~KEGEMBIRAAN~
Kelahiran Aina Batrisya bt Muhammad Zaky yang kini berusia 7 hari.
Sempat berhari raya bersama anak saudara Anim yang ke 21 ini di Kluang.
Rasa macam dah tua sangat Mak Ngah ni......
~KESEDIHAN~
Pemergian anak saudara sepupu ke Rahmatullah jam 8 pagi tadi (Sabtu) di ICU, Hospital Segamat. kerana masalah paru-paru sejak setahun lalu. Allahyarham mengajar di SK Selancar 1. Walaupun Allahyarham tua 4 tahun dari Anim tetapi "pangkat" Anim lebih besar. Nenek Allahyarham ialah kakak ayahanda Anim...so, Allahyarham memanggil Anim "makcik".
Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah SWT dan ditempatkan di dalam kalangan orang beriman. Alfatihah..
Perbualan terakhir yang menjadi kenangan buat Anim di facebook tahun lalu...Allahyarham kemudiannya menyepi ....dan menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.
P/S Dari DIA kita datang....dan kepadaNYA kita kembali
Belum ada komen untuk "Kegembiraan dan Kesedihan Syawal 1432H"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai