Syawal ke2, Anim dijangka akan menghadiri Perhimpunan Bani Maasom yang diadakan buat pertama kalinya di kediaman anak lelaki sulong Allahyarham Hj Maasom di Pt Yaani, Yong Peng. Perhimpunan ini bertujuan untuk mengumpulkan dan memperkenalkan kesemua generasi 9 anak-anak Allahyarham Hj Maasom bersama Allahyarhamah Hjh Safiah.
Sejak awal lagi...keinginan berkobar-kobar untuk turut serta. Rindunya bertemu dan bertanya khabar akan sepupu-sepupu yang pernah bersama-sama bermain. Tertanya-tanya akan perubahan diri masing-masing
Sejak awal lagi...keinginan berkobar-kobar untuk turut serta. Rindunya bertemu dan bertanya khabar akan sepupu-sepupu yang pernah bersama-sama bermain. Tertanya-tanya akan perubahan diri masing-masing
Alfatihah buat arwah atok dan nenek
Apakandaya.....dah namanya raya.. KL sunyi sepi...kampung pulak yang meriah. Perjalanan dari rumah MIL di Kota Tinggi ke tempat majlis berlangsung sepatutnya memakan masa 2 jam (150km)...Majlis ini bermula jam 10 pagi. Sempat menghubungi adik, Bonda dan kak long sepanjang majlis.
"Kami terperangkap dalam jammed tak bergerak di Sri Lalang sebelum Air Hitam..."
Abah (gambar ihsan ) memberikan ucapan sebagai wakil Bani Rahmat. Dengar cerita abah introduced kesemua 11 anak-anaknya (Bani Rahmat) . Sayang sekali Anim masih tak tiba-tiba lagi.
"Cepat sikit Nim...lepas ni ada acara dijalankan.Makan kat sini. Jangan singgah mana-mana. Terus ke mari" .
2,3 kali juga emak menelefon memberi arahan.
1.40 tengahari, kami masih berada di jalanraya tak bergerak. Ambil keputusan berhenti solat di sebuah masjid di tepi jalan. Lagipun dah jam 2. 2 Abdul pun mengadu lapar. Hampir 3 jam lebih dalam kenderaan...perut minta diisi..
Tak sangka berdekatan masjid ada gerai asam pedas (gerai kampung) yang dibuka pada Syawal ke2.
Soalan pertama Encik Suami, "Lauk apa ada?" kerana tak nampak apa-apa pun di depan gerai)
Soalan pertama Encik Suami, "Lauk apa ada?" kerana tak nampak apa-apa pun di depan gerai)
Jawapan peniaga "Duduk dulu. Nanti saya tengok". Pelik sikit dengar jawapan.
Asam pedas kepala tilapia . Actually, kami tak pesan apa-apa.Itu yang diberi peniaga. Satu menu sahaja. Ikan tak boleh pilih...nasib pelanggan lah..apa yang dibawa dari dapur. No sayur, no lauk lain. Kena bersyukur kerana kedai makan lain manalah bukak. Baru raya ke 2, beb.
Sungguhpun begitu, masya-Allah, ramainya orang menanti giliran untuk duduk. Bayangkanlah ...jalan jammed, tengahari buta...kedai makan banyak tutup... Agaknya kalau si peniaga tu hidangkan nasi berlaukkan ikan bilis goreng pun, pelanggan tak banyak soal!!
Elok menikmati hidangan tengahari kami bersama telur dadar (permintaan kami yang ditunaikan, terima kasih) hp berbunyi ..
"Anim....majlis dah nak tamat. Dah upacara menyampaikan hadiah"
P/S Mudah-mudahan berjumpa di lain masa..........
Belum ada komen untuk "Maafkan kami....manusia hanya mampu merancang"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai