat.
Tak nampak pun...
"Anim dah tunggu setengah jam kat sini..tunggu depan kedai majalah...tak nampak pun bas emak tiba"
"Bas tu tak turun bus stand. Dia turun depan kedai. Tak pe...nanti emak cari Anim"
Belum sempat Anim mintak dia tunggu di tempat dia..panggilan terputus.
Bila call balik....tak de jawapan. Alamak.....macamana ni..Risaunya..
Anim ke kaunter bas yang ada di situ.
"Saya tunggu AB Ekspress dari Kajang. Kata dah tiba, kat mana dia turunkan penumpang?"
"Bas tu tak masuk sini kak. Dia berhenti kat taxi stand lama"
Haaah...Anim menunggu salah tempatlah. Jarak dari bus stand sementara ni ke taxi stand tu adalah dalam 250m. Nampak tak jauh...tapi ada lintasan keretapi di situ dan 2 traffic lights.
Sepantas kilat Anim memandu ke taxi stand lama tu. Nasib baik tak de train melintas.
Emak masih gagal dihubungi.
Rasa bersalah pula ajak dia mai SP dengan bas seorang diri.
Macam-macam yang terlintas di fikiran. Warga emas...64 tahun...peramah orangnya...mudah percaya kat orang..Ya Allah...bantulah aku...
Anim terus memandu masuk ke kawasan bus/taxi walaupun arahan terpampang jelas
"Hanya bas dan teksi sahaja dibenarkan masuk"...
Oooo...cari emak ooo...tak peduli dah...
Tiba-tiba terlihat susuk tubuh seorang wanita warga emas melambai ke arah kereta Anim sambil menyorong beg.
"Ummi..tu nenek tu.."
Alhamdulillah...tanpa disedari...airmata kesyukuran mengalir di pipi.
kalau kami pun cemas bila hilang mak kat tempat tunggu macam tu...
BalasPadamkazman~ bandar kecil pun bkn leh percaya sangat...
BalasPadam