2 Abdul request roti canai for breakfast. Dek kerana Bonda ada, panjanglah langkah kaki meninjau kedai makan area SP ni. Untuk Bonda , nak carikan pek nga bersama gulai termenung berdekatan Swiss Inn.
Roti jala, pek nga...panas-panas.. Masak atas permintaan
"Pek nga 3 bungkus dik, gulai ikan"
Ish, mana nak duduk ni. Lama nak tunggu nampaknya. Takkan nak berdiri je. Pekena sekeping panas-panas orait jugak. Tapi..meja penuh dengan kaum Adam. Ternampak seorang wanita bersama anaknya duduk bersarapan..pek nga juga bersama gulai ikan.
Anak lelaki Sofea...
Dia tersenyum mengangguk lalu mencarikan sebuah kerusi untuk Anim...baik sungguh. Wah..ada port ni, apalagi...orderlah.
"Pek nga tadi bungkus 2, satu makan, gulai ikan, teh o panas"
Haah, kita pun apalagi...mulalah bercerita tempat makan sana sini sinun. Sedikit sebanyak..terdedahle rahsia kita ni (blog ada cerita fasal tempat makan kat Kedah)....I ni bukan boleh mula buka mulut...
Lagi-lagi dia pun asyik tanya ini itu...terfikir juga, dia ni wartawan ke??? Entah macamana...tercerita fasal itik (eh eh...itu pun nak cerita makcik oi?...hihi) Tentang satu kedai makan di Titi Serong yang hidang masakan itik..(amboi, kita pun lum sempat rasa).
Bila dia tunjuk minat, Anim pun pelawalah dia ke kemduri doa selamat bersunat 2 Abdul di rumah kami esok. Anim bagitau, kami korbankan itik yang kami bela.
Rasanya dia terkejut dengan pelawaan spontan Anim itu....kerana dia menjawab,"Betul ke kak?"
Yang buat kami tergelak sama bila katanya dia tak boleh berjanji sebab kampungnya jauh di Alor Setar. Insya-Allah, kalau datang pun bukan kerana itik, tetapi silaturrahim.
Anim pun bagi plan nak ke rumah dan bertukar-tukar no.telefon. Dah kenyang perut, baru tau namanya Sofea dan dia pun baru tahu nama Anim.
Bila minta diri nak pulang, TERKEDU plus TERKEJUT bila dia bersuara..."Kak perasan tak Soffy yang komen blog akak dulu?"
Haaah...
"Lama saya tak buka blog akak. Laptop saya masalah. Tapi saya menangis bila baca n3 akak tentang akak p Mekah tu"
Masya-Allah, memang ada terperasankan komen Soffy dalam 2,3 entri tapi Anim tak tahu siapa dia. Follower pun tidak, empunya blog lain pun tidak. Dia ni silent reader..
Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa....Anim diketemukan dengan Sofea hari ini. Gara-gara ingin menumpang duduk di mejanya ..kami memulakan perkenalan dan akhirnya...rahsia terbongkar...rupa-rupanya...."hubungan" kami telah terjalin berbulan lama sebelum ini.
Allah pertemukan kami pagi ini...di Sg.Petani menikmati hidangan yang sama, berkongsi meja, berkongsi cerita.
Menurut Sofea, sewaktu Anim melangkah masuk ke kedai, dia sudah terperasan macam pernah nampak kakak ni.Kemudian bila Anim minta izin duduk di meja nya, dari cerita Anim...akak ni suka makan-makan, tau tempat makan....dia agak ni mesti Kak Anim. Dia tak terus tanya sebab "nak dengar cerita" Anim dulu. Ooo..patut macam wartawan...nakkan kepastian rupanya..
P/S Alhamdulillah...Allah gerakkan hati kami ber2. Silaturrahim kami terjalin hari ini. Insya-Allah..mudah-mudahan diizinkan Allah berjumpa lagi..
subhanallah, kak... cantik sungguh aturan Allah... naik bulu roma membacanyer...
BalasPadamayu~benar, sampai la kak macam tak percaya..namun Allah Maha Mengetahui.. dipertemukan kami secara tak sengaja
BalasPadam