Salam 5 Syawal.
Salam juga buat mereka yang telah mula berpuasa 6.
Saya je tak mula lagi...musafir lah katakan!! Insya-Allah...balik SP esok....kita pulun!!!
---------------------------------------------------------------
Semalam, berkonvoi bersama adik yang membawa emak dan abah ke KL. Emak dan abah nak hantar (airport je) adik bongsu pulang ke UNIMAS, Sarawak. Untung jadi anak bongsukan?
Pada awalnya kami merancang transit di rumah adik di Rawang dan bertolak pulang ke Sg Petani selepas Asar. Bila dah bersembang...anak-anak pun leka bermain bersama sepupunya...MALAS lah pulak. Esok sajalah kita balik bah...
Malam...kami beraya ke rumah bapa saudara di Shah Alam yang tidak pulang beraya di Johor.
Sudah hampir 3 tahun arwah ibu saudara meninggalkan kami semua. Bapa saudara masih bersendirian. Kedua-dua anaknya masih menuntut di kolej.
Namun begitu...kehadiran kami...anak-anak saudara, cucu-cucu, kakak dan abangnya....tetap diraikan dengan masakan dengan air tangannya sendiri (walapun dia sendiri berpuasa sunat.....)
Sambal ikan bilis....walaupun berair mata dan hidung kerana kepedasannya.....laju kami makan....
Serunding ikan dibuat sendiri...
dan biskut-biskut hasil tunjuknya yang sedap-sedap belaka (Malu I jadi orang perempuan.....)
Fruit tart comel ni katanya RM35 sebekas (50 biji)
Tart nenas yang umphhhh....
Ini saja yang tinggal setelah diserbu dengan kami....
Belum ada komen untuk "Raya Rumah Bujang..."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai